04 November 2010

Ubat Untuk Yop


Satu masa tidak lama dulu.
Waktunya tengahari, ketika mentari rembang.
Seorang pemuda sedang berjalan2 di kota, menyusuri kaki lima dan window shopping sikit2.
Matanya menikmati barang2 yang dijual di kedai2.

Semuanya normal, sehinggalah dia sampai ke kedai One Drop Perfume.
Apabila dia lalu saja di depan pintu kedai tersebut, semerbaklah bau wangi-wangian yang menusuk hidungnya.
Kejadian seterusnya adalah di luar dugaan.

Mamat ni (kita kasi nama dia Yop lah) sebaik saja terkena bau minyak wangi, terus jadi terhoyong hayang macam tengah mabuk, lalu rebah tersungkur depan kedai perfume tu!

Pengsan dia la la tu jugak di kaki lima tu.

Riuh rendahlah orang2 yg tengah dok shopping tu.
Termasuklah toke kedai pun sama terkejut.
Depa semua pun pakat mai mengerumuni Yop yang dah terbujur kaku ni.
"Awat ni? Awat ni?"

Ada yang agak perihatin pun pakatlah menghulurkan bantuan First Aid.
Ada yang memangku dia, ada yang check pernafasan dia " Hidup lagi...",
ada yang massage kepala, tangan dan kaki dia.

Tapi tak nampak macam nak sedar..

Lalu toke kedai pun masuk dalam kedai, cari perfume yang power sikit, bawak keluar, sembor2 sikit ke muka Yop ni.

Ingatkan Yop ni akan sedarlah, rupa2nya kena saja perfume tu, mata Yop yang tadi tertutup, terbeliak pulak, hidung dia kembang kuncup, nafas makin kencang.
Ni dah lagi teruk, kaki dia melipat merekot, lutut naik sampai ke pusat...haru....!

"Awat hang buat macam tu?" marah salah sorang yng ada kat situ, "dia ok tadi!"

"Manalah aku tahu. Ni Ivs Sein Lowgho' (YSL - with French slang)....ori tau...RM280 satu aun. Hang ingat pirate ka?" balas balik toke kedai tu.

"Dah! Dah! Ni nampak koi loghat ni....pi cari adik beradik dia lekas." kata yang lain.

Lalu, ada la sorang yang kenai Yop ni, berkejar ke rumah dia.
"Assalamualaikum, ada orang rumah ka?!"

"Alaikumussalam....ooo...hang ka Leh...awat nya mai kelam kabut ni?" jawab abang Yop, Deris nama dia.

"Derih... aku mai nak habag Yop pangsan" jawab Saleh.

"Ha! Mana?"

"Di pekan nu, tang kedai One Drop Perfume!"

"Laa....Aku habag dah, jangan dok round tak tentu hala. Nanti sat aku ambik ubat dia," rupanya dah ada history Yop ni.

Derih pun dah siap semua, lalu depa pun pilah bergegas2 ke tempat kejadian.

"Tepi tepi tepi!" kata Deris, "Biag aku tengok. Hangpa semua dok jauh sikit, bagi dia ruang."

Derih pun pi melutut kat adik dia yang dah terejong tu, kumat-kumit macam baca do'a kat telinga Yop.

Orangramai dok perati dari jauh, "Oooooiii...baguih jugak Derih ni berubat orang" depa dok pikiag.

Lepas tu Derih masuk tangan dalam poket baju dia, bawak keluar ubat Yop, lumur2 di tangan dan pekop hidung (ie tutup hidung dengan tapak tangan) adik dia tu.

Yop pun dah terhidu2 bau ubat kat tangan abang dia, terus tersedar.
Pelan2 bangun duduk dan kemudian terus berdiri.

Macam tak ada apa2. "Saya kat mana ni bang?"

"Hang pengsan tadi." kata Derih, "dah, jom kita balik."

Orangramai pakat tepuk dan mengucap syukur sebab semua dah ok.
Ada yang mai mengucapkan tahniah pada Derih pasai dengan selamba berjaya mengubati adik dia.

Tapi bila depa nak jabat salam dengan Derih, dia sorok tangan dia....

"Tak payah lah salam2.....biasa ja tu, saya pun bukan apa sangat, baca sikit2 saja." kata Derih.

Lagi impresslah orangramai, "Bukan saja takat terer berubat, tawadhu pulak tu. Isssy...baguih sungguh Derih ni."

Derih pun tak tunggu lama, tarik tangan Yop, cabutlah depa balik ke rumah..............

Apa kah yg sebenarnya berlaku?
Kenapa Derih tak kasi orang salam dengan dia?

Rupa2nya "ubat" yang Derih lumurkan kat tangan dia tu adalah tahi anjing.
Itulah saja ubat (dan benda2 busuk yang sewaktu dengannya) yang mujarab untuk Yop.

Memang pelik penyakit Yop tu. Pasai apa jadi macam tu?

Pasai Yop ni kerja di kilang memproses kulit.

Zaman dulukala, cara2 mencuci dan memproses kulit yang terbaik ialah merendam kulit tersebut dalam air kencing dan najis binatang.

Hangpa tak percaya?
Cuba lawat laman Wikipedia ni.... http://en.wikipedia.org/wiki/Tanning

Setiap hari bekerja, Yop akan mengharungi air kencing bercampur najis, menjadikan deria bau dia dah serasi dengan bau2 yang menjijikkan tu.

Dan setelah sekian lama bergelumang dengan najis, dia jadi allergic pada bau2 yang wangi pulak.

Bila dia bau barang2 yang wangi, dia akan pengsan, kerana bau yang wangi itu adalah meloyakan bagi dia.

Dan hanyalah dengan mencium "ubat wangi" yg Derih bawa tu saja yang boleh menyembohkan dia.

Why am I telling you all these?

Sebenarnya cerita tu dipetik dari Kitab Mathnawi al Ma'nawi karangan ulamak sufi terkemuka abad ke 13 iaitu Jalaluddin Rumi........dengan sedikit pengubahsuaian.
Aku baca terjemahan English bertajuk "A Drop in the Ocean".

Menurut Maulana Jalaluddin, moral dari cerita tersebut ialah, sekiranya dalam kehidupan seharian, kita selalu membiasakan diri dengan benda2 kotor ( cakap kotor, menggunakan F-words, S-words, mencaci, memaki dll; tengok benda2 yang kotor dalam TV, buku, majalah dsbnya; dengar perkara2 yg kotor - perkara2 umpat dan fitnah; pergi ke tempat2 yg kotor, tempat judi, tempat yang ada hidangan arak dll),

....maka hati dan naluri kita akan menjadi sebati dengan perkara2 yang kotor ini.

Bila dah jadi macam tu, kita tak rasa syok kalau tidak consume benda2 yg kotor ini sepanjang masa.

Dan ubatnya ialah dengan mengulangi bercakap, melihat, mendengar dan menghadiri tempat2 yg kotor ini.
Barulah rasa puas dan contented. Best gitu.....

Sebaliknya pulak, apabila kita diperdengarkan dengan ayat2 Quran, hadis2 Nabi saw, nasihat2 agama, dan di ajak hadir dalam kuliah ilmu di masjid2; kita akan merasa gelisah, serabut dan menjadi tidak keruan.

Lebih buruk lagi, bukan saja kita tak boleh menerima, malahan jadi allergic dan reject pulak benda2 yg baik dan bermenafa'at utk kita, macam Si Yop tu.

Wallahu'alam.

Cuba periksa diri masing2.
Moga2 ada sedikit pengajaran.

ps
Menurut Maulana lagi, dung beetle yang kita tahu kerjanya ialah memakan najis2 haiwan, kalau dikenakan dengan benda2 yang wangi, dia pun akan pengsan jugak.....ni aku tak test lagi.

No comments: