26 April 2010

Umair bin Sa'id r.a._Part 2_Roti Kosong

Ini Part 2.....jangan lupa baca Part 1 di sini.



Umair ini terkenal sebagai orang yang tinggi akhlaknya....jadi sudah tentu ketiadaannya menjadi tandatanya.

Lalu Umar pun menghantar pegawainya yang bernama al Harith utk meninjau kehidupan Umair. Di kasinya Harith 100 dinar utk diberikan kepada Umair kalau betul2 dia miskin dan memerlukan bantuan.

Lalu sampailah Harith ke rumah Umair dan diberinya salam.
Dia habag dia mai dari Madinah.
Setelah bertukar cerita, lalu Umair pun pelawa dia dok dirumahnya.

Selama 3 hari di situ, Harith dijamu dengan sebuku roti kosong setiap hari....kuah pun tak de nak cicah.

Masuk hari ke3, sorang jiran mai kat Harith dan berbisik2 kepadanya,"Hang mai mana?"

"Aku orang Madinah". jawab Harith,

" Ooooo patut lee...hang tau dak, kami orang2 kampung sini dah lama tau Umair tu orang paling miskin di kampung ni....hang dok dengan dia ni, hang makan apa?"

" Dia kasi aku roti sebuku sehari..." jawab Harith

"YE KE? Kalau hang dapat roti sebuku sehari, dia ngan bini dia makan apa?!"

Rupa2nya, roti sebuku tulah makanan harian Umair dan isterinya. Bermakna depa dah 3 hari berlapar sejak kedatangan Harith tu. Tapi oleh kerana Umair sangat memuliakan tetamu, tak lah dia habag depa tak ada apa nak makan.

Maka sedarlah Harith bahawa memang sesungguhnya sahabat Nabi saw ini adalah seorang yang bukan saja miskin, bahkan faqir.

Jadi, misi tinjauan dia dah tercapai, dia minta izin kepada Umair untuk pulang ke Madinah.

Kata Harith "Wahai Umair, sebenarnya aku diutus oleh Amirul Mukminin untuk meninjau kehidupanmu di sini dan sudah nampak aku bahwa engkau ni orang yang miskin lagi faqir, maka ambiklah wang 100 dinar ini kerana khalifah telah mengamanahkan kepada aku supaya menyerahkannya kepadamu setelah memastikan engaku benar2 memerlukan bantuan"

Apa kata Umair?
" Harith, aku tak mau wang tu! Janganlah fitnahkan aku memakan duit Baitul Mal, sedangkan aku tidak memerlukannnya!"

"Ambik le Umair! Khalifah yang suruh aku serahkan pada mu! Engkau memang berhak."

"Tak mau!!"

Maka berlakulah sedikit kekecohan.....Harith nak kasi duit, Umair tak mau!

....ada ke lagi orang cam ni sekarang?

Last2, dah tak mau juga, Harith pun mencampakkan duit 100 dinar tu ke dalam rumah Umair dan cabut balik pi Madinah. Misi dia dah selesai.

Bini Umair, dok dengar bunyi kelam kabut tu, mai keluar tengok apa dah jadi,
"Apahal dengan engkau wahai Umair?" tanya bini dia.

Lalu diceritakan Umair kisah dia dgn Harith tadi dan duit2 yg dilemparkan kedalam rumahnya.

Apa kata bini dia....?

Adakah dia kata. "Tak pe lah bang.....orang nak kasi, kita ambik je lah..."?

Bersambung.....Part 3

No comments: