Baca dulu Part 1 dan Part 2 untuk mengikuti jalan ceritanya.... Khamis 8 Zulhijjah 579 Hijrah (21 Mac 1184M) Jemaah2 haji berpusu2 bertolak ke Arafah melalui Mina sebagaimana yg diceritakan tadi. Tapi menurut Ibn Jubayr masa tu pun dah ada perubahan utk tidak melalui Mina pada musim haji kerana di situ terdapat satu kumpulan penyamun dari Banu Shu'bah yg hobi depa ialah menahan dan merompak jema'ah yg menuju Arafah. So, kalau sahabat2 yang hilang selipar, hilang duit sikit2 tu masa haji nanti, bersyukurlah tak kena rompak dek Bani Shu'bah macam orang dulu2. Dalam ramai2 bakal haji tu adalah seorang yang bernama Uthman bin Ali, dari Aden, Yaman bersama orang2nya volunteer mengawal passage antara Mina dan Arafah daripada gangguan penyamun2 ni. Uthman bin Ali ni pun satu karakter jugak. Dia ni seorang VIP, gabenor Aden. Dia mai Mekah melalui Laut Merah. Diceritakan dia ni sebenarnya sedang melarikan diri daripada tentera2 Salahuddin al Ayyubi. Masa tu , Salahuddin sedang giat berjihad dalam Perang Salib di Palestin dan Syria......Di samping itu dia juga berusaha menyatukan dan menguatkan wilayah2 Islam yg berpecah2. Antara yang dia buat ialah menurunkan pemimpin2 Islam yang zalim dan corrupt dan menggantikan dengan pimpinan baru. Uthman bin Ali ni salah seorang yang dah di blacklist oleh Salahuddin. Dia dikhabarkan telah mengkayakan dirinya dengan mengambil "percentage" dari saudagar2 yang berdagang di Yaman. So, bab ambil commission ni dah lama sejarahnya. Lalu Salahuddin menghantar adiknya yang bernama Sayful Islam (atau Sayfuddin) ke Yaman untuk menangani Uthman bin Ali ni. Uthman pulak bila dengar Sayf ul Islam ni on the way, dia pun cabutlah. Dia bawa bersamanya beberapa kapal yang sarat dengan harta yang dikumpulnya semasa mentadbir Aden. Nak dekat2 sampai pelabohan berhampiran Mekah, kapal2 dia kena intercept oleh kapal2 perang Sayful Islam ni dan semua hartanya dirampas. Namun begitu, dia tak diapa2kan. Tapi yg dirampas tu harta2 yg besar2 saja....manakala yg kecil2 tidak diambil. Menurut Ibn Jubayr, harta yg lepas tupun bukannya sikit, ber unta-unta juga nak bawa. Dia sampai ke Mekah dengan barang2 yg terselamat tu dan Ibn Jubayr tengokpun tak larat nak kira. Semua harta itu dibawa ke rumah yg Uthman telah bina di Mekah...sort of banglo kat luar negara.....macam hari ni jugalah. Anyway, balik ke cerita asal, Ibn Jubayr mencatatkan yg Uthman Ali ni mungkin mengharapkan dua pahala, satu pahala utk haji dan satu lagi kerana volunteer utk mengawal jemaah haji dari gangguan penyamun..... Bersambung seterusnya ke Part 4 ..... |
blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
28 September 2010
Cerita Haji Pt 3_Penyamun Tarbus
Labels:
Cerita Haji
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment