27 September 2010

Cerita Haji Pt 2_Utusan Khalifah


Ini adalah sambungan dari Part 1,
Sila ke sana untuk  mengetahui cerita dari mula....

Dalam kegelisahan jema'ah haji mengenai tarikh wukuf itu, Mekah terus dibanjiri oleh jemaah dari seluruh pelusuk dunia Islam.

Ibn Jubayr menggambarkan dia tidak pernah melihat manusia yg begitu ramai.
Baginya adalah suatu keajaiban yang Lembah Mekah yang hanya selebar panahan "arrow-shot" itu boleh menampung sebegitu ramai manusia.

Katanya para ulamak mengumpamakan Kota Mekah sebagai rahim ibu yang walaupun kecil saja, tetapi sentiasa mempunyai cukup ruang utk menampung bayi yang sedang membesar.

(Masya Allah! How true this analogy is until today!)

Anyway, masuk beberapa hari bulan Zulhijjah, Qadi Jamaluddin masih berkeras bahawa 1 Zulhijjah ialah pada hari Jumaat, jadi Wukuf ialah Sabtu.

Namun begitu berita yg dibawa oleh orang2 Madinah yg baru sampai ke Mekah ialah anak bulan telah dilihat pada malam Khamis di sana. Jemaa'ah2 haji dah cemas....bila wukuf ni? Jumaat ke Sabtu?

Maka akhirnya tibalah seorang utusan dari rombongan Amir Haji dari Iraq.
Amir Haji ni ialah wakil Khalifah, la ni kita panggil Menteri Haji kot, jadi dia mempunyai kata putus kepada semua urusan haji.

Utusan itu sampai pada hari ke 7 setelah peristiwa kecoh anak bulan tu....dan dia mengkhabarkan bahawa anak bulan dah nampak malam Khamis lepas, jadi hari Wukuf ialah Juma'at.

Bukan main seronok la jemaah haji.
So, next day Khamis 8 Zulhijjah ialah hari Tarwiyyah.

Nanti kawan2 semua yg pi Haji, lepas Asar hari Tarwiyyah ni akan bersiap2 pack barang, beratur naik bas nak berangkat ke Arafah. Jangan bawa banyak, hanya salinan utk 3 hari saja, dan baju raya.

Qadi Jamaluddin menerima keputusan itu dan tengahari itu menyampaikan khutbah memperingati semua jemaah haji tentang keutamaan haji dan macamana nak memaksimakan ibadat Haji.

Keesokan harinya jema'ah haji pagi-pagi lagi dah bertolak dari Mekah ke Mina. Ini adalah menurut cara haji Nabi saw yang mana Baginda bermalam di Mina dulu sebelum bertolak ke Arafah.

Kita hari ni (Jemaah haji Malaysia) bertolak terus dari Mekah ke Arafah (ie bermalam di Arafah)......mungkin yg pi dgn pekej swasta akan dapat bermalam di Mina.

bersambung lagi ke Part 3 ....

No comments: