| |
Peta Sebahagian Perjalanan Ibn Jubayr Petang hari Rabu 29 Zulqai'dah 579 (bersamaan 14 Mac 1184), orangramai (termasuk Ibn Jubayr) berkumpul di suatu kawasan lapang dekat Mekah untuk menyaksikan samada anak bulan Zulhijjah akan muncul ke tidak. Tapi ada sedikit kekecohan kerana hari tu telah ditakdirkan cuaca mendung dengan awan tebal.Jadi, langit tidak kelihatan dengan jelas. Orangramai mengharapkan bila dekat Maghrib nanti awan akan dispersed dah langit kelihatan. Apabila dah dekat2 matahari nak terbenam, dan langit dah jadi kemerah2an, langit masih tak clear.Tiba-tiba adalah seorang dalam yang ramai2 tu melaungkan takbir, "Allahu Akbar!", yang selalunya menandakan anak bulan dah dapat dilhat. Orang2 lain pun yang dalam keadaan "over-excited" pun ikut melaungkan takbir, seolah-olah dah confirm anak bulan Zulhijjah depa pun dah nampak, padahal depa pun tak sure. Diceritakan yang buat kecoh ni adalah jema'ah dari Maghribi dan sebahagian orang2 Mesir. Menurut Ibn Jubayr, anak bulan Zulhjjah malam Khamis adalah yang paling utama dan dinanti-nantikan. Ini ialah kerana ini bermakna 1 Zulhijjah ialah pada hari Khamis dan hari Wukuf (9 Zulhijjah) akan jatuh pada hari Juma'at. Menurut Ibn Jubayr juga, pegangan pada masa tu ialah, bila Wukuf hari Jumaa'at bermakna itu adalah haji Akbar. Pahala haji akan digandakan sebanyak 70 kali. Bagi orang2 kita hari ni (kat M'sialah), haji akbar berlaku apabila hari raya haji (10 Zulhijjah) jatuh pada hari Juma'at. Jadi, nampak ke tak nampak anak bulan tu, habag nampak jugalah. Jadi dah kecoh, lalu perkara itu dilaporkan kepada Qadi Mekah, seorang ulamak bernama Syeikh Jamaluddin. Lalu kata Qadi Jamaluddin, "Sapa2 yang mengaku nampak anak bulan padahal awan tebal melindungi langit macam hari ni, saya tak akan terima persaksian dia. Orang2 Maghribi ni memang kalut. Bulu mata depa jatuh terjuntai depan mata depa, depa nampak macam anak bulan!" Jadi, tak confirm lah lagi bermulanya 1 Zulhijjah. Qadi kena rujuk kepada Khalifah yang masa tu masih lagi berpusat di Baghdad. bersambung ke Part 2. |
blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
25 September 2010
Cerita Haji Pt 1_ Bulu Kening di Sangka Anak Bulan
Labels:
Cerita Haji
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment