Ini cerita pasal Sa'id ibn 'Amir ra.....nama lebih kurang sama dengan sahabat yg dulu, Umair bin Saad ra.
Dia ni pun sama juga, dilantik jadi Gabenor di Hims Syria oleh Khalifah Umar al-Khattab ra.
Dari segi kronologi, selepas Umair menolak tawaran Khalifah utk sambung contract jadi Gabenor di Hims, Khalifah telah melantik Muawiyah bin Abu Sufian. Setelah itu Sa'id ibn Amir dilantik menggantikannya.
Asal2nya Sa'id duduk di Tan'im.
Sapa2 yg dah pi Mekah memang dah biasa pi Tan'im pasai kat situlah kita semua ambil niat 'umrah semasa menginap di Mekah.
Sebelum dia masuk Islam dia pernah menyaksikan peristiwa sahabat Nabi saw yg bernama Khubaib bin Ady mati disalib oleh penduduk musyrikin Mekah ( cerita Khubaib ni lain kali la).
Ada connection peristiwa ini kat hujung cerita.
Dan oleh kerana peristiwa itulah yg mendorong dia masuk Islam dan berhijrah ke Madinah.
Sa'id ni mempunyai keperibadian dan akhlak yang tinggi walaupun secara luaran dia nampak sempoi saja....kalau ikut riwayat, pakaiannya compang-camping, rambutnya tidak bersikat dan berdebu.
Setelah Muawiyah berenti menjadi Gabenur di Hims, Umar al Khattab merasakan perlu ada seorang yang luhur pekertinya sebagai Gabenur baru.
Dia tak nampak orang lain dah melainkan Sa’id inilah sebagai calon yang paling layak.
Apabila ditawarkan jawatan tersebut kepadanya, naturally Sa’id menolak.
Katanya “Tidaklah sanggup aku menanggung dugaan yang datang bersama jawatan ini”,....
maksudnya akan ada tarikan2 dunia yang akan memujuknya untuk berlaku tidak amanah terhadap tugasnya itu.
Lalu kata Umar “ Wahai Sa’id, tak kanlah aku saja yang akan menanggung semua beban mentadbir negara ini. Siapalah yang nak bantu aku kalau tak orang2 yang macam hang. Aku dah tengok2 dah, memang tak ada orang lain yang layak memegang jawatan ini. Kalau hang tak mau, mustahil lah aku boleh cari orang lain.”
Apabila Khalifah cakap macam tu dan oleh kerana dia memandang ini sebagai suatu amanah dari Allah swt, Sa’id pun pikiag balik, dan menerimanya dengan redha.
Maka Khalifah memberinya sedikit peruntukan untuk digunakan di dalam memulakan hidupnya sebagai Gabenor….ini kira elaun penempatanlah.
Masa tu dia baru kawin. So, bawalah bini dia yg masih muda tu pi Syam (la ni Syria)
Tapi setibanya di Hims, duit itu digunakan hanya sedikit utk membeli keperluan yang ala-kadar sahaja, dan yang lainnya disedekahkan kepada fakir miskin.
(Ada cerita bagaimana dia “tipu” bini dia dengan main saham dengan elaun penempatan tu. Next time.)
So setelah beberapa lama dia di sana, Umar yang sememangnya sangat strict dengan pegawai2nya pun turun padang melawat Hims untuk melihat keadaan kehidupan di sana….(walaupun masa tu tak ada pilihanraya kecil....).
Lalu dia pun bertemu dengan orang ramai dan bertanya bagaimana pendapat mereka mengenai Sa’id dan adakah mereka berasa tidak puashati terhadap performancenya sebagai Gabenor.
Maka bangunlah seorang lelaki lalu berkata “ Ya Amirul Mukminin, kami nak komplen pasai 4 perkara mengenai Sa’id ni. "
"Pertamanya, dia ni selalu lambat mai kerja, matahari dah naik tinggi baru nampak muka.
Keduanya, kalau nak jumpa dia ni siang2 saja, malam2 dia tak layan.
Ketiganya, setiap bulan ada satu-dua hari dia tak mai kerja.
Dan yang keempat, dia ni ada penyakit suka pitam, tak tentu pasai dia blackout. Kami pun naik gerun dan tak syok bila tiba2 saja dia tak sedarkan diri.”
Bila mendengar aduan dari penduduk2 tersebut Umar berasa amat terkejut dan risau kerana dia tahu peribadi Sa’id yang sangat baik tu. Dalam hatinya dia berdo’a supaya apa yang dikatakan itu tidak benar.
Lalu dia berjumpa Sa’id utk mendapatkan penjelasan.
Tanya Umar “ Wahai Sa’id, betoi ka aduan2 yang aku dengar dari penduduk2 Hims pasai hang?”
“Apa dianya Amirul Mukminin?”
“Pertamanya depa kata hang ni selalu keluar rumah lambat, matahari dah tinggi baru nampak muka, betoi ka?”
“Benar wahai Amirul Mukminin”, jawab Sa'ad.
“Betoi? Cuba hang explain sikit”, berkerut dahi Umar al-Khattab.
“Begini, aku tidak ada pembantu rumah, jadi setiap pagi aku akan menguli tepong untuk membuat roti untuk makanan keluargaku." cerita Sa'ad.
Dia sambung lagi, "Lepas tu kena tunggu roti tu naik, lepas tu kena bakar. Selepas siap roti, aku akan berwudu’ dan solat Dhuha. Bila siap semuanya barula aku keluar menemui penduduk2 Hims”.
Masha Allah, Gabenor ni kira Menteri Besarla. Dia buat roti sendiri untuk makan seisi keluarga!
Dia ada bini, masih muda pulak tu, tak pula disuruhnya bini tu yang buat roti.
(Sayang sungguh dia kat bini...tapi memang cam tu tugas suami sebenarnya)
Maka berseri2lah wajah Umar mendengarkan penjelasan itu. Tidak silaplah dia memilih pemimpin.
Seterusnya Umar berkata “Depa kata hang ni siang2 saja boleh jumpa. Malam2 tak boleh. Apahal?”
Jawab Sa’id “Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya seluruh siangku aku habiskan untuk berkhidmat kepada manusia, apalah salahnya aku menghabiskan malam untuk berkhidmat kepada Allah pula.”
Terkedu Umar mendengar jawapan itu.
Betoi jugak.
Diapun tak tanya lagi, terus shoot soalan seterusnya.
“Yang ketiganya; depa kata hang ni tiap2 bulan, ada 1-2 hari hang tak keluar rumah (tak mai opislah tu). Apakah benar dakwaan itu?”
Jawab Sa’id “Benar Ya Amirul Mukminin, ini ialah kerana aku gunakan hari tu untuk cuci pakaianku yang sehelai ini. Tidak lah boleh aku keluar rumah sehingga pakaian aku kering”.
Laa….macam tu sekali!
Kita hari ini, pagi pakai lain, petang lain , malam lain. Main futsal lain, main golf lain, bowling lain, memancing lain. Black tie,casual, baju Melayu bersamping, batik dsbnya.
Tu baru pangkat assistant manager tu, bukan Menteri Besar lagi.
Kat rumah aku pun ada baju yang dah tak pakai setahun lebih.
Terharu Umar mendengar penjelasan Gabenurnya yang begitu zuhud tu.
“Ni yang last sekali, depa kata hang ni selalu tak semena-mena pitam tak tentu pasai. Awat hang jadi macam tu?”
Jawab Sa’id “ Ya Amirul Mukminin, engkau pun tahu, semasa aku belum beriman, aku menyaksikan Khubaib disalib oleh musyrikin Mekah.
Aku ingat lagi dengan jelas, apabila dia ditanya samada dia mahu kebebasan dan tempatnya diganti dengan Rasulullah saw,
Khubaib menjawab,
....Demi Allah, aku tidak mahu menerima tawaran kamu semua semata2 untuk menyelamatkan diriku dan untuk pulang ke pangkuan keluargaku, dan juga dengan itu aku mendapat kemewahan dunia dan seluruh isinya, tidaklah aku mahu semua itu kalau itu bermakna kekasihku Rasulullah saw akan mendapat kesusahan, walaupun Baginda hanya dicucuk sebilah duri....
lalu aku melihat tubuh Khubaib di robek2 dan disiat2 sehingga hancur, sedangkan aku hanya berdiri tidak berbuat apa2.
Apabila setiap kali aku mengingati peristiwa itu, aku menjadi gementar dan aku pengsan kerana takut Allah akan menyiksa aku kerana tidak berbuat apa2 utk menyelamatkan Khubaib", jelas Sa'id dengan linangan air mata.
Mendengar penjelasan Sa'id yang sedemekian rupa, Khalifah pun sungguh terharu dan gembira .
Tidaklah dia salah memilih Sa'id untuk menjadi Gabenur.
Begitulah kisah seorang lagi Sahabat Nabi yang zuhud lagi merendah diri.
Dia meninggal pada tahun 20 Hijrah.
Semoga mendapat sedikit iktibar.
Wallahu'alam. |
No comments:
Post a Comment