30 June 2010

Romantika Padang Pasir_Pt1_Cucu Yang Comel Lote














Ni cerita tabi'in berunsur romantis....sekitar tahun 70 Hijrah (690 masihi) semasa permerintahan Abdul Malik bin Marwan, Khalifah Bani Umayyah yang ke 5.

Semasa itu di Madinah tinggallah Sai'd bin Musayyib rh, salah seorang dari 3 tabi'in yang paling alim dan masyhur.
(Cerita detail pasai Sai'd ni later)

Isteri Sai'd ialah  anak perempuan Abu Hurairah ra.....
tu pasai Sai'd ni sangat alim kerana dia mendapat hadith direct dari bapa mertuanya, yg mendapat direct dari Rasul saw.

Hasil perkahwinan tersebut lahirlah seorang anak perempuan yang apabila meningkat dewasa menjadi seorang wanita yang bukan sahaja cantik paras rupanya tetapi sangat cantik juga akhlaknya....maklumlah cucu Abu Hurairah.

 Berita tentang cucu Abu Hurairah yang cantik molek ni sampai kepada Khalifah Abd Malik yang masa tu duduk di istananya yang berharga beratus juta dinar di Damsyik...yang dibina oleh beberapa kontraktor Ali Baba (Arab lah).

Tanpa lengah2 lagi dia menghantar rombongan meminang.....nak minta Tuan Guru Sai'd ni mengahwinkan anak perempuannya dengan......
anak dia, bukan dengan dialah.  

Setengah2 riwayat kata anaknya ialah al-Walid bin Abd Malik(khalifah yang ke 6) , yang lain cakap Hisham bin Abd Malik (khalifah yang ke 10).
...tak kisahlah, dua2 anak Khalifah.

Sangkaan Khalifah, Sai'd akan buat apa yang patut, tapi sangkaan itu meleset kerana dengan selambanya Sai'd menolak pinangan tersebut.
Sememangnya Sai'd bin Musayyib ni seorang alim yang sangat zuhud dan kalau kita baca kisah2nya sangat tidak rela ber "rubbing shoulders" dengan pemerintah.

Dia pun ada issue sikit dengan Khalifah Abd Malik ni, yang mana beberapa tahun sebelum tu Khalifah pernah singgah di Masjid Nabawi dalam perjalanannya menunaikan Haji ke Mekah.

Side track sikit no......
Semasa Khalifah sedang lepak2 kat funduqnya (hotel lah kot masa tu), dia terasa nak cari ilmu sikit.
Lalu dia pun suruh ADC dia yang bernama Maisarah utk pi ke Masjid Nabawi, cari mana2 tok guru dan bawa mai ke hotel dia utk mengajarkan Khalifah hadith2 Rasul saw.

Kebetulan masa tu yang ada hanyalah Sai'd ni lah.
Yang ADC ni pulak eksyen bukan main, dia main tunjuk2 jari saja kat tok guru ni.
Tulah dah besa dok kerja istana, naik kepala le.
Kuit2 macam tulah kot....

"Hang nak apa?" tanya Sai'd.

"Ni.. jom ikut aku pi hotel, Khalifah nak Tuan Syekh bacakan dia hadith2 Rasul saw,” jawab ADC tu.

"Oooo banyak cantik..." lebih kurang macam tu lah kot kata Tuan Guru Sai'd,  "hang tak nampak ka, masjid ni luas, banyak space kalau orang betoi2 nak cari ilmu? Dia boleh dok mana ruang yang dia suka. Lagipun hadith ni hanya layak untuk didatangi,  bukan orang tunggu pi bawak kat dia!"

Tu dia....macam tu cara ulamak2 dulu.
Tak kira hang sultan ka, hang Khalifahka...kalau nak ilmu, pi belajar kat tok2 guru, jangan tunggu tok guru isi borang.....sori, tenyeh sikit.

Tulah sikit pasai issue antara Sai'd bin Musayyib rh dan Khalifah Abd Malik ni...
Cerita pasai pinangan dia, aku sambung di Part 2........

Wallahu’alam.

No comments: