20 April 2010

Imam al Baihaqi - Aqiqah


Pendek saja cerita ni....

Dikhabarkan Imam Baihaqi (salah seorang pakar hadis terkemuka) pernah di
approach oleh seorang makmum selepas dia menyampaikan khutbah Jumaat.

Mamat tu minta Imam explain pasal aqiqah dalam next khutbahnya,
....imam Baihaqi cakap, "Ok, ok InsyaAllah."

Mamat tu tunggu next week, tak pun cakap pasai aqiqah,
minggu depan pun tak de, dan begitulah minggu2 seterusnya...

Sehinggalah lepas 3 bulan , barulah Imam Baihaqi berkhutbah mengenai aqiqah tu, suatu khutbah yang cukup power.

Habis je khutbah, mamat tadi pun tanya Imam Baihaqi, apasal lama sangat
baru nak cerita?

Imam Baihaqi jawab, " Aku ni anak orang miskin, jadi masa kecil2 tak ada
dibuatkan aqiqah untuk ku, jadi sejak hang tanya tu, aku pun himpun
duit, lepas cukup himpun duit barulah aku dapat buat aqiqah utk
diriku.....la ni aku dah faham pasal aqiqah, barulah boleh aku cerita kat
kamu semua."

--------------------------------------------------------------------------

Imam Malik r.h. pulak, hari-hari ramai orang mai jumpak dia tanya macam2. Maklumlah ulamak terbesar di kalangan Tabi'in di Madinah.

Tapi kalau mai 40-50 soalan, dia jawab 4-5 saja. Yang lain dia kata tak tahu.

---------------------------------------------------------------------------------

Imam Shafi'e pulak diceritakan satu hari dia naik unta denga anak-anak murid dia.
Tiba2 mai angin mana tak tau, atau saja anak murid dia nak test dia, salah seorang daripada mereka bertanya, "Wahai Imam. Unta yang tuan guru tunggangi tu ada berapa kaki?"

Ingatkan Imam Shafi'e nak jawab the obvious, "4 kakilah. Hang ingat hak tu pun aku tak tau?"

Oh..tidak sama sekali. Meleset sungguh andaian hangpa.

Imam Shafi'e memberhentikan untanya, lalu dia turun dan membilang jumlah kaki untanya tu..."Unta aku ada empat kaki."

Anak2 murid dia tanya balik, "Awat tuan guru tak jawab terus? Susah2 turun dari unta."

Jawab Imam Shafi'e, "Iyalah..masa kita bertolak tadi, memang unta ni berkaki empat. Tapi bila hang tanya aku tadi, aku tak pasti pulak sekarang dia ada berapa. That's why aku turun pi kira."

-------------------------------------------------------------------------
Begitulah antara cerita2 pelik mengenai para ulamak muktabar.

Pengajarannya, para imam2 besar, depa amat berhati-hati dalam menyampaikan ilmu.

Depa tak akan berkata mengenai sesuatu sampailah depa faham dan mahir tentang perkara tersebut.

Otherwise depa akan kata , "Aku tak tahu..."

Kita ka, mentang2 orang tanya, jawab sokmo, kadang2 jawapan lebih dari pertanyaan.


Sebab kita dok pikiag, kalau tak jawab nanti, apa orang kata pulak...
"Isyy...apa rah! Nama saja Dr PhD. Tanya sikit saja, tu pun tak tau nak jawab."

or
"Kata ustaz besag....tapi tanya soalan simple macam tu pun tak berani jawab...baik tak payah pi mengaji."

dan macam2 lagilah,

No comments: