24 October 2010

Abu Bakar as-Siddiq r.a._Part 3_Wanita Kahwin 4 Lelaki


Here are some facts that will make your head spins.....
Ingat tak Zubair bin Al-Awwam ra dalam penghijrahan Nabi SAW?

Kalau tak ingat, boleh pegi ke cerita Abu Bakar Part 1- Bapa Unta.

Dah baca? Dapat idea kan?

Zubair tu kan ke menantu Abu Bakar as-Siddiq ra....pasai dia suami Asma' bt Abu Bakar r.anha?

Sapa dia pulak bapa Zubair yg bernama al-Awwam tu?
Nama penuh dia Al-Awwam bin Khuwailid?

Khuwailid?

Bukankah isteri Nabi nama Khadijah bt Khuwailid?
There you have it.

Khadijah adalah kakak Al-Awwam......dan mak saudara Zubair!

Tulah yang aku cakap awai2 tadi, orang2 Mekah semua dari satu rumpun keluarga.

Tak habis kat situ saja.....Al-Awwam bin Khuwailid ni kawin pulak dengan Saffiyah binti Abdul Mutallib.

Abdul Mutallib pulak!

Laa....menantu kepada Tok wan Nabi SAW rupanya.
jadi al-Awwam ni bapa saudara Nabi SAW by marriage.

Pusing....pusing...

Cukuplah takat tu, nanti pengsan pulak....
As a conclusion, Nabi SAW dan Khadijah r.anha pun connected kat seorang moyang iaitu Qusai, pasal nama penuh dia Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qusai,

Sedangkan silsilah Nabi SAW ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abd Manaf bin Qusai.

PHEW!!!

Bila ada free time nanti, hangpa semua contenglah sikit atas kertas dan tengok camna silsilah keluarga tu interconnected.

Apa kena mengena semua tu dengan cerita wanita kawin 4 ni?

Sebelum korang semua pikiag macam2, ni bukannya Islam Liberal abad ke 7.
Memang kisah wanita kawin 4, tapi tak la semua at same time....sorang2 le, dan dia kawin dengan anak dan menantu Abu Bakar as Siddiq at different times.....

Tu yang masuk bawah kategori cerita Abu Bakar ra ni.

Nama wanita ini ialah Atiqah bt Zaid bin 'Amr bin Nufail.


Seorang perawan Mekah yang terkenal berakhlak tinggi, penyair hebat dan of course jelita.

Dia tergolong dalam sahabat2 wanita yang awal-awal  beriman dan juga berhijrah ke Madinah.

Abdullah bin Abu Bakar r. anhuma, telah jatuh hati kepada Atiqah sedangkan Atiqah menjadi idaman ramai pemuda Madinah. Dia pun masuk meminang dan alangkah gumbiranya bila pinangannya diterima.

Abdullah ni anak yang baguih, sangat hormat pada orang tuanya. Semasa Nabi SAW dan Abu Bakar berhijrah dialah yang siang2 hari pi ke kota Mekah dan mendengar perbualan dan perancangan Musyrikin Mekah.

Malam2 dia pi ke Gua Thur dan menceritakan apa yang dia dengar kepada Nabi SAW dan ayah dia. Dia jadi spy pertama Islam rasanya. Jasa dia pada Islam sangatlah besar.

Namun begitu, apabila Abdullah dan Atiqah menikah, jadi kot lain pulak.
diceritakan Abdullah ni terover sangat cinta dia pada Atiqah.

Maklumlah bini muda dan cantik, berakhlak mulia, baik budipekerti dan pandai bersyair.

Sampaikan dia dah neglect banyak perkara terutamanya hal2 jihad....
Ni bukan cerita aku....ni dari seperti yang aku dengar dari Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad, seorang pendakwah yg baguih jugak.

Abu Bakar dok perati anak dia ni sejak kahwin dah agak longgar sikit....nasihat pun dah tak berapa nak masuk, lalu ayah yang concern ni last2 tak dak cara lain, memerintahkan Abdullah supaya menceraikan Atiqah.

Aduhhhh....Abdullah pun berbelah bahagi antara ketaatan kepada bapanya dan cintanya pada isteri.

So, kerana menghormati ayahnya, Abdullah pun menceraikan isterinya.
Ingatkan habisla masalah kat situ. Rupa2nya, as a good love story would go, tidak.

Abdullah dirundung kesedihan yang amat sangat akibat perpisahan tu, dan sangat rindu kepada bekas isterinya, sehingga dia jatuh sakit. Haru le!!

Berita gempar ni tersebar ke seluruh Madinah. Abdullah menulis puisi2 kerinduan pada bekas isterinya tu.

Kona iklan sikit....

Do you all know that kalau mengikut hukum, pasangan suami isteri yang sudah bercerai tapi masih dalam jangkawaktu iddah isteri, bukan sahaja boleh duduk serumah, malah dilarang balik ke rumah parents masing2.
.....malahan tidak ada keperluan utk menutup aurat!

Ini adalah utk melahirkan semula kemesraan dan kasih sayang, kot2 laki nampak bini koi lawa, atau bini nampak laki lagi muscle...jadi depa akan bekenan balik dan rujuk semula.

Sampai macam mana?
Sampai tidog sama2 bawah selimut pun boleh...kalau dah jadi cam tu, dah kira rujuk semula!

Tapi kalau bercerai tu pasal laki tu kaki taekwondo atau bini dia champion karate, rasanya kena dok asing2 la....

Cuba hangpa tanya ustaz.


Back to the story...

Dengan izin Allah, Abu Bakar ra dek melihatkan Abdullah ni dah jadi koi loghat.....maka lembutlah hatinya, lalu membenarkan Abdullah merujuk semula Atiqah, setelah make sure Abdullah dah tahu apa priority dia.

What a happy conclusion.

Diceritakan lagi, untuk memastikan cinta depa ni kekal sepanjang zaman, Abdullah telah menghadiahkan sebidang tanah kepada Atiqah tapi meminta Atiqah berjanji untuk tidak kawin lain sekiranya Abdullah pi dulu. Atiqah menerimanya.

Sudah ditaqdirkan Allah, pada tahun 10 Hijrah, tentera Islam bertempur dgn Bani Thaqif berdekatan Ta'if dan dalam pertembungan itu, Abdullah telah cedera. Pada tahun itu juga Rasul SAW wafat.

Pada tahun berikutnya, Abdullah succumbed to his injuries dan meninggal semasa Abu Bakar menjadi Khalifah.

Maka menjandalah Atiqah.

Oleh kerana janjinya pada Abdullah untuk tidak kawin lain dan dipegang oleh hadiah sebidang tanah itu, tidak adalah orang2 Madinah yang berani melamar Atiqah, walaupun dia ni....ya lah macam dah cakap awal2 tadi....cantik, berakhlak, kuat agamanya, dan pandai bersyair....dan sekarang janda.

The status quo remains for a few years......sehinggalah Abu Bakar ra wafat dan Umar dilantik menjadi Khalifah yg ke2.

Maka barulah ada insan yang masuk melamar......

Sa'at yang dinanti telah tiba, apabila akhirnya the Maiden of Medina dilamar oleh seseorang.
Siapa?

Siapa?!

Siapa lagi kalau bukan Amirul Mukminin Umar al-Khattab sendiri.

Namun pada awalnya Atiqah menolak pinangan itu kerana dia masih merasa terikat dengan janjinya pada Abdullah.

Janji itu ialah dia tak akan berkawin lagi dengan orang lain sekiranya Abdullah meninggal dan sebagai "ikatan"nya Abdullah telah menghadiahkannya sebidang tanah.

Oleh kerana Umar pikiag tak guna paksa-paksa, dia pun try cara lain.
Dia pi berjumpa Ali (dalam riwayat lain Aisyah) untuk meminta nasihat.

Lalu kata Ali (atau Aisyah), " Kalau tanah tu yang mengikat dia....suruhlah dia hadiahkan ka, juaikan ka...bagilah pada sapa yang dia suka...lepas tu tak adalah lagi ikatan tu."

Betoi juga....sempoi saja. Awat tak pikiag sebelum tu?

Bukan tak pikiag, cuma kasih Atiqah masih mendalam pada Abdullah.
Bila dinasihatkan sedemikian rupa, Atiqah pun menginfakkan tanah tersebut.

Dengan tu dia pun berkahwin dengan Umar al Khattab.

Mari kita singkap satu episod menarik mengenai perkawinan depa ni.

Kita sedia maklum Umar al-Khattab ni terkenal dengan kegarangannya.
Dia tak akan segan2 bawak keluar pedang kalau ada sesuatu yang dia nampak unIslamic.

Punyalah garangnya Umar ni, sampai dikatakan bahwa Syaitan, kalau dia dok round2 kat Madinah nak menggoda manusia, nampak saja Umar, dia terus kona, ambil jalan lain.

Kadang2 Syaitan laknatullah ni akan menyorok belakang pokok, belakang tiang, dia make sure dulu Umar pi mana, lepas tu dia pi ke arah lain.
Macam tu sekali reputasi Umar!

Kitalah...kalau Setan nampak ka.... sebatu lagi, dia dah lambai, "Ooi!! Old friend! Long time no see!"

...Nauzubillahi min zalik!


Ok, balik ke cerita Umar dan Atiqah ni.
Atiqah ni sifatnya, kalau bahasa hari ni kita boleh describe sebagai "outgoing" dan "feisty" lah.

Dia tak takut utk mengeluarkan pandangannya kalau ada sesuatu yang dia rasa patut disuarakan.

Jadi bila dia kawin dengan Umar, sudah tentunya ada la situasi yang ada conflict of interest.

Nak diceritakan, satu hari tiba2 Atiqah habag kat Umar dia nak pi solat di Masjid Nabawi....sedangkan pada masa tu memang dah sedia maklum, amalan orang2 Madinah ialah orang2 pompuan solat di rumah.

Naturally, Umar tak membenarkan......mana boleh bini Khalifah buat cam tu?
Tak protokol.

"Buat apa Yang nak pi masjid ni...bukankah Nabi SAW kata lebih baik orang pompuan solat di rumah?"

"Yalah bang...saya tau tu, memanglah Nabi kata orang pompuan lebih baik solat dirumah, tapi dia tak larang orang pompuan solat di masjid. Betoi dak?" kata Atiqah.

"Memang betoi cakap Yang tu....tapi......"

"Tapi apa lagi bang.... Saya teringin sangat nak solat di tempat Nabi saw dan Abu Bakar solat....boleh lah bang ye?"

Hmmm....kalah Umar."Ah aa....pegilah."

Jadi, gitulah....
Ulamak Feqah mengambil contoh dari peristiwa ini untuk membolehkan Isteri Ketua Negara lebih sudu dari kuah.

Eh eh dak.....maaf....tak ada mengata sapa2.
Itu satu kesilapan yang memang disengajakan.

Sebenarnya dari episod tu, ulamak menghujahkan bahawa dibolehkan kaum wanita menunaikan solat di masjid sekiranya selamat dan tidak menimbulkan fitnah.

Itulah ceritanya Umar dan Atiqah.
Okaylah kita express from this point.....

Ditakdirkan juga Umar ra syahid dek ditikam ketika solat Subuh.
Lalu menjandalah Atiqah buat kali ke-2.

Naiklah Uthman Ibn Affan menjadi Khalifah
Atiqah berkahwin pula dengan husband #3, Zubair al-Awwam (menantu Abu Bakar as-Siddiq).

Tu dia aih! Baru sampai tang ni!
Punyalah jauh pusing kisah Zubair ni, dari masa hijrah Rasul saw sampai akhirnya kawin dengan Atiqah.
A period of about 25 years.

Bila Uthman wafat, dan naik pulak Ali menjadi Khalifah yang ke 4.
Ditakdirkan juga Zubair ra mati syahid dibunuh semasa Perang Unta.
Ketika itu terjadi kekeliruan di antara pengikut2 Sayyidina Ali dan Sayyidatina Aishah.

Maka menjanda lagilah Atiqah buat kali ke-3.
As it would be, peminang yang seterusnya ialah Khalifah yang ke-4, Ali ibn Abi Talib ra.

Tapi kali ni bila dipinang, Atiqah menolak.
Katanya kepada Ali. " Aku tak ingin lagi melihat pembunuhan di kalangan sahabat2 Rasul saw."

"Awat you cakap macam tu?" tanya Ali.

Jawab Atiqah, "Tidakkah you tahu semua yang berkahwin dengan I, semuanya mati dihujung pedang?"

Apa jawab Ali?
"Itulah sebabnya I nak kawin dengan you."

Maka berkahwinlah Ali dan Atiqah,
dan true to the tradition, Ali pulak syahid selepas itu.

THE END…….

Demikianlah kisah Atiqah binti Zaid bin Amr bin Nufail, sebagaimana yang diceritakan oleh alim ulama dan dirakamkan dalam kitab2 sejarah.
Who needs Dallas or Dynasty then?
---------------------------------------------------------------------------------
Nota kaki:

Tabaqat al Kubra, the magnum opus of Muhammad Ibn Sa'ad telah diterjemahkan dalam English oleh Aisha Bewley.

Atiqah, heroine kita ini di describe dalam Volume 8 bertajuk "Women of Medina".

Sebahagian dari cerita cinta Atiqah ini dimuatkan di situ, jadi InsyaAllah kesahihannya boleh dipegang kerana kitab Ibn Sa'ad tu adalah sumber rujukan untuk ahli2 sejarah seluruh dunia.

No comments: