Ini final part cerita Umair bin Sa'ad r.a. Kalau belum baca Part 1 dan Part 2, sila baca dulu. So kata bini Umair, " Tak pe bang, ambil jelah duit tu, kita sedekah kat org2 lain yg lebih memerlukan." Masya Allah, dah lah dia ni paling miskin dalam kampung, masih ingat nak sedekah kat orang lain. So Harith pun balik menemui Khalifah, dia ceritakan semua yg berlaku, tapi dia tak sure apa yg jadi pada duit tu. Lalu Umar pun memerintahkan supaya Umair datang menemuinya. Umair pun mailah, Khalifah relate balik apa yg Harith ceritakan, lalu Umar bertanya, "Kamu buat apa dengan wang 100 dinar itu?" Mulanya Umair tak nak cerita, dia kata orang yang dah sedekah tak patut tanya apa yg orang buat dengan duit sedekah itu. Maknanya kalau Umar al Khattab dah sedekah kat dia duit 100 dinar tu, apahal nak tau pulak duit tu pi mana. Tapi dia pikiag2, lebih baik dia cerita, "Aku dah infaq kan kesemuaya ke jalan Allah, tidak ada 1 dinar pun aku ambil" kata Umair. Terharu Khalifah, lalu dia memerintahkan supaya Umair diberi 60 gantang gandum dan 2 pasang pakaian. Umair menolak untuk menerima gandum2 tersebut, tetapi mengambil pakai2an itu. Ditanya khalifah pasai apa tak ambil gandum tu, dia kata kat rumah dia ada lagi 2 cupak gandum utk makanan isterinya sepanjang peninggalannya, cukuplah tu. Pakaian tu pulak dia ambil sebab isterinya dah ibarat bertelanjang kat rumah (ie dah terbuka auratnya), kerana ada satu pasang pakaian saja dan itupun dah koyak-koyak. Yang satu lagi untuk dirinya, pakaian dia pun dah koyak2. Apabila tidak lama kemudian Umair meninggal, Umar al Khattab r.a. merasa sedih sekali dan berkata dia mengharapkan lebih ramai orang seperti Umar untuk membantunya mentadbir negara. So tamatlah cerita Umair bin Saad (ra), seorang pentadbir kerajaan yang zuhud, ikhlas dan berintegriti. Moga2 dapat iktibar. Wallahu'alam. ------------------------------------------------------------------------------ Selingan; Umair bin Saad semasa kecilnya telah diuji, apabila ia mendapati ayah tirinya yang bernama Julas, yang berkawan dengan orang2 munafik Madinah telah menghina Nabi saw. Umair pi report kat Nabi, lalu ayah tirinya dipanggil untuk explain. Biasalah....Julas menafikan semua tu. Dia kata manalah boleh percaya cakap budak2 kecik macam Umair tu. Umair menangis sambil berdo'a meminta Allah memberi penjelasan kepada Nabi saw. Maka dan dan tu jugak ( dan dan tu maknanya, serta merta lah ) turun ayat 74 surah At-Taubah yg berbunyi; ....."Mereka (orang-orang munafik itu) bersumpah dengan (nama) Allah, bahwa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang menyakitimu). Sesungguhnya mereka telah mengucapkan perkataan kekafiran, dan telah menjadi kafir sesudah Islam, dan mengingini apa yang mereka tidak dapat mencapainya; dan mereka tidak mencela (Allah dan Rasul-Nya), kecuali karena Allah dan Rasul-Nya telah melimpahkan karunia-Nya kepada mereka. Maka jika mereka bertaubat, itu adalah lebih baik bagi mereka, dan jika mereka berpaling, niscaya Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat; dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pelindung dan tidak (pula) penolong di muka bumi." Terkejut Julas, terus dia mengaku kesalahannya kat Nabi saw....begitulah Allah menolong hamba2nya yang ikhlas walaupun budak kecik. Selama ni kita dapat dok baca cerita George Washington dengan pokok cerinya saja. Sedangkan di dalam Islam sudah ada cerita yang sedemikian untuk dibacakan pada anak2 kita...... |
blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
29 April 2010
Umair bin Sa'ad r.a._Final Part_Baju Koyak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment