14 November 2010

Muhammad Ibn Sirin - Minyak NPL

Muhammad ibn Sirin lahir pada tahun 33 hijrah semasa pemerintahan khalifah ke 3 Sayyidina Uthman al Affan ra. Dia terkenal sebagai ulama' tersohor di dalam mentafsir mimpi. Bapanya Abu Bakar as-Sirin ialah khadam kepada Anas b Malik ra (Anas ni pulak ialah khadam Nabi saw semasa Baginda masih hidup).

Ibunya Saffiyah ialah jarriyah (orang gaji) Abu Bakar as Siddiq ra. Diceritakan bila ayah dia nak menikah dengan mak dia, Abu Bakar as Siddiq menjadi wali kepada Saffiyah.

Cerita pernikahan ni pun lebih kurang macam proses2 kita menikah di sini lah. Sirin sendiri yang pi mengadap Abu Bakar as-Siddiq yg pada masa tu menjadi Khalifah untuk meminang Saffiyah.

Safiyyah ni seorang anak gadis yang bukan saja cantik, cerah kulitnya (tak cannon sapa2 ni), tetapi pintar bertutur kata, berhemah tinggi dan disenangi oleh penduduk2 Madinah. Dia ni sangat disayangi oleh isteri2 Nabi saw terutamanya Aishah rha. (Selepas Nabi saw wafat , isteri2 baginda tinggal berjiran di Madinah). Umur dia pun lebih kurang umur Aisyah.

Saffiyah ni walaupun jarriyah, dia dilayan macam anak sendiri oleh Abu Bakar as Siddiq,
Jadi sayanglah Abu Bakar nak melepaskannya melainkan kepada calon yg berkelayakan sahaja.

Abu Bakar pi tanya Anas mengenai peribadi as-Sirin ini;

Anas kata, "Wahai khalifah, dia ni khadam aku yang di beri oleh Khalid al Walid sejak dia kecik2 lagi,dia seorang yang baik akhlaknya, baik agamanya dan sentiasa menjaga kehormatannya. Kira budak baiklah. Aku rekomen dia ni menikah dengan Saffiyah. Beruntung orang yang mendapat menantu sepertinya"

Apa lagi, Abu Bakar tak soal banyak lagi, kira on lah.
Hari depa menikah tu, Saffiyah diandam oleh 3 orang isteri2 Nabi saw.
11 tahun kemudian Muhammad ibn Sirin dilahirkan....ustaz x cerita samada dia ada saudara2 yg lain.

Dia membesar di kalangan para sahabat seperti Abdullah ibn Umar, Abdullah ibn Abbas, Abu Hurairah, Abdullah b Zubair, Anas rhum.

Lalu dia menjadi seorang berperibadi mulia dan juga sangat alim kerana bergaul dengan sahabat2 yg rapat dengan Nabi saw.

Terjadi peristiwa apabila apabila Muhammad Ibn Sirin....a.k.a. Ibnu Sirin ini telah dewasa dan menjadi ulamak besag di Basrah dia telah di reman ke mahkamah kerana ada NPL.
Ini ialah kerana dia tak dapat membayar balik hutang membeli minyak zaiton kepada seorang pemborong.

Ibn Sirin ni seorang peniaga...jadi dia nak jual la balik secara runcit.
Bila dia dapat delivery minyak tu, dia menjumpai bangkai seekor tikus dalam minyak tersebut.

Dia pikiag2 kalau hantar balik nanti, kot2 pemborong tu buang saja arwah tikus tu dan jual balik kat orang lain. So, dia tuang habis semua, sikit pun tak tinggal.

Tapi bila dah jadi camtu, habislah perniagaan dia, camna nak settle hutang dgn pemborong tu?

Bila tak leh bayar, pemborong saman dia, masuk mahkamah.
Pendek cerita hakim mengenakan hukuman penjara pada Ibn Sirin dgn masa yg panjang......

Walaupun Ibn Sirin ulamak besag, berkawan dgn sahabat2 Nabi, cable tu dia x pakai.
Lama jugak dia dok dalam penjara tu sampai pegawai penjara pun naik kesian kat dia.




Lalu satu hari warden pun berjumpa Ibn Sirin di penjaranya;
Kata warden tu;
"Ya Shaikh, sudah lama saya tengok tuan dok terpenjara padahal tuan seorang yang sangat mulia."

"Apa point hang ni?" tanya Ibn Sirin

"Saya pikiag cam ni. Malam nanti saya mai sini, saya buka pintu jel ni, tuan balik la rumah, tengok anak bini. Awal2 pagi esok, tuan balik la mai sini. Malam esok, same thing la. Tak da sapa2 pun tau. Amacam?"

Ibn Sirin dengar saja offer ikhlas warden tu. Tak respon.
"So, what say you?" tanya warden lagi.

Ibn Sirin jawab "Sori....aku tak dapat terima"

"Eh...awat pulak? Tak ok ka?"

"Sudahlah warden, janganlah buat kerja tak amanah tu. Biarla aku dok sini".
Terdiam warden tu.

Maka doklah Ibn Sirin tu sampai satu ketika Anas bin Malik, bekas majikan ayah dia sakit tenat.

Maka Anas mewasiatkan sekiranya dia meninggal supaya Ibn Sirim meguruskan jenazahnya.

Apabila Anas kembali ke rahmatuLlah, maka datang keluarga membawa wasiat Anas kepada Ibn Sirin. Warden penjara tak banyak soal, dah nak buka kunci penjara dia.

Kata Ibn Sirin, "Hang tak boleh bebaskan aku. Hanya orang yg ake berhutang dgnnya sahaja yang boleh decide, pasal aku dipenjarakan ini kerana tidak membayar hutangnya. Kalau dia tak kasi, aku tak nak dibebaskan."

Kelam-kabut depa pi cari toke minyak tu minta izin utk bebaskan Ibn Sirin.
Alhamdulillah dia setuju.

Maka keluarlah Ibn Sirin utk menguruskan jenazah Anas b Malik ra....khadam Nabi saw.
Selesai saja solat jenazah, Ibn Sirin pun bangun.

"Ya Shaikh, nak pi mana tu?" tanya orang ramai

"Aku nak masuk balik penjara aku la. Kerja aku dah abis" katanya

"Tak nak jumpa anak isteri ke, sementara dah keluag ni?" depa tanya.

Jawab Ibn Sirin, "Aku hanya diwasiatkan utk memandikan, mengkafankan dan mensolatkan Anas, tak bolehlah aku buat lebih dari itu".

Gitulah kisah Ibn Sirin.
Wallahu a'lam.


No comments: