Assalamu'alaikum, Aku nak cerita the significance of today, 800 years Hijriyyah ago. Hari ini 14 Muharram 1432 Hijrah. Pada pertengahan Muharram 631 Hijrah (actually 801 tahun dahulu) lahirlah sebutir bintang yang bergemerlapan dalam dunia Islam yang masih terang menyinari sehingga ke hari ini. Bintang itu bernama Yahya bin Sharaf. Kalau disebut nama itu tidak ramai yang akan mengenalinya. Tapi, kalau disebut Imam Nawawi pula, maka tidak ramailah yang TIDAK mengenalinya. |
blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
10 December 2010
Who is Yahya Sharaf?
14 November 2010
Muhammad Ibn Sirin - Minyak NPL
12 November 2010
Umur A'ishah_Kontroversi?
-----------------------------------------------------------
Kalau hari ni ada beberapa orang tua pi rumah sahabat lama A yang satu batch dengan depa masa sekolah dulu.
Tengah2 dok sembang2 tu tiba2 keluar bini sahabat A dok dukung anak depa yang no 5, baby girl baru berumur 4 bulan.
Salah seorang tetamu, katalah Sahabat B, dia ambiklah budak kecik tu, dukung sat, usap2 baby tu; "Isyhh...comelnya anak hang ni..." kata si B, " bagi jadi bini aku boleh?"
Adaka pi tanya macam tu? Sebenarnya, Si B tu main2 saja.
Tapi yang sahabat A, ayah baby tu, memang akrab dengan B, maklumlah dok sama2 liao masa kat sekolah dulu, dia pun jawab, "Oklah...cun tu, aku setuju hang jadi menantu aku. Kita pun dah macam adik beradik pun."
Sah tak pernikahan tu? Sah! Dah jadi suami isteri pun orang tua dengan baby tu.
Itulah hukum dalam agama kita.
So, sebagai pembuka kata, tidak ada salahnya dalam ugama kita orang tua kawin budak2, walau besag mana pun. Cuma undang2 syari'ah Malaysia tidak membenarkan, kerana ada beberapa faktor tempatan dan semasa yang dipertimbangkan.
Jadi, nikahnya sah, tapi salah di sisi undang2 Msia. Macam juga nikah kat Golok...
|
Habis mukaddimah tu, jom kita masuk topik utama.
Beberapa hari dulu kawan2 dok tanya pasal satu artikel kat Utusan Malaysia yang ditulis oleh seorang yang menggelar dirinya Siti Ainiza Kamsari.
Cuba tengok link ke Utusan tu di sini.
Antara yang Cik Siti kata ialah;
"Oleh kerana semua hadis berkaitan dengan pernikahan Aishah dikatakan berasal dari Iraq dan tidak diketahui langsung oleh ulama Madinah, maka hadis-hadis itu tidak boleh dipercayai walaupun hadis tersebut memenuhi syarat-syarat di dalam Sahhih Sittah."
Maksudnya Hadis dari Bukhari, Muslim tak boleh dipercayai.
Wooooii......beraninya.
Kita, orang2 Islam beraqidah ahli Sunnah Wal Jamaah ni, walaupun longgag macamamanapun, tak akan berani kata macam tu, pasal dah kira terkeluar ugama.
Kita, orang2 Islam beraqidah ahli Sunnah Wal Jamaah ni, walaupun longgag macamamanapun, tak akan berani kata macam tu, pasal dah kira terkeluar ugama.
Samalah degreenya macam kata alQuran ada ayat2 yang tak boleh pakai.
Aku tak maulah menghukum aqidah Cik Siti, tapi dari apa yang dok mengaji dan kaji selama ni, aku punya pendapat sendiri ialah, peganglah dengan pegangan alim ulamak yang majoriti, jangan dok pi ambik yang dok dipinggiran2.....yang suka kontroversi tu.
Sebenarnya, dalam hal ni, kalau kita pikiag elok2, tidak ada apa2 kontroversi sebenarnya. No issuelah gitu.
Aku tak maulah menghukum aqidah Cik Siti, tapi dari apa yang dok mengaji dan kaji selama ni, aku punya pendapat sendiri ialah, peganglah dengan pegangan alim ulamak yang majoriti, jangan dok pi ambik yang dok dipinggiran2.....yang suka kontroversi tu.
Sebenarnya, dalam hal ni, kalau kita pikiag elok2, tidak ada apa2 kontroversi sebenarnya. No issuelah gitu.
04 November 2010
Ubat Untuk Yop
24 October 2010
Abu Bakar as-Siddiq r.a._Part 3_Wanita Kahwin 4 Lelaki
Ingat tak Zubair bin Al-Awwam ra dalam penghijrahan Nabi SAW? Kalau tak ingat, boleh pegi ke cerita Abu Bakar Part 1- Bapa Unta. Dah baca? Dapat idea kan? Zubair tu kan ke menantu Abu Bakar as-Siddiq ra....pasai dia suami Asma' bt Abu Bakar r.anha? Sapa dia pulak bapa Zubair yg bernama al-Awwam tu? Nama penuh dia Al-Awwam bin Khuwailid? Khuwailid? Bukankah isteri Nabi nama Khadijah bt Khuwailid? There you have it. Khadijah adalah kakak Al-Awwam......dan mak saudara Zubair! |
21 October 2010
Abu Bakar as-Siddiq_Part 2_Bebaskan Bilal
18 October 2010
Abu Bakar as-Siddiq r.a._Part 1_Bapa Unta
Kita pun biasa dengar mengenai seorang sahabat Rasulullah saw yg sangat masyhur dan juga perawi hadis yg paling banyak iaitu Abu Hurairah ra.
Nama dia pun kita tahu diambil daripada gelaran yang Nabi saw bagi kat dia kerana dia sukakan anak kucing.
Abu Hurairah tu maknanya bapa kepada anak kucing.
Tapi tak ramai yang tahu yang sorang lagi sahabat Nabi saw yang lagi terkenal nama dia pun adalah gelaran kerana dia sayangkan binatang.
Sapa dia?
Tak tau?
Sapa lagi kalau bukan Abu Bakar as-Siddiq ra.
Sebab tu subjek cerita ni Abu Bakar as-Siddiq.
Nama sebenar Abu Bakar as-Siddiq ada beberapa…tapi yang official ialah Abdullah bin Abi Quhafah.
Nama dia pun kita tahu diambil daripada gelaran yang Nabi saw bagi kat dia kerana dia sukakan anak kucing.
Abu Hurairah tu maknanya bapa kepada anak kucing.
Tapi tak ramai yang tahu yang sorang lagi sahabat Nabi saw yang lagi terkenal nama dia pun adalah gelaran kerana dia sayangkan binatang.
Sapa dia?
Tak tau?
Sapa lagi kalau bukan Abu Bakar as-Siddiq ra.
Sebab tu subjek cerita ni Abu Bakar as-Siddiq.
Nama sebenar Abu Bakar as-Siddiq ada beberapa…tapi yang official ialah Abdullah bin Abi Quhafah.
14 October 2010
Imam Malik r.h. _ Disengat Kala Jengking
08 October 2010
Cerita Haji_Final Part
Inilah penutup kepada coretan haji Ibn Jubayr. Kalau tuan/puan dah sampai sini terus, elok baca cerita2 awal di link di bawah ni; Part 1 Part 2 Part 3 Part 4 dan Part 5. So, mai kita peghabih. Cerita Ibn Jubayr lagi... Pada hari (raya) Qurban (ie 10 Zulhijjah), sampailah ke Masjidil Haram 4 ekor unta yang mai bersama rombongan Amir Haji Iraq, membawa Kiswah (kelambu Ka'abah) yang baru utk menggantikan yang lama. Ia diperbuat dari kain sutera halus berwarna hijau dan dihiasi dengan ayat Quran dari Surah ali Imran ayat 96 yang berbunyi "Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia". Ditenun juga do'a utk khalifah2 pada kiswah tersebut. Ada jalur berwarna merah mengelilingi bahagian atas kiswah (la ni tak ada rasanya). |
07 October 2010
Solat Jamak Isyak dan Subuh?
05 October 2010
Cerita Haji Part 5_Tasbih Murah
30 September 2010
Cerita Haji_Part 4_VVIP Manja
Jumaat 9 Zulhijjah 579H _Wukuf di Arafah Jangan lupa, baca dulu Part 1, Part 2 dan Part 3 sebelumnya. Kalau tak, tak complete jalan cerita. Maka kita sambung cerita kita....... Jemaah haji berpusu-pusu membanjiri Padang Arafah sepanjang malam 9 Zulhijjah. Amir Haji dari Iraq tiba dengan rombongannya pada hujung malam (awal pagi) 9 Zulhijjah. Khemah2 merekalah penginapan yang paling hebat di antara khemah2 yang ada di Arafah, selayak kedudukannya sebagai VVIP. Hebat macamana? Best describe macam ni. |
28 September 2010
Cerita Haji Pt 3_Penyamun Tarbus
Baca dulu Part 1 dan Part 2 untuk mengikuti jalan ceritanya.... Khamis 8 Zulhijjah 579 Hijrah (21 Mac 1184M) Jemaah2 haji berpusu2 bertolak ke Arafah melalui Mina sebagaimana yg diceritakan tadi. Tapi menurut Ibn Jubayr masa tu pun dah ada perubahan utk tidak melalui Mina pada musim haji kerana di situ terdapat satu kumpulan penyamun dari Banu Shu'bah yg hobi depa ialah menahan dan merompak jema'ah yg menuju Arafah. So, kalau sahabat2 yang hilang selipar, hilang duit sikit2 tu masa haji nanti, bersyukurlah tak kena rompak dek Bani Shu'bah macam orang dulu2. Dalam ramai2 bakal haji tu adalah seorang yang bernama Uthman bin Ali, dari Aden, Yaman bersama orang2nya volunteer mengawal passage antara Mina dan Arafah daripada gangguan penyamun2 ni. Uthman bin Ali ni pun satu karakter jugak. Dia ni seorang VIP, gabenor Aden. Dia mai Mekah melalui Laut Merah. Diceritakan dia ni sebenarnya sedang melarikan diri daripada tentera2 Salahuddin al Ayyubi. Masa tu , Salahuddin sedang giat berjihad dalam Perang Salib di Palestin dan Syria......Di samping itu dia juga berusaha menyatukan dan menguatkan wilayah2 Islam yg berpecah2. Antara yang dia buat ialah menurunkan pemimpin2 Islam yang zalim dan corrupt dan menggantikan dengan pimpinan baru. Uthman bin Ali ni salah seorang yang dah di blacklist oleh Salahuddin. Dia dikhabarkan telah mengkayakan dirinya dengan mengambil "percentage" dari saudagar2 yang berdagang di Yaman. So, bab ambil commission ni dah lama sejarahnya. Lalu Salahuddin menghantar adiknya yang bernama Sayful Islam (atau Sayfuddin) ke Yaman untuk menangani Uthman bin Ali ni. Uthman pulak bila dengar Sayf ul Islam ni on the way, dia pun cabutlah. Dia bawa bersamanya beberapa kapal yang sarat dengan harta yang dikumpulnya semasa mentadbir Aden. Nak dekat2 sampai pelabohan berhampiran Mekah, kapal2 dia kena intercept oleh kapal2 perang Sayful Islam ni dan semua hartanya dirampas. Namun begitu, dia tak diapa2kan. Tapi yg dirampas tu harta2 yg besar2 saja....manakala yg kecil2 tidak diambil. Menurut Ibn Jubayr, harta yg lepas tupun bukannya sikit, ber unta-unta juga nak bawa. Dia sampai ke Mekah dengan barang2 yg terselamat tu dan Ibn Jubayr tengokpun tak larat nak kira. Semua harta itu dibawa ke rumah yg Uthman telah bina di Mekah...sort of banglo kat luar negara.....macam hari ni jugalah. Anyway, balik ke cerita asal, Ibn Jubayr mencatatkan yg Uthman Ali ni mungkin mengharapkan dua pahala, satu pahala utk haji dan satu lagi kerana volunteer utk mengawal jemaah haji dari gangguan penyamun..... Bersambung seterusnya ke Part 4 ..... |
27 September 2010
Cerita Haji Pt 2_Utusan Khalifah
Ini adalah sambungan dari Part 1, Sila ke sana untuk mengetahui cerita dari mula.... Dalam kegelisahan jema'ah haji mengenai tarikh wukuf itu, Mekah terus dibanjiri oleh jemaah dari seluruh pelusuk dunia Islam. Ibn Jubayr menggambarkan dia tidak pernah melihat manusia yg begitu ramai. Baginya adalah suatu keajaiban yang Lembah Mekah yang hanya selebar panahan "arrow-shot" itu boleh menampung sebegitu ramai manusia. Katanya para ulamak mengumpamakan Kota Mekah sebagai rahim ibu yang walaupun kecil saja, tetapi sentiasa mempunyai cukup ruang utk menampung bayi yang sedang membesar. (Masya Allah! How true this analogy is until today!) Anyway, masuk beberapa hari bulan Zulhijjah, Qadi Jamaluddin masih berkeras bahawa 1 Zulhijjah ialah pada hari Jumaat, jadi Wukuf ialah Sabtu. |
25 September 2010
Cerita Haji Pt 1_ Bulu Kening di Sangka Anak Bulan
| |
Peta Sebahagian Perjalanan Ibn Jubayr Petang hari Rabu 29 Zulqai'dah 579 (bersamaan 14 Mac 1184), orangramai (termasuk Ibn Jubayr) berkumpul di suatu kawasan lapang dekat Mekah untuk menyaksikan samada anak bulan Zulhijjah akan muncul ke tidak. Tapi ada sedikit kekecohan kerana hari tu telah ditakdirkan cuaca mendung dengan awan tebal.Jadi, langit tidak kelihatan dengan jelas. Orangramai mengharapkan bila dekat Maghrib nanti awan akan dispersed dah langit kelihatan. Apabila dah dekat2 matahari nak terbenam, dan langit dah jadi kemerah2an, langit masih tak clear.Tiba-tiba adalah seorang dalam yang ramai2 tu melaungkan takbir, "Allahu Akbar!", yang selalunya menandakan anak bulan dah dapat dilhat. Orang2 lain pun yang dalam keadaan "over-excited" pun ikut melaungkan takbir, seolah-olah dah confirm anak bulan Zulhijjah depa pun dah nampak, padahal depa pun tak sure. Diceritakan yang buat kecoh ni adalah jema'ah dari Maghribi dan sebahagian orang2 Mesir. Menurut Ibn Jubayr, anak bulan Zulhjjah malam Khamis adalah yang paling utama dan dinanti-nantikan. Ini ialah kerana ini bermakna 1 Zulhijjah ialah pada hari Khamis dan hari Wukuf (9 Zulhijjah) akan jatuh pada hari Juma'at. Menurut Ibn Jubayr juga, pegangan pada masa tu ialah, bila Wukuf hari Jumaa'at bermakna itu adalah haji Akbar. Pahala haji akan digandakan sebanyak 70 kali. Bagi orang2 kita hari ni (kat M'sialah), haji akbar berlaku apabila hari raya haji (10 Zulhijjah) jatuh pada hari Juma'at. Jadi, nampak ke tak nampak anak bulan tu, habag nampak jugalah. Jadi dah kecoh, lalu perkara itu dilaporkan kepada Qadi Mekah, seorang ulamak bernama Syeikh Jamaluddin. Lalu kata Qadi Jamaluddin, "Sapa2 yang mengaku nampak anak bulan padahal awan tebal melindungi langit macam hari ni, saya tak akan terima persaksian dia. Orang2 Maghribi ni memang kalut. Bulu mata depa jatuh terjuntai depan mata depa, depa nampak macam anak bulan!" Jadi, tak confirm lah lagi bermulanya 1 Zulhijjah. Qadi kena rujuk kepada Khalifah yang masa tu masih lagi berpusat di Baghdad. bersambung ke Part 2. |
16 July 2010
Romantika Padang Pasir_Final Part
Ni Final Part cerita Abdullah bin Abi Wada'ah dan cucu Abu Hurairah r.a..
Kalau you belum baca
Part 1,
Part 2 dan
Part 3..........sila pi sana dulu.
Nanti tak tau cerita penuh.
Teringat bahawa ibunya masih belum tahu tentang pernikahannya itu, Abdullah segera memanggil jiran2nya.
"Boleh tak hangpa semua tolong tengokkan isteri aku? Aku nak pi rumah mak aku sat."
"Dolah, hang ni meroyan ka? Bukankan bini hang dah mati?" kata seorang jiran wanitanya.
"Takkk... I am ok.....cumanya aku baru menikah lain petang tadi."
"Aikk....tak habag kat kami pun."
"Sori la....aku pun tak sangka. Tak plan pun."
"Hang kawin dengan sapa?"
"Anak Tok Guru kita, Syeikh Sai'd bin Mussayib".
(Ustaz aku tak cerita sapa nama cucu Abu Hurairah tu...so aku pun tak tau).
Kalau you belum baca
Part 1,
Part 2 dan
Part 3..........sila pi sana dulu.
Nanti tak tau cerita penuh.
Teringat bahawa ibunya masih belum tahu tentang pernikahannya itu, Abdullah segera memanggil jiran2nya.
"Boleh tak hangpa semua tolong tengokkan isteri aku? Aku nak pi rumah mak aku sat."
"Dolah, hang ni meroyan ka? Bukankan bini hang dah mati?" kata seorang jiran wanitanya.
"Takkk... I am ok.....cumanya aku baru menikah lain petang tadi."
"Aikk....tak habag kat kami pun."
"Sori la....aku pun tak sangka. Tak plan pun."
"Hang kawin dengan sapa?"
"Anak Tok Guru kita, Syeikh Sai'd bin Mussayib".
(Ustaz aku tak cerita sapa nama cucu Abu Hurairah tu...so aku pun tak tau).
11 July 2010
Romantika Padang Pasir_Pt 3_Isteri Baru
Sambung ceriteranya...
nanti tak boleh follow.
Terpinga2 Abdullah ibn Abi Wada'ah dengan "instant marriage"nya tu. Kalau zaman kita dulu kita cakap tak "compute".
Teringat dia yg dia puasa hari tu, so dia balik rumah nak berbuka pasal dah dekat Maghrib.
On the way nak balik tu terfikir dalam kepalanya;
"Awatlah hang cari penyakit ni Dolah? Dah tau tak dak duit, gatal2 nak kawin pulak. Mana duit nak beli makan minum? Member mana nak tolong pinjam duit ni?"
Sampai rumah, selongkar dapur adala kurma dan zaitun untk berbuka.
Masuk waktu diapun berbuka. Tak dan 2-3 jamah, pintu rumahnya diketuk.
"Sapa pulak mai Maghrib2 ni?"
02 July 2010
Romantika Padang Pasir_Pt 2_Maskahwin 2 dirham
Ini Part 2, jangan lupa baca Part 1 dulu...
Sambung ye?
Bila
Sa'id menolak pinangan Khalifah dia pun risau jugalah, kot2 Khalifah mai second
round third round dsbnya.
Anak
diapun memang menjadi perhatian penduduk2 Madinah.
Sebagai
ayah yang bertanggungjawab dia pun mula tengok2 siapakah yg sesuai utk
dijadikan menantu.
Dalam
banyak2 pemuda Madinah tu dia nampak sorang saja..namanya Abdullah
bin Abu Wada'ah, anak murid regular dia. Alim orangnya, bagus akhlaknya.
(Tu
la...rajin2la pi mengaji, kot2 tok guru berkenan nak jadikan menantu...he he).
Abdullah
ni dah pernah berkahwin tapi jodoh mereka tak panjang. Wife dia mati muda.
Sa'id
pun pasang umpan, "Dolah, since hang dah single ni....tak
teringin ka nak kawin lain?"
30 June 2010
Romantika Padang Pasir_Pt1_Cucu Yang Comel Lote
Ni cerita tabi'in berunsur romantis....sekitar tahun 70 Hijrah (690 masihi) semasa permerintahan Abdul Malik bin Marwan, Khalifah Bani Umayyah yang ke 5.
Semasa itu di Madinah tinggallah Sai'd bin Musayyib rh, salah seorang dari 3 tabi'in yang paling alim dan masyhur.
(Cerita detail pasai Sai'd ni later)
Isteri Sai'd ialah anak perempuan Abu Hurairah ra.....
tu pasai Sai'd ni sangat alim kerana dia mendapat hadith direct dari bapa mertuanya, yg mendapat direct dari Rasul saw.
tu pasai Sai'd ni sangat alim kerana dia mendapat hadith direct dari bapa mertuanya, yg mendapat direct dari Rasul saw.
Hasil perkahwinan tersebut lahirlah seorang anak perempuan yang apabila meningkat dewasa menjadi seorang wanita yang bukan sahaja cantik paras rupanya tetapi sangat cantik juga akhlaknya....maklumlah cucu Abu Hurairah.
26 May 2010
Sa'id bin Amir ra_Empat Aduan Rakyat
Ini cerita pasal Sa'id ibn 'Amir ra.....nama lebih kurang sama dengan sahabat yg dulu, Umair bin Saad ra. Dia ni pun sama juga, dilantik jadi Gabenor di Hims Syria oleh Khalifah Umar al-Khattab ra. Dari segi kronologi, selepas Umair menolak tawaran Khalifah utk sambung contract jadi Gabenor di Hims, Khalifah telah melantik Muawiyah bin Abu Sufian. Setelah itu Sa'id ibn Amir dilantik menggantikannya. Asal2nya Sa'id duduk di Tan'im. Sapa2 yg dah pi Mekah memang dah biasa pi Tan'im pasai kat situlah kita semua ambil niat 'umrah semasa menginap di Mekah. Sebelum dia masuk Islam dia pernah menyaksikan peristiwa sahabat Nabi saw yg bernama Khubaib bin Ady mati disalib oleh penduduk musyrikin Mekah ( cerita Khubaib ni lain kali la). Ada connection peristiwa ini kat hujung cerita. Dan oleh kerana peristiwa itulah yg mendorong dia masuk Islam dan berhijrah ke Madinah. |
29 April 2010
Umair bin Sa'ad r.a._Final Part_Baju Koyak
26 April 2010
Umair bin Sa'id r.a._Part 2_Roti Kosong
Ini Part 2.....jangan lupa baca Part 1 di sini.
Umair ini terkenal sebagai orang yang tinggi akhlaknya....jadi sudah tentu ketiadaannya menjadi tandatanya.
Lalu Umar pun menghantar pegawainya yang bernama al Harith utk meninjau kehidupan Umair. Di kasinya Harith 100 dinar utk diberikan kepada Umair kalau betul2 dia miskin dan memerlukan bantuan.
Lalu sampailah Harith ke rumah Umair dan diberinya salam.
Dia habag dia mai dari Madinah.
Setelah bertukar cerita, lalu Umair pun pelawa dia dok dirumahnya.
Selama 3 hari di situ, Harith dijamu dengan sebuku roti kosong setiap hari....kuah pun tak de nak cicah.
Umair ini terkenal sebagai orang yang tinggi akhlaknya....jadi sudah tentu ketiadaannya menjadi tandatanya.
Lalu Umar pun menghantar pegawainya yang bernama al Harith utk meninjau kehidupan Umair. Di kasinya Harith 100 dinar utk diberikan kepada Umair kalau betul2 dia miskin dan memerlukan bantuan.
Lalu sampailah Harith ke rumah Umair dan diberinya salam.
Dia habag dia mai dari Madinah.
Setelah bertukar cerita, lalu Umair pun pelawa dia dok dirumahnya.
Selama 3 hari di situ, Harith dijamu dengan sebuku roti kosong setiap hari....kuah pun tak de nak cicah.
25 April 2010
Umair bin Sa'ad r.a._Part 1_Rambut Bob Marley
Ini cerita Umair bin Saad (ra), seorang sahabat Nabi saw, dari golongan Ansar.
Dia dilantik oleh Khalifah Umar al Khattab menjadi gabenor di Hims, tak jauh dari Damsyik.
(Di Hims ni lah terletak pusara Khalid al Walid r.a.).
Setelah setahun di sana, tiada khabar berita darinya, malahan tiada collection cukai yg dihantar ke Madinah utk dimasukkan ke dalam Baitul Mal sebagaimana gabenor dari wilayah2 lain.
Lalu Umar al-Khattab pun memanggilnya pulang ke Madinah untuk melaporkan tugasnya.
Dia sampai di Madinah beberapa bulan kemudian dalam keadaan kurus-kering, rambut tidak terurus, (ala Bob Marley), hitam legam, dengan menarik seuncang pakaiannya, seuncang lagi berisi mangkuk untuk berwuduk dan sebilah tombak.
Hampir2 Khalifah tidak mengenalinya.
Dia dilantik oleh Khalifah Umar al Khattab menjadi gabenor di Hims, tak jauh dari Damsyik.
(Di Hims ni lah terletak pusara Khalid al Walid r.a.).
Setelah setahun di sana, tiada khabar berita darinya, malahan tiada collection cukai yg dihantar ke Madinah utk dimasukkan ke dalam Baitul Mal sebagaimana gabenor dari wilayah2 lain.
Lalu Umar al-Khattab pun memanggilnya pulang ke Madinah untuk melaporkan tugasnya.
Dia sampai di Madinah beberapa bulan kemudian dalam keadaan kurus-kering, rambut tidak terurus, (ala Bob Marley), hitam legam, dengan menarik seuncang pakaiannya, seuncang lagi berisi mangkuk untuk berwuduk dan sebilah tombak.
Hampir2 Khalifah tidak mengenalinya.
20 April 2010
Imam al Baihaqi - Aqiqah
Pendek saja cerita ni.... Dikhabarkan Imam Baihaqi (salah seorang pakar hadis terkemuka) pernah di approach oleh seorang makmum selepas dia menyampaikan khutbah Jumaat. Mamat tu minta Imam explain pasal aqiqah dalam next khutbahnya, ....imam Baihaqi cakap, "Ok, ok InsyaAllah." Mamat tu tunggu next week, tak pun cakap pasai aqiqah, minggu depan pun tak de, dan begitulah minggu2 seterusnya... Sehinggalah lepas 3 bulan , barulah Imam Baihaqi berkhutbah mengenai aqiqah tu, suatu khutbah yang cukup power. Habis je khutbah, mamat tadi pun tanya Imam Baihaqi, apasal lama sangat baru nak cerita? |
Subscribe to:
Posts (Atom)