Meneruskan lagi perjalanan Haji Ibn Jubayr. Masuk waktu Maghrib 9 Zulhijjah dan bermulanya 10 Zulhijjah (sebab hari baru Islam bermula bila masuk Maghrib), maka jema'ah haji pun packed-up dan berangkat ke Muzdalifah untuk bermalam di sana sebelum meneruskan perjalanan ke Mina. Muzdalifah ni terletak mid-point antara Arafah dan Mina. Beberapa ketika depa sampai sana dan solat jamak Maghrib dan Isyak. Walaupun dah malam, Muzdalifah diterangi dengan lampu2 lilin yg dibawa oleh jemaah haji. Depa pun dok situ beribadat sepanjang malam sehinggalah selepas solat subuh. Sambil2 tu depa kutip anak2 batu utk buat melontar Jamrah di Mina nanti. Lepas subuh depa bertolak ke Mina dan sampai sana terus menuju ke Jamratul Aqabah (la ni nama dia Jamratul Kubra) dan melontar 7 anak batu di sana. Lepas tu depa tahallul awal dengan bercukur. Ada yang lepas melontar tu pi terus ke Masjidil Haram utk melakukan tawaf ifadah (tawaf haji) dan ada yang balik berehat di khemah atau shopping di sekitar Mina. Masa itu pun (ie 1000 tahun dulu) Ibn Jubayr gambarkan Mina dalam masa 3 hari ni adalah "one of the greatest markets", tempat pedagang2 dari seluruh dunia Islam menjual segala macam barangan spt pinggan mangkuk, perhiasan dan "cheapest strings of beads" (tasbih murah masa tu pun ada!)......yang tak dak mungkin makcik2 yang juai cincin/gelang emas dari Kota Bahru kot masa tu. Nanti kawan2 yang pi buat haji tahulah macamana suasana di Mina.....masa tu akan ada yg mengkelan dok perabih masa beli jubah, tasbih dsbnya kat Mekah dan Madinah, pasai di Mina ni lebih murah sebab waktu bisnes dia 3 hari saja dalam setahun......the rest of the year tak dak orang. Oleh kerana macam2 orang dan perangai masa tu, terjadilah sedikit pergaduhan antara geng2 Mekah dan Turki......ada yang bawak keluar pedang, ada yang bawak keluar tombak, ada yang bawak keluar panah.....riuh!!.. Habislah barang2 orang yang berdagang tu kena bawak lari oleh geng2 yang tak cukup masak ni. That aside....jemaah concentrate dengan ibadah haji depa, dan meneruskan dengan melontar di ketiga-tiga jamrah pada 11 dan 12 Zulhijjah, membuat ibadah qurban dsbnya. |
Pada 11 Zulhijjah ada khutbah khas di Masjid Khayf oleh khatib impot yang diwakilkan oleh Khalifah dari Iraq. (Masjid Khayf ni kalau kawan2 mai dari khemah melalui Terowong Muai'sim tu akan berada di sebelah kiri masa nak pi melontar. Besag masjid tu la ni. Di sinilah dicatatkan yang Nabi Musa as pernah solat. Bermakna dah mungkin banyak ribu tahun usianya. La ni walaupun dekat, susah nak pi kerana dah tersekat oleh highway....kalau sampai pun pasai kita sesat sahaja. Kalau kawan2 nak pi jugak, lepas melontar Jamratul Kubra tu, buat U-turn sebelah kiri.....lepas tu pandai2 lah cari jalan balik sendiri) Berbalik pada khatib impot tu...Ibn Jubayr describes, jelas dari khutbah tok syeh ni yang dia ni "dull and stupid' pasai khutbah dia caca merba dan tak follow rules..... Tak taulah pasai apa Ibn Jubayr marah sangat.....mungkin khatib tu baca do'a yang bukan2 kot macam kat Penang tu. (Nak tau cerita do'a Penang tu pi sini, http://hambali1.blogspot.com/2010/08/isu-khutbah-doakan-guan-eng-jangan.html ) Pada petang 12 Zulhijjah maka kebanyakan jemaah haji pulang ke Mekah utk menghabiskan ibadat haji mereka (ie melakukan Nafar Awal). Ini ialah kerana masa tu ancaman penyamun2 Bani Shu'bah yang kita cerita dulu tu masih ada, jadi atas sebab2 keselamatan depa memendekkan stay di Mina. Namun begitu ada sikit yang tinggal di Mina utk melontar pada 13 Zulhijjah. Mungkin yang hak kahag2 kot. "Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya. Kemudian sesiapa yang segera (meninggalkan Mina) pada hari yang kedua, maka ia tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) maka ia juga tidaklah berdosa" Al-Baqarah ayat 203. Wallahu'alam. Bersambung lagi utk part terakhir haji Ibn Jubayr ni next time InsyaAllah..... |
blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
05 October 2010
Cerita Haji Part 5_Tasbih Murah
Labels:
Cerita Haji
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment