Assalamualaikum pembaca budiman, Terima kasih kerana melawat blog aku. Aku nak pesan beberapa perkara sahaja; 1. Pertamanya, aku ni bukan ustaz. Apa yang aku masukkan dalam blog ni semua dari apa yang aku dapat dari kuliah2 agama di masjid dan surau, baca buku, tengok TV dan dari internet. 2. Tujuan aku tulis blog ni adalah nak menjana minat tuan/puan pada ugama kita, supaya terasa sayang pada Nabi SAW dan supaya kita semua rasa interested nak pi mengaji dari ahli2 ugama, ustaz2 dan tok guru2. Jadi harapan aku, janganlah gunakan isikandungan blog ni macam bahan ilmiah dan ber-authority. Kira macam penglipur lara sahajalah. Setakat general knowledge boleh la kot. 3. Kalau hangpa dah baca mana-mana part dalam blog ni dan nampak salah silap, dari sekecil2 perkara seperti salah ejaan, salah saiz huruf, apatah lagi yang besar2 seperti salah quote ayat al Quran, Hadis atau fakta2 lain, jangan segan jangan malu, habag kat aku segera untuk dibetulkan. Ini aku nak ucapkan berbanyak terima kasih. 4. Kalau hangpa rasa kandungan blog ni ada menafa'atnya, minta hangpa tolong sebar2kan. Bila aku mati nanti nak lah juga saham ilmu tu nak bawa ke kubur. Nak harap ibadat tak lah banyak mana. 5. Tak ada copyright terhadap kandungan blog ni. Hangpa nak ambik apa2 saja, silakan. 6. Minta tuan/puan do'akan aku mendapat keampunan Allah SWT dan jauhi dari siksaNya, kerana selain Nabi dan Rasul2 , semua manusia sikit sebanyak ada dosanya. Ada yang banyak dosa yang kecik2, ada yang ada dosa besar sikit2, ada yang banyak keduanya. Semoga Allah SWT merahmati tuan/puan semua dan kita semua mendapat rahmat dan keredhaanNya. Jazakallahu khairan kathira. Akhuukum fillah. |
blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
Pesanan Tuanpunya Blog
Subscribe to:
Posts (Atom)
2 comments:
Thank you for the effort...I like...
Boleh jadi bahan bacaan sambil tengok TV...
Bila la nak kua tajuk baru...dok check selalu kot2 ada
Post a Comment