Sumber2 Cerita Sempoi

Cerita-cerita yang hangpa semua baca dalam blog ni bukannya aku reka sendiri.....bukan ori lah gitu.

Semuanya adalah aku recycle dari sumber2 yang di bawah ni....cuma kadang2 tu aku beri nafas baru dan tambah renang gaya bebas style aku.

( Sumber rujukan utamanya adalah al-Quran dan Hadis lah tetapi datangnya dari berbagai punca)

1. Mendengar
Ni ada dua kategori....
a) Ceramah dan Kuliah di Masjid dan Surau2
b) Kaset dan CD 


Ustaz2 yang aku dok pi dengar;
  1. Ustaz Dato' Hj Shamsuri Ahmad - Ustaz tersohor di belah2 utara sana. Dok dengar Kuliah Bahrul Mazi dan Kitab Nurul Ihsan sejak tahun 2000. Dengar kaset dan CD sajalah, tak pernah jumpa live lagi.
  2. Ustaz Nazmi Abd Karim - Yang aku gunakan metode sampaikan cerita secara sempoi. Dok pi kuliah Hayatus Sahabah/ Tabi'in di Masjid Kota Damansara, sebulan sekali.
  3. Ustaz Syed Kadir al-Jufri - Tuan guru yang ngajar Kitab al-Azkar Imam an-Nawawi di masjid sama.
  4. Ustaz Dr Hj Zahazan Mohamed - CEO Telaga Biru, Penyampai kuliah Tafsir al Quran di Radio Ikim yg jadi sumber bahan cerita dan Pembimbing Haji tahun 2008 dulu. Kadang2 pi kuliah dia around KL.
  5. Ustaz Hasrizal Abdul Jamil - Cool Ustaz. Dok pi Wacana bulanan Surah Yusuf dan al-Kahfi dia di an-Nidaa' Taman Tun Dr Ismail sejak 2010. 
  6. Ustaz Anzarudin - Another cool ustaz. Ikut Kuliah Sirah An-nabawiyah di surau Ar-Rahman Bukit Rahman Putra.
  7. dan  a few other ustaz especially yang mengajar di Masjid Kota Damansara dan Surau Ar-Rahman.

2. Membaca

  1. The Men of Madina Vol 1 and Vol 2 terjemahan Bahasa Inggeris oleh Aishah Bewly  dari Kitab asal Tabaqat al-Kubra karangan Muhammad ibn Sa'ad rahimahullah
  2. The Men Around the Messenger karangan Dr Khalid Muhammad Khalid
  3. 65 Manusia Langit yang diterjemahkan dari Kitab Suwaar Min Hayatis Sahabah karangan Dr Abdurrahman Ra'fat al-Basha
  4. Jejak Para Tabi'in yang diterjemahkan dari Kitab Suwaar Min Hayat at-Tabi'in juga karangan Dr Abdurrahman Ra'fat al-Basha
  5. The Sealed Nectar (Biography of Prophet Muhammad s.a.w) terjemahan Bahasa Inggeris dari buku ar-Raheeq al Makhtum karangan Sheikh Safi ur Rahman al Mubarakfuri
  6. Fiqh Sirah an Nabawiyyah karangan Sheikh Dr Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti
  7. Hayatus Sahabah - terjemahan Bahasa Inggeris karangan Sheikh Maulana Yusuf al Kandahlawi
  8. The Khalifas Who Took The Right Way, terjemahan Bahasa Inggeris dari the original Arabic book titled Tarikh al Khulafa (Sejarah Khalifah) karangan Imam Jalaluddin as-Suyuti.
  9. Rihlah Ibn Jubayr - catatan pengembaraan Abu Husain ibn Jubayr al-Kinani yang diterjemahkan ke Bahasa Inggeris oleh Roland J Broadhurst
  10. Fiqh al-Awlaawiyat karangan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi
  11. The Ordinance of Government terjemahan Bahasa Inggeris dari Al-Ahkam al Sultaniyyah karangan Imam Abu Hasan al Mawardi.
  12. Bustanul Arifin - Karya Imam an-Nawawi
  13. Muhammad Messenger of Allah (As-Shifa of Qadhi Iyad) - Terjemahan Bahasa Inggeris dari kitab asal Kitab Ash-Shifa Bi Ta'rif Huquq al-Mustafa karya kurun ke-12 Hijrah oleh Imam Qadhi Iyad Ibnu Musa al-Yahsubi.
  14. Ethics of Disagreement in Islam terjemahan dari Al-Adabul Ikhtilaf fil Islam tulisan Sheikh Taha Jabir al-Alwani. 
  15. Makkah al Mukarramah - Kelebihan dan Sejarah tulisan Dr Abdul Basit Abd Rahman, dan juga pasangannya Madinah al Munawarrah - Kelebihan dan Sejarah
  16. dan lain-lain

3. Internet
  1. Sumber2 cerita dari pelbagai laman web.
  2. Youtube -  Kuliah2 Sejarah Sahabat dan Tabi'in Syeikh Dr Muhammad Musa Al Shareef. Contohnya kat sini lah;


No comments: