Persahabatan Abu Bakar dan Bilal r.anhuma bermula sejak peristiwa Bilal disiksa ketika keIslamannya diketahui oleh tuannya.
Cerita tu dah masyhur...kita pun dah dengar dari zaman sekolah lagi.
Bilal ditangkap oleh tuan dia, di letakkan batu di atas dada dan dia hanya mengucapkan "Ahad. Ahad. Ahad" maknanya Tuhan itu yakni Allah, satu sahaja .
Lepas tu lehernya diikat dan dia diheret keliling Mekah....
Sapa2 yang dah sampai Mekah tahulah keadaannya....mana ada rumput baldu di sana.
Batu2 keras semuanya.
Abu Bakar r.a. kebetulan lalu di kawasan Umayyah bin Khalaf dan geng2 dia dok siksa Bilal.
Depa pun dah hampir give up masa tu pasal bermacam2 siksa dah ditry, pujuk rayu pun dah try, tidak juga mengubah pendirian Bilal terhadap ugama barunya.
Abu Bakar lalu menawarkan utk membeli Bilal.
Ini merupakan peluang baik bagi Umayyah pasal daripada tak dapat apa2 langsung, dia akan dapat duit hasil jualan Bilal, tapi dia dok harap Abu Bakar tak nampak la dia dah desperate.
Apabila Abu Bakar menawarkan utk membeli Bilal dengan harga 9 tahil emas dia terus jual.
Lepas tu baru Umayyah cakap, " Demi Latta dan Uzza....Ambik le! Tak hingin aku kat hamba ni. Kalau hang bagi satu tahil emas pun aku juai kat hang."
Jawab Abu Bakar, "Demi Allah....kalau tadi hang tak nak juai melainkan dengan harga seratus tahil emas, nescaya aku akan beli juga!"
Laa....lagi geram la Umayyah.....dah lah hilang pekerja, rugi pulak tu....
Setelah membeli Bilal, Abu Bakar terus memerdekakan sahabat yang masyhur ini.
Hiduplah dia menjadi muazzin Rasul saw sehingga baginda wafat pada tahun 10 Hijrah.
Lepas itu Abu Bakar dilantik menjadi Khalifah.
Apa yang jadi pada Bilal r.a. pula ialah sejak kewafatan Nabi saw, dia begitu payah untuk melaungkan azan kerana apabila sampai kepada kalimat "Asyhaduanna Muhammad ar Rasulullah" dia akan menangis teresak2. Perasan kasih dan rindunya pada Rasulullah saw tidak dapat dibendung lagi.
Lalu satu hari datanglah Bilal berjumpa Abu Bakar.
"Wahai Khalifah pengganti Rasulullah. Aku pernah mendengar Rasul saw pernah bersabda, amal yang terbaik bagi seorang yang beriman ialah berjihad di jalan Allah."
Jawab Khalifah "Jadi hang nak buat apa Bilal?"
Jawab Bilal "Aku nak berjihad sampai aku mati dijalanNya."
Kata Abu Bakar, "Wahai Bilal. Kalau hang tak ada, siapalah lagi yang akan melaungkan azan untuk kami?".
Jawab Bilal, "Aku tak sanggup lagi untuk azan setelah Rasul tiada."
Abu Bakar berkata lagi, "Janganlah pergi Bilal. Tinggallah di sini bersama-sama kami"
Maka jawab Bilal, "Wahai Abu Bakar. Sekiranya engkau memerdekakan aku dulu supaya aku berkhidmat kepadamu, aku akan menurut kehendakmu. Tetapi jika engkau memerdekakan aku untuk berkhidmat kepada Allah, maka izinkanlah aku keluar berjihad di jalanNya."
Fahamlah Abu Bakar akan kehendak sahabat yang mulia ini.
Kata Abu Bakar, "Aku telah memerdekakan engkau untuk Allah."
Maka Bilal pun berhijrah ke Syria dan menjalankan kerja2 jihad di sana.
Abu Bakar as Siddiq wafat 2 tahun kemudian dan digantikan oleh Umar al Khattab.
Apabila tentera2 Islam menawan Syria beberapa tahun selepas itu, Umar ra. dan para sahabat dapat berjumpa semula dengan Bilal.
Mereka memujuknya untuk azan.
Apabila dia berbuat demikian, menangislah sahabat sekeliannya kerana alunan suaranya mengingatkan mereka kepada masa2 Rasul saw masih ada bersama dahulu.
Wallahu'alam.
-------------------------------------------------------------------------------------
Nota kaki:
Bilal ni sepanjang hidupnya sentiasa berwudhu, batal saja, dia amik wudhu lain. Sehinggakan Rasul saw menceritakan dia dengar bunyi tapak2 kaki Bilal di dalam syurga apabila Nabi di bawa berjalan oleh Jibril as.
Apabila Nabi saw balik, dia tanya Bilal agaknya apa amalannya yang membolehkan dia dah ada advance booking kat syurga, Bilal kata tak ada apa2 yang dia buat lebih2 sangat melainkan dia mengekalkan dalam keadaan berwudhu.
|
No comments:
Post a Comment