Inilah penutup kepada coretan haji Ibn Jubayr. Kalau tuan/puan dah sampai sini terus, elok baca cerita2 awal di link di bawah ni; Part 1 Part 2 Part 3 Part 4 dan Part 5. So, mai kita peghabih. Cerita Ibn Jubayr lagi... Pada hari (raya) Qurban (ie 10 Zulhijjah), sampailah ke Masjidil Haram 4 ekor unta yang mai bersama rombongan Amir Haji Iraq, membawa Kiswah (kelambu Ka'abah) yang baru utk menggantikan yang lama. Ia diperbuat dari kain sutera halus berwarna hijau dan dihiasi dengan ayat Quran dari Surah ali Imran ayat 96 yang berbunyi "Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia". Ditenun juga do'a utk khalifah2 pada kiswah tersebut. Ada jalur berwarna merah mengelilingi bahagian atas kiswah (la ni tak ada rasanya). Kiswah itu diletakkan di atas bumbung Ka'abah dan diturunkan untuk membaluti Ka'abah pada hari Selasa 13 Zulhijjah. Operasi ini dikendalikan oleh salah seorang dari kalangan Banu Syaibah. Banu Syaibah ini adalah pemegang kunci Ka'abah turun temurun sejak Qusai bin Kilab (moyang Nabi saw) sampai ke hari ini dan amanatnya adalah sampai hari Kiamat. Ini adalah berdasarkan kepada ayat 58 surah an Nisa yang berbunyi " Sesungguhnya Allah menyuruh kamu (Nabi saw) supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya " yang Nabi saw bacakan semasa memberikan kunci Ka'abah kepada Usman bin Talhah bin Abi Talhah sewaktu pembukaan Mekah pada tahun 10 Hijrah. Syaibah bin Usman bin Abi Talhah pula ialah sepupu Usman yang mana keturunannya menjaga Ka'abah sampai hari ni. (jangan konpius pulak. Usman bin Abi Talhah ialah bapa saudara kepada Usman bin Talhah bin Abi Talhah). Nanti bila kawan2 sampai di Masjidil Haram , carilah pintu Banu Syaiba...dulu perkampungan depa sebelah situ. Dulu Kiswah ini dibuat di tempat2 lain. Sejak tahun 1927M (1346H) ia dibuat di kilang Kiswah di Mekah. La ni acara menggantikan kiswah ini berlangsung pada setiap 9 Zulhijjah, iaitu hari Wukuf di Arafah di mana Masjiidil Haram tak ramai orang. Kita teruskan sikit lagi..... Bila saja kelambu ini dipasang maka, ia diselak (ie tepinya diangkat ke atas) utk mengelakkannya dipegang2 dan ditarik2 dan dikoyak2 oleh jema'ah2 yang tak faham bahasa. Sampai hari ni pun ada yg nak buat cam tu. Pintu Ka'abah dibuka sepanjang bulan ini untuk dimasuki oleh orang-orang yang kenamaan terutamanya yang mai dengan Amir Haji. Bila pintu Ka'abah ni dibuka orang lain pun nak masuk sama. Jadi depa pun berasak2 menerpa ke pintu Ka'abah untuk cuba masuk. Ibn Jubayr kata keadaan mereka macam kelakatu menghurung pelita. Punyala dok tolak sampai ada di antara jemaah itu terangkat dok atas kepala orang lain, macam berenang2 di atas lautan manusia gitu. Saya pun pernah jugak kena macam ni, masa nak keluar Masjidil Haram lepas solat. Pintu Safa masa tu under consruction, jadi sempit saja....ada kot selebar 10 orang, yang nak keluar mungkin puluhan ribu masa tu...jadi bottle neck. Orang depan stop, orang belakang dok tolak. Memang seksa masa tu, macam nasi himpit. Nak tolak orang depan suruh cepat pun tak guna, pasai depa pun tak boleh pi...so saya tak buat apa2. Berserah saja, do'a minta Allah selamatkan. Bila orang belakang dok tolak jugak, kita pun terangkat sama, jadi macam dihanyutkan oleh arus manusia....sampailah saya terkeluar tanpa memijak lantai....Alhamdulillah selamat. Berbalik ke cerita Ibn Jubayr, Dalam perebutan tu ramailah yang cedera, patah tangan, patah kaki, patah gigi dan ada juga yang mati dipijak2. Ada juga kaum wanita yang memberanikan cuba merempuh masuk tapi yang dapat hanyalah tersiat kulit dan luka2 dan berderemen muka..... Carilah apa makna berderemen (deghemen) tu kat Glosari Bahasa Kedah. Maka cerita haji Ibn Jubayr berakhir di situ. Ada la lagi sikit2 peristiwa lepas tu tapi tak ada kena mengena dengan ibadat haji. Pada 20 Zulhijjah 579H = 3 April 1184M, Ibn Jubayr meninggalkan Mekah menuju Madinah, Baghdad, Mosul, Sicily, Sardinia dll dan seterusnya balik ke kampung dia di Granada. Tak diceritakan samada Ibn Jubayr buat haji tamattu' ke, ifrad ke qiran ke. Cuma ada dia cerita dia buat umrah di luar musim haji iaitu pada 1hb Rajab dengan berniat umrah di Tan'im. Sekian dulu. Wallahu'alam, ---------------------------------------------------------------------------- Nota penutup; Moga2 apa yang diceritakan di sini dapat dijadikan sedikit ilmu dan mendekatkan diri kepada Allah swt, menambahkan kecintaan kepada baginda Rasul saw, menguatkan azam untuk menunaikan haji dan umrah, dan menambahkan kerinduan untuk menatap Ka'abah dengan mata kepala kita sendiri dan untuk memijak bumi yang dipijak oleh Rasul saw. Jika ada salah dan silap, minta maaf dan minta diperbetul. Kepada Ibn Jubayr, kita do'akan Allah memberi keampunan, rahmat dan syurga kepadanya atas catatan dia yang bermenafaat ini. Kepada kawan2 yang akan menunaikan haji, sekali lagi selamat menjalankan ibadah dan semoga mendapat haji mabrur dan pulang dengan dihapuskan dosa2, dan dengan jiwa dan semangat baru. Kalau sempat belilah buku Makkah al-Mukarramah : Kelebihan dan Sejarah yang dikarang oleh Dr Abdul Basit bin Abdul Rahman terbitan Telaga Biru sebagai teman di sana. Saya dapati buku itu amat berguna semasa di sana dulu sebab bila sampai di sesuatu tempat misalnya Arafah atau Mina, atau di masjid2 Jin, masjid Tani'm dsbnya....kita boleh baca sejarahnya dan terasa dekat sekali dengan Rasul saw dan para sahabat r.anhum. Sekian. Wassalam. |
blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
08 October 2010
Cerita Haji_Final Part
Labels:
Cerita Haji
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment