28 December 2012

CSI_Baitulmaqdis


Before CSI Las Vegas,
before CSI NY and
way before CSI Miami.

Even earlier than Quincy ME (anybody remembers him?).

Much much earlier... make it 3000 years earlier, there was already a CSI case being investigated.

The story goes like this.
--------------------------------------------------------------------------------
Nabi Sulaiman a.s., sepertimana yang kita ketahui dikurniakan Allah dengan kelebihan untuk berkuasa ke atas jin.

So, depa ni digunakan untuk melakukan pelbagai tugas yang manusia tidak mampu buat.

Tapi as we know also, jin ni bukannya semua baik.
Yang perangai macam jin pun ramai.... he he., dah memang jin pun.

So ramailah jin ni yang kena bedai, kena balun kerana banyak main2 masa kerja.
Sampaikan depa takut dengan hukuman dari Nabi Sulaiman as.

20 December 2012

Kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis _ Part 4 - Tersingkap Betis


Inilah bab terakhir kisah Sulaiman dan Balqis...

Sebelum tu nak tambah sikit kepada Part 3 cerita ini, bahawa dalam Tafsir al- Azhar karya Almarhum Dr Hamka, beliau mengatakan nama 'Asif bin Barkhiya disebut di dalam Tafsir Ibnu Abbas dan Ibn Ishaq, two of the earliest mufassirin.

Cumanya Dr Hamka lebih cenderung kepada tafsiran Imam Fakhruddin Ar-Razi bahawa yang mengangkat singgahsana Balqis dari Yaman ke Palestin itu adalah Nabi Sulaiman a.s. sendiri...

Gitulah...So let's finish-off this story.

Kalau yang baru mai sini, eloklah tengok cerita sebelum sini.. Part 1, 2 dan 3.
----------------------------------------------------------------------------

Setelah singgahsana diletak di dalam istana Nabi Sulaiman as, baginda menyuruh supaya dimodify sikit singgahsana tu, just slightly....to make Balqis thinks.

Maka selang tidak lama kemudian tibalah Ratu Balqis dengan rombongannya yang terdiri dari ratusan ribuan tentera dan pengiring.

Mereka disambut masuk mengadap Nabi Sulaiman as.

Of course the first thing she saw was the throne which looked so very familiar.

"Macam singgahsana aku....tapi camna boleh sampai ke sini?"

18 December 2012

Risiko Ramadan


Berceritalah seorang sahabat Rasulullah SAW yang bernama Salamah ibn Sakhr al-Bayadi r.a.

Cerita ini presumably took place one Ramadan evening in Madinah.

Kata Salamah;

"Aku ni secara jujurnya kalau nak banding dengan lelaki2 lain adalah seorang yang lemah dengan orang perempuan.....(ie senang naik syeh...if you know what I mean.)

Aku paling takut bila tibanya Ramadan kerana aku bimbang kalau2 aku terlajak dengan isteriku sampai melangkau ke pagi (ie lepas Subuh le)."

(....you all boleh stop baca artikel ni at this point kalau rasa tak sesuai dengan umur you all.)

17 December 2012

Kisah Nabi Sulaiman a.s. dan Ratu Balqis - Part 3 - Ifrit


Kalau hang terus baca bab ni, mungkin pening tak tau hujung pangkai.
So, bacalah dulu Part 1 dan Part 2, baru ada kesinambungan.

Seterusnya...

Isi kandungan surat Nabi Sulaiman as. ringkas sahaja.

"Bahawa janganlah kamu meninggi diri, dan datanglah kepadaku dengan menyerah diri." (An-Naml ayat 31)

Tak adalah seperti surat2 rasmi kat Malaysia ni yang selalunya ada ayat2 camni,

"Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas..........".
"Izinkan kami memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa bla bla bla....."
"Besarlah harapan kami sekiranya Yang Berbahagia Tan Sri dapat melapangkan sedikit masa ding dong ding dong..."
dsbnya....

Surat Nabi Sulaiman sebaris saja. Direct to the point.
Macam ultimatum gitu.

13 December 2012

Kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis_Part 2 - Naba' from Saba'



Mai kita peghabih peranan hud-hud ni dalam Kisah Nabi Sulaiman ni.

Kalau belum baca bahagian awal, hang pi la ke Part 1 dulu.

Dalam terjemahan Pejabat Perdana Menteri...that's right, PM's office kita ada buat terjemahan Quran, burung hud-hud ini diterjemahkan sebagai burung belatuk.

( Boleh klik link ni. Terjemahan Quran PMO )

Aku tak pasti samada sama ke tak spesi belatuk dan hud-hud ni, walaupun Ustaz Google dan Ustaz Wikipedia kata belatuk tu woodpecker dan hud-hud tu hoopoe.

Tak kisah lah, yang jelasnya dalam bahasa Arabnya ialah hud-hud.
Dan tak sedap pulak kalau M Nasir nyanyi lagu , Tanya Sama itu Belatuk.



So, seketika kemudian, sampailah burung hud-hud tersebut.

07 December 2012

Kisah Nabi Sulaiman a.s dan Ratu Balqis.- Part 1 - Missing Hood

The year was sometimes around 950BC.

Pagi tu Nabi Sulaiman buat roll-call untuk pegawai2 kerajaannya.

Semua ada seperti biasa, menteri2 dari kalangan manusia ada, dari jenis jin pun ada, rimau ada, serigala ada....

(Kita pun ada juga sorang jin dalam kabinet dulu....Senator Jins Shamsuddin)

Check punya check, ada satu dah MIA.
Seekor burung hud-hud.

Besa tengok burung ni?

Kalau kat Kedah sana, burung hud-hud ni yang bunyi....HUUDD....HUDDD tu....


Cumanya aku tak pasti rupanya macam mana, pasai dok dengar jauh saja dalam hutan.

Tapi dalam English dia dipanggil hoopoe.
Rupa dia macam ni....

Macam burung merbah jambul gitu. 

06 December 2012

Kisah Nabi Sulaiman a.s. - Projek Besar-Besaran


A surgeon was delighted when his wife announced that she was carrying their first child.

After a hopeful 9-month wait, his wife gave birth to a beautiful baby boy.
But he was mildly disappointed that his little son had six fingers on each hand.

No sooner than the child reached 3-month old that the doctor used his expertise in surgery to remove the extra digits.
He was proud that he was able to give his son a "normal" appearance.

He was then further blessed with two more sons.
But each time the child came with six fingers on each hand.

So he did the same for the two sons.
All of them now looked perfect.

Then his wife announced she was pregnant again.
The doctor was prepared this time, even if the baby was born with three legs.

The wife then delivered their fourth child.
And the little guy had four fingers on each hand.......THE END

------------------------------------------------------------------------------
Begitulah sedikit anekdot cerita kekuasaan Allah swt.

Assalamualaikum,

Aku nak mulakan siri baru.
Cerita Nabi Sulaiman 'alaihissalam, seorang Nabi yang dikurniakan dengan pelbagai keistimewaan.

Antara cerita2 yang akan aku bawa (Insya Allah) ialah,

1. Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis
2. Nabi Sulaiman dengan Malaikat Maut