30 September 2010

Cerita Haji_Part 4_VVIP Manja


Jumaat 9 Zulhijjah 579H _Wukuf di Arafah

Jangan lupa, baca dulu Part 1, Part 2 dan Part 3 sebelumnya.
Kalau tak, tak complete jalan cerita.

Maka kita sambung cerita kita.......

Jemaah haji berpusu-pusu membanjiri Padang Arafah sepanjang malam 9 Zulhijjah.

Amir Haji dari Iraq tiba dengan rombongannya pada hujung malam (awal pagi) 9 Zulhijjah.

Khemah2 merekalah penginapan yang paling hebat di antara khemah2 yang ada di Arafah, selayak kedudukannya sebagai VVIP.

Hebat macamana? Best describe macam ni.


Diceritakan bahawa ahli2 rombongan ini bergerak dari satu tempat ke tempat lain menaiki unta yang di atasnya ada tempat duduk bertutup.
Tak tau nak bagi terminologi apa benda tu, tapi dalam terjemahan Englishnya diumpamakan as cradle to infants.

Bukan dari segi rupanya; tapi dari segi keselesaannya iaitu kalau ada baby pun tak akan terjaga kalau unta tu bergerak ke sana ke mari. Ada tilam ada kusyen dan di litupi kain2 yg bagus sehingga tak tekena cahaya matahari.

Bila unta tu sampai ke khemah yg hebat2 ni, unta tu masuk terus ke dalam khemah dan VVIP ni akan turun dari unta directly ke bilik tidog depa.

Jadi boleh bayangkanlah besag mana khemah tu sampai unta yang berdiri pun boleh masuk kot pintu khemah, sekali dengan bakul bertutup kat atas belakang dia tu!
Juga nak tunjuk kemewahan dan kesedapan yang dinikmati oleh VVIP ni sampai tak kena sedikitpun cahaya matahari.

Dalam mengakhiri observationnya mengenai perkara ini Ibn Jubayr berkata,
"tak payahlah sangat dok berkira2 dengan kemewahan dan kemudahan yang dikecapi oleh VVIP ni yang tak kenal erti penat dan susah kerana setiap keperluan mereka dipenuhi.

Bagi mereka (orang2 biasa ) yang terpaksa mengharung perit jerih dan segala macam kepayahan dalam perjalanan haji ini, itulah tandanya Allah hendak menghapuskan dosa-dosa mereka."

Sepanjang hari Jumaat 9 Zulhijjah dapat dilihat betapa ramainya manusia berhimpun di Padang Arafah. Tidak ada perhimpunan yang lebih ramai dari ini melainkan apa yang akan dilihat pada hari Kebangkitan di Padang Mahsyar kelak.
Apabila masuk waktu Zuhur, mereka menunaikan solat jamak Zuhur dan Asar (walaupun itu hari Jumaat).

Selepasnya; dapatlah didengar bergema suara2 manusia yang berhimpun beramai2 ini memohon do'a dan memohon ampun dari Allah Azza wajalla, kerana itulah waktu yang paling mustajab berdo'a di dalam kehidupan seorang manusia.

Mereka tetap berkeadaan tunduk tawadhu, ramai yang menangis dan bercucuran air mata mengenangkan dosa-dosa dan mengharapkan keampunan.
Tidak terasa bahang panas matahari membakar, sehinggalah matahari telah terbenam di ufuk.

Sambung ke Part 5 nanti.......

No comments: