16 July 2010

Romantika Padang Pasir_Final Part

Ni Final Part cerita Abdullah bin Abi Wada'ah dan cucu Abu Hurairah r.a..


Kalau you belum baca 
Part 1,
Part 2 dan 
Part 3..........sila pi sana dulu.

 Nanti tak tau cerita penuh.













Teringat bahawa ibunya masih belum tahu tentang pernikahannya itu, Abdullah segera memanggil jiran2nya.

"Boleh tak hangpa semua tolong tengokkan isteri aku? Aku nak pi rumah mak aku sat."

"Dolah, hang ni meroyan ka? Bukankan bini hang dah mati?" kata seorang jiran wanitanya.

"Takkk... I am ok.....cumanya aku baru menikah lain petang tadi."

"Aikk....tak habag kat kami pun."

"Sori la....aku pun tak sangka. Tak plan pun."

"Hang kawin dengan sapa?"

"Anak Tok Guru kita, Syeikh Sai'd bin Mussayib".

(Ustaz aku tak cerita sapa nama cucu Abu Hurairah tu...so aku pun tak tau).

"Hang jangan kelentong kami. Orang macam hang mana ada can nak kawin dengan anak Sai'd. Sedangkan anak Khalifah pun dia tak redha jadi menantu, inikan pula hang,” kata jiran2 dia.

"Aku cakap betoi ni....kalau tak percaya, hangpa pi lah tengok sendiri."

So, jiran2 wanita dia pun pi tengok.....confirm anak Tuan Guru Sa'id!
Pakat riuhlah depa....dapat jiran anak ulamak besar Madinah.

Depa pun kata, "Tak pa, tak pa, biag kami tengok, hang pi ambik mak hang lekaih."

Habag saja kat mak dia, mak dia pun bergegas-gegas mai.

" Mana menantu mak ni?...biag mak tengok...." kata mak dia sebaik sampai ke rumah Abdullah.

Mak dia jumpa menantu baru lalu terus berkata pada Abdullah; "Dolah, aku nak bawa bini hang ni balik ke rumah aku."

Aduhai, cam tu pulak jadinya!

"Mak, cek tak tengok lagi bini cek ni. Tunggulah cek tengok dulu, nanti mak bawa balik lah." kata Abdullah.

"Tak boleh! Aku haramkan hang tengok muka aku (maksudnya mak dia tak restulah), selagi aku tak dapat mengandam menantu mak ni."

Tak kata apa lagilah Abdullah. Telan ayag liog sajalah.

3 hari Abdullah telan ayag liog.

Pada hari ke 3 mak dia pun mailah dengan isterinya.
Maka barulah emaknya membuka tutup muka isterinya, dan ternyatalah bagi Abdullah bahawa isterinya adalah seorang gadis yang sangat cantik paras rupanya.

Bukan itu sahaja, ia sangat bersopan santun dan lembut tuturkatanya.
Bukan kepalang gembiranya Abdullah dengan kurniaan Allah itu......

As a closing note....esoknya Abdullah bersiap2 utk pergi ke kuliah Tok Gurunya Sai'd bin Musayyab, isterinya yang comel lote tu kata "Tak payahlah bang....dok lah kat rumah.”

Ai.......tergugat iman...
Bukan tu maksud bini dia.

Isteri dia kata " Kalau abang nak pergi memungut ilmu dari ayah, abang dengarlah saja dari saya...saya akan ceritakan pada abang ilmu yang ada pada ayah."

Begitulah...dalam semua keistimewaan isterinya tu, Abdullah mendapat seorang isteri yang arif' tentang hadith2 Rasul saw sebagaimana yang diajarkan oleh ayahnya Sa'id bin Musayyib dan datuknya Abu Hurairah ra. Alangkah bertuahnya dia.

So girls....malam ni,, bacalah hadis2 kepada your hubbies...utk mengambil iktibar dari isteri Abdullah bin Abi Wada'ah ini...cucu Abu Hurairah ra.

Details mengenai kehidupan Sai'd bin Musayyab next installment. Insya ALlah.
Terlebih terkurang tu, moga2 Allah ampunkan.

Wallahu'alam.

No comments: