12 November 2010

Umur A'ishah_Kontroversi?


-----------------------------------------------------------
Kalau hari ni ada beberapa orang tua pi rumah sahabat lama A yang satu batch dengan depa masa sekolah dulu.

Tengah2 dok sembang2 tu tiba2 keluar bini sahabat A dok dukung anak depa yang no 5, baby girl baru berumur 4 bulan.

Salah seorang tetamu, katalah Sahabat B,  dia ambiklah budak kecik tu, dukung sat,  usap2 baby tu; "Isyhh...comelnya anak hang ni..." kata si B, " bagi jadi bini aku boleh?"

Adaka pi tanya macam tu? Sebenarnya, Si B tu main2 saja.

Tapi yang sahabat A, ayah baby tu, memang akrab dengan B, maklumlah dok sama2 liao masa kat sekolah dulu, dia pun jawab, "Oklah...cun tu, aku setuju hang jadi menantu aku. Kita pun dah macam adik beradik pun."

Sah tak pernikahan tu? Sah! Dah jadi suami isteri pun orang tua dengan baby tu.
Itulah hukum dalam agama kita.

So, sebagai pembuka kata, tidak ada salahnya dalam ugama kita orang tua kawin budak2, walau besag mana pun. Cuma undang2 syari'ah Malaysia tidak membenarkan, kerana ada beberapa faktor tempatan dan semasa yang dipertimbangkan.

Jadi, nikahnya sah, tapi salah di sisi undang2 Msia. Macam juga nikah kat Golok... 

Habis mukaddimah tu, jom kita masuk topik utama.


Beberapa hari dulu kawan2 dok tanya pasal satu artikel kat Utusan Malaysia yang ditulis oleh seorang yang menggelar dirinya  Siti Ainiza Kamsari.


Cuba tengok link ke Utusan tu di sini.


Antara yang Cik Siti kata ialah; 

"Oleh kerana semua hadis berkaitan dengan pernikahan Aishah dikatakan berasal dari Iraq dan tidak diketahui langsung oleh ulama Madinah, maka hadis-hadis itu tidak boleh dipercayai walaupun hadis tersebut memenuhi syarat-syarat di dalam Sahhih Sittah."

Maksudnya Hadis dari Bukhari, Muslim tak boleh dipercayai.
Wooooii......beraninya.
Kita, orang2 Islam beraqidah ahli Sunnah Wal Jamaah ni, walaupun longgag macamamanapun, tak akan berani kata macam tu, pasal dah kira terkeluar ugama.

Samalah degreenya macam kata alQuran ada ayat2 yang tak boleh pakai.


Aku tak maulah menghukum aqidah Cik Siti, tapi dari apa yang dok mengaji dan kaji selama ni, aku punya pendapat sendiri ialah, peganglah dengan pegangan alim ulamak yang majoriti, jangan dok pi ambik yang dok dipinggiran2.....yang suka kontroversi tu.


Sebenarnya, dalam hal ni, kalau kita pikiag elok2, tidak ada apa2 kontroversi sebenarnya. No issuelah gitu.



Umur Aishah semasa nikah dengan Nabi saw adalah 6 tahun sebagaimana yang dikatakan oleh Aishah sendiri dan yang dicatatkan dalam hadis2 sahih. Itulah pegangan ulamak muktabar seantero dunia hari ini. Ulamak hambar mungkin lainlah pendapat depa.

Melainkan esok lusa, ada orang jumpa the "lost manuscript of Bukhari" or the "Diary of Aishah binti Abu Bakar" yang say otherwise, kita bincang lainlah. Dengan tu, kita orang awam ni, tak payahlah kita pikiag jauh2, kerana apa yang ada sudah memadai.  Dan Islam tak rugi utk menerima kenyataan itu.

Selain dari  hadis dicatat juga dalam Tabaqat al Kubra susunan Muhammad Ibn Sa'ad (ie one of the earliest and most reliable historical records...written circa 200H) , iaitu kata2 Aishah yg dia dikahwinkan dengan Nabi saw masa dia umur 6 tahun.

Jadi itulah secara ringkasnya.

tapi kalau nak perpanjang jugak cerita ni, camna dia jadi "controversial", bacalah seterusnya.

Mula2, kita tanya diri kita beberapa soalan.

Soalan pertama.
Sapa yang dok suka dan dok kata perlu kita debate umur Aishah r,anha ni?
Ulama al Azhar? Tidak
Ulama Saudi? Lak...
Ulama hadith? jauh sekali....
Ulama Tafsir?  Nahi...
Ulama Fiqh? No!
Ulamak Tasauf? pun bukan.
Ulamak Orientalist? Yup
Ulamak Anti hadith ? Sudah tentu
Ulamak al Kafirun ? Memang
Ulamak Islam Liberal ? definitely
Ulamak Bach of Architecture? Na'am
Ulamak Bach of Art (Majoring in Bahasa Melayu)? Positive

 Soalan ke-2
Bila agaknya cerita kontroversi umur Aishah menikah ni timbul?

Zaman Nabi di Mekah?
Zaman Nabi di Madinah?
Zaman Khulafa ar Rashidin?
Zaman Bani Umayyah?
Zaman Bani Abbasiyah?
Zaman Khilafah Uthmaniyah?

SEMUANYA TIDAK BRO!
Menurut satu article dalam Islam Online yang bincang isu tu, kontroversi ni surfaced around 100-150 years ago.  Well, actually the end part of Khilafah Uthmaniyah.

jadi relatively cerita ni baru saja. Tak ada dalam rekod yang orang mempertikaikan perkara ini sebelum tu kerana it was not an issue. jauh sekali genuine ulamak nak debate hal ni.

So, dari dua soalan di atas saja sudah cukup untuk kita stop perbincangan ini. Pasai kita boleh conclude yang controversy ini adalah something plucked out from nothing.  Orang2 Islam tak bincangpun hal ni.

Tapi tak pa, lets go on.

Soalan ke-3
Apa sebab dulu tak kisah, baru ni je yang heboh?

Menurut alim ulama, ini adalah sebahagian agenda serangan pemikiran ke atas orang Islam. Dengan menyerang karakter Nabi saw, diharapkan ia dapat menimbulkan keraguan kepada orang2 Islam, dan seterusnya melemahkan aqidah umat Islam.

Jadi, origin debate ini adalah foreign elements (dari luar Islam), bukannya khilaf ulamak.  Yang kata khilaf selalunya orang yang macam abang kita yang bernama Astora Jabat tu.

Soalan ke-4
Camna pulak orang2 Islam cam Marina boleh masuk dan cuba nak pertahan Nabi saw?

Bila idea ni dipopularizekan, some Muslims ambil defensive stance,  bawak keluar la hujah2 yg lemah dari sumber2 Islam, jadi nampak pulak ni macam ada pendapat lain mengenai perkara ni.

Jadi, orang2 yg dah bersedia nak attack Islam ni pun pounced on it, "Ooooo.....ada hujah lain rupanya.  Jadi Bukhari buat silaplah cam tu, maknanya hadis sahih tu sebenarnya tak sahih la....

Tapi ingat, Muslims yang take this revisionist views bukannya alim ulamak yang dalam category pi belajar bidang ugama di Mesir atau Madinah.

sori, ada sorang yang pi belajar sana yg juga pakai alternative view ni, abng AJ tulah

Soalan-5
Ada tak contradictory reports regarding the age of Aishah r. anha?
Ada

Soalan ke-6
Ada tak contradictory reports dalam hadis Sahih?

Tak ada.
Memang ada catatan berbeza dari ulamak dulukala mengenai  umur Aishah tu. Tapi dalam era pengumpulan hadith sahih, riwayat2 yang tidak kuat telah dikeluarkan. Dan yang sahih hanyalah yang kata Aishah umur 6 tahun.

Kalau lah masa tu dah terkesan kesilapannya, sudah tentu Bukhari akan mengeluarkannya.

Soalan ke-7
Camna agaknya nak explain kalau orang tanya kita pasai ni?

Mungkin aku boleh explain cam ni.

Cuba kita sorot sikit masa awal2 sejarah Islam. Kita kan semua tahu semasa Nabi saw berdakwah di Mekah, orang2 Musyrikin tak kasi can langsung kat Nabi. Ada peluang saja, depa akan cuba utk menjatuhkan peribadi, menghina dan mengatakan Nabi gila, ahli sihir dsbnya.

Jadi kalau Nabi menikahi Aishah masa berumur 6 tahun menjadi satu kesalahan pada amalan masyarakat Mekah masa tu, sudah tentunya depa akan terus melemparkan Nabi dengan berbagai2 tuduhan...gila seks la, paedophile lah, dsbnya.

Tapi tak ada dalam rekod sejarah, sirah maupun hadis yang mengatakan Musyrikin Mekah mengutuk2 Nabi pasai kawin budak kecik. Maknanya apa?

Maknanya perkara tu perkara biasa. Iaitu amalan masyarakat Mekah semasa tu. Tak ada apa2 salah. Nothing against the norm. 

Lagipun dilaporkan secara sahih semasa tu Aishah sendiri sudah bertunang dengan Jubair bin Mut'am. Tapi oleh kerana Abu Bakar masuk Islam, emak Jubair kensel pertunangan tu pasai dia takut Jubair pun masuk Islam juga.

Jadi, Nabi saw bukan yng pertama meminang Aishah....Aishah dah bertunang pun. Adalah perkara biasa pada masyarakat Mekah masa tu mengahwinkan anak2 perempuan mereka pada usia yg muda.

Pasai apa puak2 yang dok perangat isu ni tak cerita pasai ni pun? Jawab sendirilah.

Kat Msia pun sama juga dulu2.Nenek sebelah bini aku kahwin umur dia 13 tahun. Dan melahirkan emak mertua aku semasa umur 14 tahun.

Sapa berani kata arwah Tok Wan aku child abuser? Memang dah adat kita zaman dulu

Soalan ke-8. 
Nabi ka sendiri yang minta Abu Bakar kahwinkan  Aishah tu?
Tidak, ia adalah atas cadangan Khawlah bt Hakam yang kata ini caranya utk strengthen hubungan persahabatan dgn Abu Bakar. 

Soalan ke-9
Mungkin ada yang nak counter kata, mungkin orang Mekah tak bising pasai Aishah sebenarnya bukan berumur 6 tahun?

Itu bukan argument asal yang dibawa oleh Orientalist. Depa bukan mencabar samada hadis Bukhari sahih ke tidak. Depa tak kata hadis tu tak sahih. 

In fact depa kata Hadis Bukhari tu betul, dan itu pasallah depa kata Nabi saw ni sorang yang pervert, gila sex dsbnya.

Macam aku cakap pada Soalan ke-4 tadi, sebenarnya orang Islam sendiri yang kata mungkin ada hadis lain kot, mungkin Bukhari tersilap. Whether intentional or not, the original purpose of discrediting Nabi saw telah menjadi satu issue lain iaitu, iaitu mempersoalkan authenticity of hadith... sejauh mana benarnya Sahih Bukhari ni.....entah2 dia pun tipu juga.

Bila orang2 Islam sendiri yang mengatakan yg mungkin Bukhari tersilap atau Aishah tersilap, (ie sebenarnya umur Aishah lebih dari tu),  then the foundation of hadith as one of the cornerstone of Islam telah cuba diruntuhkan.

Timbul persoalan....

Kalau ada keraguan pada hadis maka apa baguihnya sangat Islam tu? Kalau ada hadis sahih tak betul, mungkin ada lagi yang tak betul. Kalau cam tu, kita tolak semua hadislah...

Tapi mana2 orang yang belajar walau sedikitpun mengenai methodology transmission and recording of hadith akan tahu, adalah lebih senang untuk meyakini yang Aishah berumur 6 tahun semasa menikah daripada percaya bahawa Neil Amstrong really did land on the moon in 69.

Ini ialah kerana  peraturan yang digunakan untuk menerima sesebuah hadis sebagai sahih oleh Imam Al Bukhari adalah terlalu ketat sampai tidak ada kemungkinan ada berlaku kesilapan.
Mungkin later kita cerita sikit pasal method ini.....next time lah.

Isyy....dah berjela panjang., cukuplah takat tu. Aku nak kasi hangpa semua pulak bagi pendapatan.

Dan perbetulkan mana yang patut.

Wallahu'alam.
Wassalam. 

No comments: