Glosari (Bahasa Kedah)



Banyak perkataan loghat Kedah digunakan dalam blog ini.
Macam loghat negeri- negeri lain jugak, loghat Kedah menggunakan perkataan-perkataan tertentu sebagai katakerja atau katanama.

Bahasa Kedah juga mempunyai beberapa cara sebutan yang unik.

Contohnya huruf R yang di awal atau di tengah perkataan akan dibunyikan sebagai (Gh) iaitu yang sama dengan bunyi Ghain dalam Bahasa Arab. Contohnya RAMBUT akan jadi GHAMBUT atau KARAT akan jadi KAGHAT.
Kalau R tu di hujung perkataan dia akan ditukar jadi Q. Misalnya TUKAR akan berubah menjadi TUKAQ.

Kalau IR atau ER di hujung perkataan pula, akan diTUKAQ jadi IAQ. Misalnya GILIR akan jadi GILIAQ, BERLETER akan jadi BERLETIAQ. Itu pasainya AIR jadi AYIAQ.

Untuk huruf S yang berada di hujung sesuatu perkataan ia akan di ubah kepada IH....seperti ATAS akan jadi  ATAIH. 

(Tapi ada jugak kawan aku tu orang KL nak buat lawak, Pejabat Pos dikatanya Pejabat POIH. Tak la extreme sampai macam tu. Orang Kedah pun ada maruah......kami pi mengaji jugak sikit2. Bukannya peghak buih!)

Manakala huruf L yang kat hujung akan diubah kepada huruf I.....misalnya BANTAL akan jadi BANTAI.

Itulah beberapa keunikan sebutan orang2 Kedah. Dalam list yang kat bawah ni, kalau hangpa nampak ada huruf GH, maknanya kat situ asalnya huruf R, begitulah juga dengan IH (S) dan I (L).


Ada juga perkataan-perkataan yang dipinjam dari Bahasa Inggeris dan disesuaikan dengan percakapan orang Kedah. Di bawah sekali ada contoh perkataan-perkataan tersebut.

Perkataan-perkataan yang bercorak lucah, ada sangkut paut dengan alat kelamin atau proses pengawanan, aku sengaja tak masukkan. Tak sesuai dengan kandungan blog ni.

Inilah senarai sikit sebanyak perkataan2 orang Kedah yang aku teringat. 


Sumber-sumbernya selain dari ingatan semasa kecil-kecil di kampung dulu, adalah dari emak, abang, adik dan kakak, kawan2 sekolah dan ada juga dikutip dari web/blog oghang2 Kedah di internet. Kepada depa ni mai kita do'akan kebaikan dunia akhirat bagi depa semua, atas usaha depa tu.

Kalau hangpa rasa ada lagi yang patut letak kat sini, habag mai la no.

  1. Aci; maknanya patut. Tapi jarang digunakan dengan sendirinya. Selalunya disebut Tak Aci, maknanya tak patut. Kalau budak main Aci Lut, maknanya main sembunyi-sembunyi
  2. Acum; lebihkurang maknanya menceritakan hal2 yg tak elok pasai orang lain, tapi bukannya fitnah/ umpat ke, sebab yang mengacum ni selalunya budak2. So lebih tepat dalam Bahasa Inggeris ialah snitched.
  3. Awat maknanya MENGAPA?, ataupun KENAPA or APASAL?
  4. Ayaq acaq = air buangan dari dapur yang bergenang di atas tanah.
  5. Bagi; dalam bahasa baku ini kata sendi. Tapi dalam bahasa bapaku (ie Bahasa Utara), bagi ni maknanya BERI.
  6. Bahadi = Badi
  7. Bakiaq maknanya basi, tapi secara khususnya kepada susu bayi.
  8. Bakop; mata bengkak sampai tertutup penglihatan macam boxers after the big fight
  9. Baloq Liat; penyegan nak mampoih....ie orang pemalas hard core
  10. Balon; kalau hang balog liag hang akan kena balon selalu, ie PUKUL dengan menggunakan tangan. Selalunya balon dengan tali pinggang, atau rotan dll. Kalau kena sepak (ie dengan kaki) tak dipanggil kena balon.
  11. Bangap; atau Bengap.....maknanya tak berapa cerdik....simpleton gitu.
  12. Bangsa ni bukannya races.....tapi dalam Bahasa Kedah maknanya JENIS. Kalau ayah hang pi pekan dan bawak balik beberapa bangsa buah2an, maknanya adalah durian, manggis, cempedak dll.
  13. Bantai, yang ni ada dua makna, katakerja ialah KENA PUKUL, kata nama ialah BANTAL lah.
  14. Banyak akai = Bahasa bakunya BANYAK AKAL. Tapi tidak bermakna bijak. Ia bermakna meragam. Dimaksudkan kepada kanak-kanak yang suka meragam dan tidak pasti apa yag dia nak. Misalnya kalau mak bapak bawak pi kedai, budak yang banyak akai ni akan meminta membeli mainan itu, mainan ini, dan akhirnya bila dah dibeli, tak main pun.
  15. Bapak ghandok = KAMBING JANTAN yang dah dewasa dan bertandok. Dan yang selalu menggatal mengorat betina
  16. Beban (bukan béban iaitu sesuatu yang dipikul) bermakna seseorang yang buat dék saja, tak nak dengar cakap. Kalau orang suruh hang buat something, dan selalunya hang buat liat nak respon, depa kata hang ni BEBAN lah. Seorang yang BEBAN akan menjadi béban kepada keluarga dia.
  17. Bécambah = dalam kuantiti yang banyak. Kalau orang tu kaya, dia ada duit becambah.
  18. Bécéghau = berpeluh sakan....atau kata oghang putih drenched in sweat
  19. Bécéleghet = maksudnya bertaburan....contohnya, "Laa...awat laa hang beghak bécéleghet niiii? Jenuh nak cuci!""
  20. Bédai = pukul dengan rotan/ atau lidi atau apa2 saja alat yang halus dan panjang.
  21. Bedak-bedak = MEMBAHAGI-BAHAGI kan
  22. Bédanoq = state of uncleanliness. Kalau hang pi buat kerja dalam bendang, lepas tu selut penuh di seluruh badan, atau hang kerja di workshop repair motor, lepas tu habis diselaputi minyak, orang kata hang Bedanog lah. Kalau selut dekat betis saja, orang kata BELUTIN.
  23. Bédédam = bersusun-susun atau rapat-rapat. Kalau kereta bededam maksudnya banyak kereta sampai traffic jam. Kalau anak bededam maksudnya rapat-rapat, selang setahun beranak sorang.  
  24. Bédé-eh = bersusah payah nak menamatkan sesuatu kerja (ie struggling). Misalnya lori pasir slow saja nak memanjat bukit sebab berat....kita kata "Lori tu bédé-eh nak ghabat bukit."
  25. Bégénuak = penuh sampai terlebih.
  26. Béghadon = berbuat/menyediakan sesuatu dengan sebanyak mungkin sampai hampir2 membazir. Misalnya kalau orang nak mai rumah, orang yang Beghadon ni akan menyediakan makanan 7-8 jenis, lapik meja dengan kain baru, dll. Dia tak cukup buat lauk sambal ikan kering saja.
  27.  Béghalah atau bahasa bakunya Beralah yang ni bukannya mengalah, tapi minta diri. Kalau kawan tu kata "Saya béghalah dulu na." Maksudnya dia nak balik rumah la, atau dia nak pi tempat lain.
  28. Béghamboq = yang ni perkataan baku...berhamburan.
  29. Béghémba = berkonvoi. Kalau kecil2 dulu, kami suka kayuh gerek pi pekan beghemba.
  30. Béghétoh = actually tersentuh, tetapi dalam bahasa Kedah bermakna lebih sikit iaitu berlanggar. Misalnya lori kayu beghetoh dengan bas sekolah.
  31. Béjabu = lari/ kayuh basikal/ pederas motosikal/ kereta dengan laju. Contohnya, "Dia tengok lembu tu ligan dia, dia lari bejabu."
  32. Békélun = Berkepul-kepul (asap)
  33. Bélagak = Action...orang Cina cakap Langsi....maksudnya ada syikit syombong.
  34. Bélémoih = Kotor (soiled/stained in English). Selalunya kalau orang yang kerja workshop tu belemoih dengan minyak, grease dll. Tapi paling tepat ialah kalau orang dulu2 dok masak di dapur, penuh arang muka dan pakaian, orang kata dia belemoihlah.
  35. Béléngaih = Melekit dalam bahasa baku. Kalau kita dok tengah panas, kemudian berpeloh, kita rasa belengaih lah.
  36. Bélenja = Drooling i.e. Kalau ayag liog meleleh kot tepi mulut, orang kata dia belenja. Applied pada budak2 kecik...baby selalunya.
  37. Bélutin; kotor....tapi specifically kaki yang berselut sampai ke paras lutut (pasai baru balik dari bendang).
  38. Béndang = sawah padi
  39. Bengkeang ni péghoghoih....i.e.; short-tempered laaa. Pemarah gitu.
  40. Bésaq Gajah Tok Mia...humungous...monstrous. Gajah Tok Mia ni tak tau mai mana...tapi spesi gajah yang paling besar sekalilah kot.
  41. Beseaq = kencing kerap
  42. Béséleghat = berbagai arah, contohnya akag pokok béséleghat. Bersimpang siur. Bahasa baku berselirat juga kot.
  43. Bétubuh = gempal (bukan gemok)
  44. Bidaih = aku tak tau nak describe camna. Kasi contohlah senang. Kalau hang pegang ranting pokok, then hang lepas ranting tu, ranting tu akan bidaih, pianggg! dan kena muka sapa2 yang dok tepi tu. Dalam bahasa baku, bidas kot. Contohnya seperti : Membidas tohmahan.
  45. Bijik Ghémia = sejenis buah berwarna ungu.
  46. Bincut = Bukan Buncit tapi maknanya Benjol
  47. Bog = selalu disebut tahan bog iaitu meninggalkan joran semalaman di bendang. 
  48. Boroi = perut buncit.
  49. Botoi = kalau hang pandai gelicik bola, hang  memang pandai botoi. Amnya, botoi ni trick lah. Kalau hang kena botoi, hang kena dribbled lah.
  50. Buang = bukan maknanya campak, tapi ada beberapa makna dalam bahasa kedah. Antaranya tanggalkan (seperti buang baju), kalau orang Kedah kata "peghabih buang" maksudnya guna/makan sampai habis.
  51. Buat ghamai (ramai) = Bukannya berhimpun beramai-ramai, tapi buat sibuk. Atau buat riuh.
  52. Bubug sora = Bubur Asyura
  53. Bujang = janda atau balu, bukannya tak kawin lagi. 
  54. Camca = Sudu
  55. Camoq/ Céghamoq = Berkecamuk dalam Bahasa Baku, tapi dalam bahasa kedah hanya dimaksudkan kepada keadaan rumah atau bilik yang bersepah/ tak teratur.
  56. Canggah mai = Berusaha datang
  57. Capik = Tempang. Kata orang tua-tua, "Ayam tu beghetoh dengan lori tadi. Tu yang dok capik tu,.."
  58. Capoi = Orang yang suka mencarut dikatakan bermulut capoi.
  59. Céghin = tegak
  60. Cekai maknanya barang murah atau tak dak kualiti.  Guna sat saja dah rosak.
  61. Cékau ni maknanya mengambil secara mencengkam. Misalnya ....dia cekau beras/ kacang dll. Yg lebih tepat dalam bahasa omputih ialah GRAB. Misalnya kalau hang nak tangkap pencuri hang cekau (grab) baju dia.
  62. Cékoq = pucat lesi.
  63. Célapak = senang dalam Bahasa Inggeris = to confront.
  64. Célog = merendam sekejap dalam air panas. 
  65. Céluih = muat
  66. Ceme = mata sepet.
  67. Céméghkap = kata lawan bagi cekap. Maksudnya buat kerja banyak salah.
  68. Cémpégha. Aku suka perkataan ni. Ia bermaksud, 1) dalam keadaan tidak teratur atau 2) bertempiaran. Jadi secara amnya all over the place.
  69. Cémpong = gendong. Ada peribahasa , yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran.
  70. Cémuih. Biasa aku dengar ni disebut oleh Ustaz Shamsuri dalam Bahrul Mazi. Ejaan jawinya cemus, tapi orang Kedah sebut cemuihlah. Maknanya JEMU.
  71. Cénge = garang
  72. Cépéruih = bergegas
  73. Cepoi-cepoi = berjalang dengan gaya tempang
  74. Céroi = cair.
  75. Chek = saya. Digunakan sebagai gantinama pertama mesra oleh seseorang yang ada pertalian seperti anak dengan emak, isteri dengan suaminya, anak sedara dgn mak sedaranya yang dekat dll. Kalau hang sorang lelaki pi sebut chek kat orang yang tak kenal rapat bila sembang, depa kata hang ni pondan lah, kalau pompuan guna pada orang yang tak kenal,  depa kata hang gatai lah.
  76. Ciwi = eksyen, menunjuk-nunjuk
  77. Cog kodok = jemput2 pisang
  78. Coghak bukan corak, tapi menyimbah air.
  79. Cogheang = comot. Kalau buat kuih zaman dulu, muka cogheang dgn arang.
  80. Colek = bukan kidnap, tapi mengambil sedikit dengan hujung jari. Selalunya orang colek sikit adunan dan rasa dulu sebelum masak.
  81. Cunggit = terangkat seperti papan cunggit (see-saw). Juga bermaksud, bergegas pergi ke sesuatu tempat. Kalau orang kata "Dia dengar-dengar saja rumah dia terbakag, dia cunggit pi dan-dan tu jugak!", maksudnya setelah mendengar berita rumah dia terbakar, dia terus balik tanpa berlengah lagi.
  82. Daghai = pondan
  83. Dahagi = samseng kepala batu
  84. Daih = menggunakan kaki untuk menjatuhkan lawan, selalunya masa main bola.
  85. Dan = sempat, Tak dan = tak sempat
  86. Dangau = pondok, especially di tengah bendang.
  87. Débik = tumbuk 
  88. Déghaih = laju (untuk semua keadaan). Bakunya DERAS. Kedah tak ada perkataan laju. Jadi; air mengalir deras, budak lari deras, bas dipanju dengan deras dll.
  89. Déghémen maknanya muka bercalar-balar samada jatuh face-down atau kena balun. Dalam satu hadis Nabi saw, ada disebut RAGHIMA Anfun ...maksudnya masuklah hidung dia dengan debu. Ini adalah berupa ancaman kecelakaan yang dikiaskan kepada orang yang berbuat dosa iaitu mukanya seperti ditonyoh ke tanah dan masuk debu. Jadi saya rasa DEGHEMEN tu mai dari perkataan RAGHIMA... Itu teori saya yang jahil ni lah. Belum jumpa lagi mana2 tulisan yg cerita asal usul perkataan ni.
  90. Démah = Ada dua makna. Pukul dan juga heat-treatment.
  91. Dengkoi = tak lurus. Bengkok lah. Kalau kata capik pun boleh jugak.
  92. Depa = mereka
  93. Dogiang = tak pakai baju, atau kalau ayam dogiang, ayam yang dah dicabut bulu.
  94. Dogoi = botak. Tak kiralah kalau kepala botak ka, tayar moto botak ka, atau bukit yang dah kena kena tebang pokok-pokoknya, tu pun dogoi jugak
  95. Domoi = Hidung, ataupun apa2  terkehadapan, contohnya bonet lori.
  96. Gabuih = 1. Padam 2. Sapu-sapu debu pada pakaian/badan 3. Curi
  97. Gagah = ini bukannya kuat, tapi memperkuatkan. Kalau dia kata, "Saya ni dah kenyang. Nak perabis sepinggan nasi ni pun, gagah." Maksudnya dia bersusah payah nak menghabiskan nasi tersebut. Gigih kut dalam bahasa baku.
  98. Gagau = katalah kunci kereta hang terjatuh dalam  tempayan berisi ayag atau guni tepung ka, hang masukkan tangan raba2 dalam tong tu cari kunci. Itulah yang dinamakan gagau.
  99. Gaghin maknanya goreng sampai crisp. Aku suka sangat makan ikan temenung goreng yang gaghin-gaghin.
  100. Gaji bukannya duit masyuk hujung bulan. Maksudnya menggergaji. Orang Kedah segan (ie malas) nak sebut penuh.
  101. Galak bukan nya bermakna dorongan, tetapi bermaksud seseorang  gatal perangai, tu kaki ngorat, flirtatious.
  102. Gébaq = Selimut
  103. Gebang = sembang santai, mostly bual kosong. Ni dah jadi bahasa baku. 
  104. Gédéhok = khemah menyediakan makanan kenduri kawin
  105. Gédik = menggatal (flirtatious juga). Untuk orang pompuan saja. Kalau lelaki gedik...pondanlah dia.
  106. Géghali = gerudi atau korek dengan lubang. Kalau korek lubang telinga orang kata Géghali lah.
  107. Geghek = basikal
  108. Géghit = mengigit dengan gigi yang kecil. Tikus atau lipas atau  tupai akan geghit buah nyiog. Tapi kalau anjing yang buat tu, tak namanya geghit.
  109. Gélinte ada dua makna. 1. Menguli adunan kuih dengan tapak tangan supaya jadi bulat-bulat kecil contohnya macam kuih buah melaka. 2. Menggelicik bola. 
  110. Gélma = kahak (phlegm)
  111. Gelong =  tak seimbang. Selalunya tayar gelong. Kalau otak gelong maksudnya gila lah, sbb dah tak balance pemikirannya. Tak sama dengan gélong.
  112. Gélongsoq = slide....asalnya gelongsor, Papan gélongsog = papan slide yang kita tengok di taman-taman permainan tu.
  113. Gélut = kelam kabut
  114. Gencok = menari
  115. Gérmit = Pengasah pensil (sharpener).
  116. Ghabat = Memanjat atau mendaki. Misalnya memanjat pokok, mendaki bukit dsbnya.
  117. Ghabit = terkoyak
  118. Ghabong = peramah (talkative), bakunya RABONG. Kalau orang kata , "Dia tu sembang ghabong". Maksudnya dia sangat peramah.
  119. Ghabut = meragut (to snatch)
  120. Ghagaih sama dengan ghabat. Tapi selalunya terbatas pada pokok saja, atau pagar, benda yang rendah-rendah sahaja. Kalau daki bukit tak dinamakan ghagaih.
  121. Ghalit = lalai.
  122. Ghambu-ghambai = bahasa modennya blink-blink lah kot
  123. Ghandok = meredah air
  124. Ghapit = rapat. Kalau kawan ghapit maknanya kawan karib.
  125. Ghapla = lalai/ tak fokus. Asal Arab = ghafala yang ertinya lalai.
  126. Ghéban = runtuh.
  127. Ghédot = berkedut
  128. Ghéjit = mengenyit mata. Ini cara orang2 dulu mengorat.
  129. Ghélah = koyak
  130. Ghélai = berderai
  131. Ghélin = menjeling
  132. Ghémbaih = memukul dengan rotan atau kayu
  133. Ghémot = kalau kereta ghémot maknanya remuk, kalau baju ghémot maknanya tak diseterika (wrinkled), kalau kertas ghémot ialah yang dah dikepal2.
  134. Ghenet = rendah
  135. Ghéngau = mencakar dengan kuku
  136. Ghéngkat = pakaian yang singkat
  137. Ghénjah = berselerak , bertaburan
  138. Ghenjong = tinggi. Disifatkan pada orang saja. Kalau pokok tinggi atau bangunan tinggi kita tak katalah pokok/bangunan tu ghenjong.
  139. Ghényeh = sengeh
  140. Ghéyang dot = buah keriang dot.
  141. Ghéyau = menangis
  142. Ghéyup = hilang dari pandangan. Asalnya dari kata terbitan Arab = Ghuyub, kata dasarnya Ghaib (maknanya tak boleh nampak)
  143. Ghimbok = pukul/ hentam orang. Secara khusus tumbuk di bahagian perut. Dalam semua perkataan Kedah yang membawa makna pukul, ghimbok adalah yang paling teruk....maksudnya mengganyang. Bahasa Inggeris mungkin kita boleh pakai severe beating.
  144. Ghodek  , nak explain pun payah. Cam ni lah. Katalah anak hang terbuang iPad hang bawah katil, hang ambil kayu ka, penyapu ka, hang pi jolok bawah katil, try to fish out the iPad, kiri-kanan, depan-belakang...tu la ghodek namanya. Maknanya mencari sesuatu dengan try-try, sebab hang tak pasti apa yang ada bawah katil tu, atau apa yang ada dalam almari baju. Itulah GHODEK namanya.
  145. Ghodong = redah tanpa pikiag panjang (la ni orang kata bulldoze saja)
  146. Ghompong = hidung dimakan kuman sampai berlubang besar, dulunya pesakit kusta yang berkeadaan begini
  147. Ghona = warna
  148. Ghongak = jongang
  149. Ghongkah = membuka barang-barang (disassemble/dismantle)
  150. Ghonyoh = pegang rambut lawan dan tonyoh kemana yang suka sekuat hati.
  151. Ghosek = selongkar.
  152. Ghumbu = keadaan dah haru biru, tak teratur
  153. Ghunaih = mengupas dengan kuku. Misalnya ghunaih ghupin tang kulit.
  154. Ghupin = parut
  155. Godam = pukul. Kalau kena godam, maknanya kena sebat. La ni dah jadi baku. Godam bermakna  Computer Hacking.
  156. Gon = cerun bukit.
  157. Gu = padankan, cari pasangan (ie. match kan). Mungkin ni asal perkataan beregu kot. Juga disebut Pégu
  158. Gughuih api = mancis
  159. Habaq = beritahu
  160. Haghin = bau hancing
  161. Halai balai = buat lebih kurang, ambil ringan
  162. Hampa/ Hangpa = kamu semua
  163. Hampok = menghempas
  164. Hang = engkau/awak
  165. Hat = yang. Hat ni = Yang ini, hat tu = yang itu
  166. Hawin = membaling barang yang berat macam baling tukul besi tu. Angkat dan campak gitu.
  167. Hed Hed = Sejak/ Semenjak. "Hed hed jatuh geghek, kaki aku pengkaq lagu ni laa (Sejak jatuh basikal, kaki aku tempang macam ni lah)
  168. Heghot = tak lurus. Bengkok.
  169. Heghot petot = bengkang bengkok, kalau buat karipap heghot petot maknanya tak nampak rupa karipap lah, senget, bengkak dsbnya
  170. Hemoi = tak tau malu. 
  171. Hencot = berjalan dalam keadaan tempang
  172. Hinggut = Goncang
  173. Hingag = Bising
  174. Honggaq = goyang2 sampai tercabut. Misalnya honggag gigi yang dah rosak atau tiang lampu sampai membolehkan kita cabut dengan mudah.
  175. Huih = terhakis. Bahasa bakunya haus, tapi tak bermaksud dahaga. Selalu dirujuk pada tapak kasut yang dah haus atau baju lama. Ada peribahasa Melayu tu, TAK HAUS DEK PANAS TAK LEKANG DEK HUJAN.
  176. Ikan Téménung = Ikan kembung
  177. Jebon, asai dia aku tak tau mai mana. Tapi jebon ni ialah spesi binatang yang hodoh dan perangai tak elok. Ada orang kata mongoose. Selalunya kalau orang kata hang muka macam jebon, maksudnya hang amatlah tak hensem. Kalau perangai macam jebon, kira teruk sangatlah. Rasanya Tasmanian Devil ni lebih kurang jebon lah.
  178. Jége = membeliakkan biji mata
  179. Jéghémbab = terserempak, Jéghémbab pi = berkunjung secara tiba-tiba.
  180. Jéghémoh = lebih kurang sama dengan jéghémbab dan kadang-kadang boleh digunakan untuk describe perkara yang dibuat secara spontan.
  181. Jéghkah (atau jérkah) = tengking.
  182. Jélom = to dip in water, masukkan dalam air. Selalunya kalau budak2 demam panaih emak dia akan jelom kain dalam ayag suam dan demah dahi budak tu bagi kebah sikit.
  183. Jengkek = berdiri atas sebelah kaki sahaja, mungkin kerana kaki yg sebelah lagi tu sakit ke, cedera ke. Kecik-kecik dulu ada permainan jengkek kapal terbang, dalam  bahasa mat salleh, Hop-scotch.
  184. Jénuh = dalam kuantiti yang banyak
  185. Jinjat = berdiri di atas jari kaki, mungkin untuk mengambil sesuatu yang terletak di tempat yang tinggi. 
  186. Juboq = Bahasa bakunya DUBUR, tapi dalam bahasa Kedah ia merujuk kepada PUNGGUNG, bukannya saluran keluar najis.
  187. Kaghau (karau) = menarik tali/ menggulung, seperti menggulung semul tali layang-layang, ataupun tali joran (dalam Englishnya = to reel in). 
  188. Kahaq = samseng/ gangster. Asalnya bahasa Arab Qahhar, menggerunkan.
  189. Kala lipit = kala jengking
  190. Kaleh = ada dua makna, toleh ataupun menterbalikkan
  191. Kalut = kelam-kabut
  192. Kampoi = berusaha keras untuk menghabiskan kerja
  193. Kanyiaq = mentah/ belum baligh
  194. Kapak = bukan kapak yang guna tebang pokok tu, tapi maksudnya mahal. Kalau hang kena kapak, maksudnya kena caj mahal lah.
  195. Kapok = pelok = hug. Bukan gitar KAPOK tu.
  196. Kasut Jepun = Selipar
  197. Katok = pukul dengan kayu. Kalau pukul dengan benda lain tak katok namanya.
  198. Kawag = pencuri
  199. Kébah = baru sembuh 
  200. Kébuloq = Keinginan yang tinggi. Macam orang yang kebuluran berhajatkan kepada makanan. Kalau orang Kedah nak kata dia sangat2 tak nak, maka dia kata, tak kébuloq. Contohnya, "Awat mak setuju pinangan depa tu? Cek tak kébuloq kat Mat tu." = "Kenapa mak setuju pinangan mereka tu? Saya sangat2 tak ingin pada Mat tu."
  201. Kecek = pujuk
  202. Kécoq ialah pucat lesi. Selalunya kecog muka bila tau nak kena masuk jawi.
  203. Kecoh = bukannya kelam kabut/ huru-hara....tapi maknanya tipu.
  204. Kéghaih Kédékiang = terlalu keras
  205. Kéjan = To urge, menggesa..selalunya kalau suami nak keluag rumah segera, dia akan KEJAN bini dia supaya cepat2 siap.
  206. Kéjap = ketat. Bukannya sekejap
  207. Kélebek = membelek-belek
  208. Kéléboq = air berselut, macam kubang kerbau tu.
  209. Kélépiaq = bergelut untuk melepaskan diri. Macam ikan dalam tangan, kelepiag nak lepas. To wriggle.
  210. Kélitin = berpusing-pusing serata tempat, mencari barang atau apa2 saja.
  211. Kélolo = perangai melawak terlebih , kadang-kadang tak kena tempat
  212. Kémarin = semalam. Kémarin dulu = dua hari lepas
  213. Kémasai = lemah longlai macam baru mangkit tidog.
  214. Kémbang pungkog = rasa bangga dipuji
  215. Kémetot = kecil dan comel
  216. Kepak = mematahkan, bukan Képak.
  217. Képek = crushed, leper
  218. Képiah = Kopiah/ Songkok Hitam. Kalau kopiah putih dipanggil Ketayap
  219. Késit = tak berisi. Kalau dapat moktan kesit maksudnya, rambutan yang isinya dan tak banyak.
  220. Kesot = mengubah tempat duduk tanpa bangun.
  221. Kétayap = Kopiah Putih atau Kuih Ketayap.
  222. Kétégaq = degil
  223. Kétit = digigit binatang kecil seperti semut, kerengga, lintah dll. Kalau binatang besag macam anjing ka, kucing ka yang gigit, kita kata kena TOKAK
  224. Ketot = kerdil atau bertubuh kecil.
  225. Kétumbit = bengkak jangkitan di pelupuk mata
  226. Kiat = tidak aligned. Selalunya tayar basikal lah yang kiat tu, rim dia dah senget sebelah.
  227. Kog = round concrete culvert (tak tau apa BM untuk perkataan ini)
  228. Koi-koi = sedikit demi sedikit
  229. Kok leghah = di sekitar.
  230. Kokko = bawak orang kat atas belakang. Piggy back ride kata omputih.
  231. Kopek = dompet
  232. Kore = kecil dan lemah atau kurus
  233. Kot  = Arah, kot mana = arah mana/macam mana.
  234. Kot - kot = Entah-entah. Kalau dikata. "Kot-kotlah dia dah balik dah." maksudnya, "Entah-entah dia dah balik dah."
  235. Kughuih Kélépiang = terlalu kurus, macam papan
  236. Kuit = cuit
  237. Kupang = puluh sen. Contohnya dua kupang adalah dua puluh sen.
  238. Kutei = cubit
  239. La = sekarang
  240. La_eh ialah perkataan nak describe seseorang tu jenis yang lembik, tak dak tenaga.....weakling gitu. Contohnya orang tanya, "Awat hang nampak la_eh sangat ni?", maksudnya "Kenapa engkau ni nampak macam tak dak tenaga sangat nih?"
  241. Labah Lutong = Labah Tarantula, yang besar berbulu
  242. Lagu = seperti, semacam, umpama
  243. Laku = laris
  244. Langut = dongak
  245. Lapaq ayaq = Dahaga.
  246. Lapeh = Bakunya lapis, tapi maksudnya generasi. Kalau dikatakan, "Dia tu lapeh tok wan hang.", maksudnya orang tu sezaman/sebaya dengan datuk kita. 
  247. Latam = pijak merata-rata (trample dalam Bahasa Omputih)
  248. Lau = reban ayam
  249. Lécah = berlopak
  250. Léhog = Zohor
  251. Lekeh = tak ada class = koman
  252. Lékoih/Lokoih = lenjun
  253. Lémaih Pérut = rasa meluat, atau tak suka, bimbang pun boleh. Annoyed, irritated. Tak sama dengan Semak Perut
  254. Lémbek Dok Dek = terlalu lembik/ liut
  255. Lengkoi = curvy.
  256. Lengkong = cincau
  257. Lenyek = menindih sehingga leper. Macam lenyek pisang untuk buat cucur.
  258. Lesiaq = muka leper. Hidung pun tak mancung.
  259. Ligan = kejar
  260. Lingkop = habis semua.....kalau bisnis lingkup maknanya dah bangkrap
  261. Loghat ni bukannya dialek bahasa, tapi maknanya semakin teruk (ie getting worse). Kalau sakit koi loghat, maknanya makin tenatlah. Kalau hidup koi loghat, maknanya makin miskin dll.
  262. Loklaq = berkata  lucah/mencarut secara main-main. Atau membuat kerja  tak sungguh2.
  263. Loncat = lompat
  264. Luku = ketuk kepala dengan ruas jari (knuckled)
  265. Lunyai = hancur
  266. Ma-aloh = Muallaf.
  267. Mai = Mari atau datang
  268. Mak Ngot = orang yang terlalu perlahan dalam bekerja (slow and steady)
  269. Mala'on = orang tak berguna, orang yang peghabih beras saja. Dalam bahasa Arab ialah mala'un, iaitu orang yang dilaknat.
  270. Mamai = mimpi semasa separuh tidur dengan menggerak-gerakkan tangan atau kaki. Selalunya bayi atau budak2 kecik yg mamai. Depa tak mimpi.
  271. Mandom = lesu atau tidak bermaya
  272. Mangkag = buah yang tidak masak ranum. Selalunya durian yang isinya keras.
  273. Mangkit = bangun/bangkit 
  274. Mangli = Lali. Sudah biasa
  275. Manis chaih = terlalu manis
  276. Manyau = membebel/ berkata-kata atau meracau semasa tidur. 
  277. Masuk Jawi = berkhatan
  278. Meghah méghéngau = terlalu merah.
  279. Méghambu = bercucuran (bila menangis akan menghambu ayag mata), ataupun berjuraian.
  280. Méghap = cry-baby. Budak-budak yang dok menangis atau merengek kalau tak kena apa-apa . Selalunya budak meghap lepas dia bangun tidog.
  281. Méghatuih = meratap. Bakunya meratus...mungkin maksudnya, tak berenti bercakap dan meracau-racau.
  282. Méghawit = meracau atau melalut. Lebih kurang meghatuih jugak.
  283. Méghékam = sakit perut yang "brewing" teramat sangat, kena cari tandas cepat-cepat.
  284. Méghekot = dalam keadaan orang putih kata, curled. Kalau orang sakit arthritis jari-jari dia meghekotlah. Kalau tidog dalam suasana sejuk, kita tidog meghekot, macam bayi.
  285. Méghélip méghélap = pakaian atau suasana berkerlipan. Kalau pakai baju yang banyak labuci tu, meghelip meghelap lah dia
  286. Méghélit = berkilauan, glossy
  287. Méghéloh maknanya tidog sampai tak sedag diri,
  288. Méghélop maknanya keluag rumah seharian sampai malam baru balik.
  289. Méghémut = banyak sangat, merujuk kepada benda-benda hidup. Orang membanjiri stadium sampai meghemut, cacing kerawit, dll
  290. Méghéndoh = banyak dalam kontek berbuah lebat
  291. Méghénin = berkilat. Selalunya merujuk kepada bengkak yang dah terlalu besar sampai berkilat nampak macam nak pecah. 
  292. Méghényam = gatal atau menggatal,
  293. Méghényut =  sama dengan menghemut
  294. Méghepet =  bakunya merepek, tapi dalam Bahasa Kedah maknanya bermimpi (dreaming).
  295. Méghépu =  melimpah
  296. Méghewang = berjalan dengan tangan menggawang-gawang sampai beghetoh orang habih. Atau kayuh basikal ciluk sana ciluk sini, tidak pada garisan lurus.
  297. Méghi = elastik, contohnya getah pada pinggang seluar.
  298. Méghla = satu lagi perkataan yang bermaksud menggatal
  299. Méghonot = ni lagi satu yang susah nak describe. Kasi contohlah senang. Hang pi dok tepi meja makan rumah hang, kemudian tunduk macam ruku' dan berjalan bawah meja dalam keadaan membongkok tu . Itulah meghonot. Hang boleh meghonot dalam semak, meghonot bawah pagar dan lain-lain.
  300. Méghosot = bukannya merosot tetapi maknanya kusut. Kalau main wau kemudian dan kita wind balik tali tu terlalu cepat dia akan  kusut. Itulah meghosot.
  301. Méghuah bukannya maruah, tapi maknanya buang air. Kalau pi tandas tu, orang kata pi meghuah lah....kasaq sikit.
  302. Méghumit = perasaan resah-gelisah di dalam dada kerana ada hal yang tidak kena atau tidak memuaskan hati.
  303. Mélayop = tinggi sangat
  304. Mélanuih = bersedih berpanjangan sampai tidak menguruskan diri-sendiri.
  305. Mélécup = kulit terbakar
  306. Mélédin = bengkok. Secara spesifik kepada benda yang sepatutnya lurus atau rata seperti pemegang cangkul, reket badminton dll. Warping boleh gak.
  307. Méléngung = termenung
  308. Mélewaq = Merayau
  309. Méloghoih = selalunya describe seluar longgar yang dah nak terlondeh lalu meloghoih sampai ke bawah pinggang.
  310. Mélugai = meloya.
  311. Ménaksah = Madrasah
  312. Méncanak = lari sepantas mungkin
  313. Ménéghu = berduyun-duyun
  314. Ménene = meleleh. Selalunya dikaitkan dengan keadaan nanah atau darah yang mengalir keluar dari tempat luka/bisul. Boleh juga digunakan utk describe cecair yang meleleh perlahan.
  315. Méngéghoh = Berdengkor
  316. Méngkédaghah = Makan dengan melahap
  317. Méngkélayi = Bergaduh
  318. Méngkélan = maknanya makan tak lepas sebab tersangkut di kerongkong. Selalunya terjadi kalau hang makan nasi kosong tak dak kuah ataupun tak ada minuman. Kadang2 orang Kedah guna  sebagai maksud TERKILAN juga, pasal perasaannya sama iaitu, tak puas.
  319. Méngoet ni maknanya, bergerak sikit2. Misalnya kalau hang pi kejutkan orang yang sedang tidog, dia gerak2 kaki dia sikit untuk signal kata dia dah jaga. Dia mengoetlah tu...maksudnya MASIH ADA NYAWALAH. Sama juga kalau hang pi katok ulag, tapi dia dok mengoet lagi, maknanya ulag tu masih hidup.
  320. Ményérit = sangat laju
  321. Ményorok = sarapan pagi. Bukan hide.
  322. Ményébai = merajuk
  323. Mereng = tak waras/gila
  324. Moktan = rambutan
  325. Moncom maknanya tarik muka masam, mostly sebab merajuk atau tak suka something.
  326. Mot = membawa/ memuatkan. Contohnya;  Kereta Pak Man boleh mot 5 orang.
  327. Motong = menoreh getah
  328. Na'aih = Nahas
  329. Nangnaih = Nenas
  330. Nangoi = Budak hingusan/ kanak-kanak belum matang
  331. Nanya....malang/ nasib tak baik. Dari bahasa baku, aniaya.
  332. Na La = bukan kawan tenis Anwar Ibrahim tapi suatu frasa yang digunakan untuk memperkuatkan sesuatu sifat, misalnya Na La punya besag, atau Na La punya kedekut.
  333. Naq Naq maknanya TIAP -TIAP. Contoh "Anak mak tom nama saja dok asrama, tapi naq naq minggu balik rumah." Maksudnya tiap2 minggu balik.
  334. Ndoi = Buaian
  335. Neghai/ Seneghai = baris/ sebaris
  336. Nenen = susu
  337. Nomot = Nombor. Kalau selalu dapat Nomot 1 dalam kelaih tu, kira pandailah.
  338. Nnughi = Tergeliat lidah nak sebut ni. Maknanya kenduri. Cuti-cuti sekolah ramai orang buat nnughi kawin.
  339. Nyog = kelapa. Bahasa bakunya nyior. 
  340. Padang = bendang
  341. Pait bérdéngung = tersangat pahit
  342. Panaih lit lit = panas terik terutamanya di tengahari
  343. Pandak = pendek
  344. Panggong = menegakkan kepala, selalunya yang panggong ialah ular King Cobra.
  345. Panggu = bahagian
  346. Pangkin = Bahasa Inggerisnya bench. BM tak pasti pulak.
  347. Pasang = Bukan maknanya memasang atau install dalam Bahasa Inggerisnya tapi maknanya amaran untuk berjaga2. Contoh kalau kita dah buat silap kat opis, kawan kita kata, "Pasaaang....sat lagi bos masuk, hang siap laa..."
  348. Pédai Ayam = mangga kunci (padlock)
  349. Pédéghaih = menyegerakan. Asalnya deras/ déghaih iaitu laju.
  350. Pédiah = pukul
  351. Pédo = berhati-hati
  352. Péghak ni maknanya tak belajag, tak WORLD-AWARE kata orang putih, sampai benda yang orang dah biasa tengok dan dengar pun dia rasa heran sebab dia mai dari hulu. Misalnya dia mai pékan dia terkejut tengok orang boleh bawa keluar duit pakai ATM. Orang kata dia tu péghak lah. Kalau lagi teruk, sampai duit pun tak kenai, orang kata PEGHAK BUIH...maksudnya ULTRA PEGHAK. Bahasa baku ialah haprak. 
  353. Péghémbang = fokus. Samada ketika melihat atau mendengar.
  354. Péghendang = mencantikkan, memperindahkan. Asalnya merendangkan. Kalau seorang bawahan peghendang bos dia, maknanya bodeklah.
  355. Péghisi = mengeluarkan/ mengasingkan bahagian yang tidak bermenafaat. Misalnya kalau kita péghisi ikan bilis, maknanya buang kepala, najis dia dsbnya, kalau kita péghisi kacang, kita buang kulitnya.
  356. Péghosah = menguruskan, asal dia proses kot.
  357. Péghonyok =  menggumpal kertas.
  358. Péghosok = menyumbat.
  359. Pégu , lihat Gu
  360. Pékin = berjimat cermat
  361. Pelag = lucah
  362. Pélangkong = pukul dengan kayu atau senjata lain.
  363. Pelet = dialek/ slang
  364. Pélékoh = memelok seseorang dengan tujuan untuk menangkapnya. To restrain. Kalau dalam gusti banyak lah kita tengok yang kuat tu pelekoh yang kore.
  365. Pénakan = saudara
  366. Pengkaq = tempang. Kalau hang tak pandai main bola hang kaki pengkag.
  367. Penyet = tindih
  368. Pi = pergi
  369. Pisau Bangkong = sejenis pisau kecil
  370. Pokka = Sesumpah (chameleon)
  371. Pok ka liao = Tak tau mai mana perkataan ni, mungkin dari bahasa Cina, tapi maknanya habis semua/ kosong/zero
  372. Pokok hujan = Tanda-tanda hujan seperti awan mendung dan gelap yang menandakan hujan akan turun sebentar lagi.
  373. Polok = sumbat makanan banyak2 dalam mulut ( to stuff)
  374. Pompuak = Ahli keluarga kerabat/ Suku sakat. Asalnya kaum puak.
  375. Ponen = Pondan/ Penakut (tiada sifat kejantanan)
  376. Pughuih nyog = lidi
  377. Pulun = berusaha kuat
  378. Punggah! = Bukannya perbuatan memunggah barang (unloading)...tapi satu kata seruan menunjukkan rasa terkejut atau cemas bila seseorang tu berhadapan dengan masalah besar. Misalnya, tuan rumah buat jamuan untuk 2-3 orang kawan, tiba-tiba mai 30 orang. Maka dia kata, "PUNGGAH! Mana cukup nak bagi makan depa semua!?"
  379. Punggai = baling kayu, selalunya kalau nak jatuhkan buah.
  380. Pungkoq = punggung/ bontot
  381. Rojak = rojak buah. Kalau rojak cucur undang macam kat KL ni , di utara namanya pasembor.
  382. Roti = biskut.
  383. Roti Bénggali = roti macam Gardenia tu (bread). Sebab yang dok juai ni dulu semuanya Benggali Sikh atau Punjabi. Kalau orang Kedah cakap ROTI saja, maknanya biskut.
  384. Sagat = mengikis. ABC di kedah dipanggil ais sagat, sebab kena pakai mesin nak kikis air batu tu.
  385. Sagon = makanan serbuk kelapa. Jangan terbatuk masa tengah makan, habis bersembur muka kawan.
  386. Sah_leghah = selesai
  387. Sakan = bersungguh-sungguh. Dipadankan dengan pulun, maka jadilah PULUN SAKAN iaitu berusaha bersungguh-sungguh.
  388. Sampai sut bukannya baju sut yang buat kat kedai tu dah sampai, tapi maknanya sampai ke sudah. Contohnya orang kata, "Lepaih putuih tunang tu, sampai sut dia tak balik kampung." Maksudnya dia cabut tak balik balik dah.
  389. Sangin, yang ni pak mentua aku sebut masa dia nak ganti lampu kalimantang kat rumah. Aku tanya apa dia sangin tu? Dia kata sangin tu bila pin kalimantang tu tak sama dengan socket dia, jadi tak masuk2. Sangin tu tak aligned lah gitu.
  390. Sapa = siapa, (bukannya tegur).
  391. Sauk = kaut/ mengaut
  392. Sébek muka sedih macam nak nangis.... :(
  393. Sébu = Perut dah kembung.
  394. Ségagan maknanya sebaya. Kalau beranak kerap, anak-anak hang nampak segagan lah.
  395. Segak maknanya cantik. Untuk pompuan saja. Lelaki yang mempunyai rupa paras yang elok disifatkan sebagai lawa. Dalam bahasa baku, segak adalah untuk lelaki yang hensem.
  396. Ségan maknanya malas. Bukan malu.
  397. Séghawa = bubur/pengat
  398. Séghba bihin = segala macam benda. 
  399. Séghba mak nenek = macam Seghba bihin jugak...segala macam benda. Mak Nenek tu mai mana aku tak tau.
  400. Séghdak = serbuk yang tinggal dalam tin bila kuih dah habis. (crumbs)
  401. Séghebeh = berserabut, compang-camping
  402. Séghélom = the act of memakai baju.
  403. Séghendeaq = rapat sampai bersentuhan/ bergeseran
  404. Séghendeh = sama dengan seghendeag.  
  405. Séghéngai = gatal kerongkong
  406. Séghéngiang = marah/ tengking
  407. Séghéyat = reda (secara khususnya hujan dah reda)
  408. Séghéyau = risau/ bimbang. Kalau Séghéyau gigi  maknanya ngilu.
  409. Séghoh = semakin kurus, loss of weight.
  410. Séghot = mengecilkan diri. 
  411. Séghpi = senyap sunyi
  412. Séjéghit = sikit sangat...in minute quantity
  413. Sekeh = pukul dengan tidak terlalu kuat
  414. Sékénet = sejenis hama
  415. Sélempang = kain pelikat dililit di bahu
  416. Sélop = sesuatu keadaan yang menggambarkan seseorang tu terlalu sedih/ terkejut  sampai tidak sedarkan diri. Kalau budak kecik menangis sampai selop maksudnya dia menangis sampai tenganga mulut tapi tak keluag suara....punyalah teruk menangis.
  417. Sémak peghot ni bukannya senak perut. Sémak Peghot ialah rasa gusar, bimbang atau risau yang sangat2, macam ada semak dalam perut.
  418. Sémalam = malam tadi. Kalau orang KL semalam tu yesterday, orang Kedah last night. Kalau YESTERDAY orang Kedah kata Kemarin. Lain sikit,
  419. Sémawa = jemput, undang
  420. Sémbek = muka baru bangun tidor
  421. Séméjid = Masjid
  422. Sémughop = berbumbung rendah
  423. Sénanyan = Isnin
  424. Séndat = cukup muat. Kalau baju sendat, maknanya cukup muat sampai ketat. Ngam-ngam gitu.
  425. Séneghai = sebaris. Contoh; Kedai kasut tu séneghai (sebaris) dengan kedai buah.
  426. Sénégheh = bergeser/ bersentuhan
  427. Senget = tidak rata
  428. Séngkak = terlebih kenyang. Stuffed!
  429. Sengkek = pokai/ kurang atau habis duit
  430. Séntot = menjadi kecil
  431. Sépak = tampar/ tempeleng
  432. Sétéri = seterika
  433. Sia = mangkuk tingkat
  434. Sighu = berlagak/ angkuh
  435. Sigong =  menyiku - to elbow.
  436. Simbog = curah air.
  437. Simpan = kebumikan mayat. 
  438. Sinkei gigi = ngilu
  439. Sintin = sinsing lengan baju
  440. Sipi = nyaris, hampir
  441. Soq = sahur
  442. Sua = hulur
  443. Taboh = pukul. Macam2 ada lagi...BALON, GHIMBOK, PEDIAH. TIBAI. Hampir sama tapi ada konotasi masing-masing.
  444. Tahag = menahan, tahag makan = tak makan/ puasa. Kalau kena tahag di sekolah maknanya kena detention.
  445. Tahana = Dipasangkan dengan perkataan BUAT, jadi "buat tahana" maknanya menganiaya, menzalimi orang lain, 
  446. Tak péghaya = tidak upaya
  447. Takek = menggunakan pisau/ parang untuk memotong pokok/ ranting/ atau apa saja.  Kalau pakai kapak tak dinamakan takek.
  448. Tala = menuju/ menghala
  449. Tande = mandor 
  450. Tang = di / pada
  451. Tauk = campak
  452. Tebok = menanduk, khas untuk lembu kerbau saja. Bukan tébok.
  453. Tégege = gedik
  454. Tégha = seperti/ semacam/ sama . Contohnya - Tinggi pokok tu tégha rumah tu lah.
  455. Téghan = tak ada bahasa baku yg ni. Orang yang sedang buat bisnis besar dalam bilik air, dia téghan untuk mengeluarkan "saham-saham" dia dari dalam perut. Kalau "saham" tu besar sangat dan payah nak keluar, dia kena téghan lagi kuat. Orang perempuan yang nak beranak pun kena téghan  lagi kuat untuk melahirkan anak. Faham kot?
  456. Téghbe = lastik/ melastik
  457. Téghéjong = mati atau pengsan sampai terbujur kaku
  458. Téghéyak = menangis. Dalam bahasa baku TERIAK, tapi bukan bermakna menjerit.
  459. Téghisin =Terdedah sedikit akibat koyak atau luka. Contohnya, " Teghisin kulit aku kena pisau tadi".  Maksudnya, luka sampai nampak sedikit daging.
  460. Téjéngoi = tiba-tiba muncul/ menjelma
  461. Tékoh = kadang-kadang/ sekali-sekala
  462. Teleang = senget lehernya
  463. Téloq Kémughuk = Telor buruk (rotten egg), telor ayam/ itik yang tak jadi. Kalau pecah, baunya dahsyat.
  464. Témbi = menolak menggunakan badan, body-checked
  465. Témbon = gemok
  466. Tempek = lekatkan
  467. Témpoh = sentuh, bukannya tempoh masa
  468. Témuak = penuh sampai terlebih bekas. Biasanya disebut kepada bayi yang baru minum susu sampai termuntah sedikit pasai lebih sangat.
  469. Teng = mengatasi
  470. Téngalong = membaling sesuatu dengan menggunakan kayu. Misalnya tengalong buah pelam  atas pokok.
  471. Tenyeh = mengesat.
  472. Tépélahang = terbuka luas, samada pintu rumah atau koyak yang besar pada kain pelikat dan lain-lain yang sewaktu dengannya.
  473. Tépéle-ot = tergeliat
  474. Tibai = sebat dengan rotan atau lidi
  475. Tinaih = mengepit dengan dua kuku ibu jari tangan. Dulu2 bila orang kampung cari kutu atas kepala, dapat saja depa letak kutu atas kuku ibu jari kiri dan tekan dengan kuku ibu jari kanan, sampai pecah perut kutu tu. Itulah namanya tinaih. Kalau guna kuku ibu jari kaki, tak taulah panggil apa. Hang cubalah. Kalau terpele-ot, jangan saman aku.
  476. Tindan = tindih
  477. Toi = menekan tangan ke lantai dengan tujuan mendapatkan spring utk bangun dari sujud misalnya. Kalau nak gerakkan batu besar, hang ambil batang kayu dan hang toi dengan letak batu kecik kat bawah batang kayu tu. Baru dapat power. Cuba hang suggest apa perkataan baku yang ni.
  478. Tojoh = jolok
  479. Tok = nenek. Kalau datuk = wan
  480. Tokak = gigit, baham dan yang sewaktu dengannya. Selalunya oleh binatang yang berahang dan bertaring.....macam anjing, kucing, harimau dll. Kalau semut yang gigit tak dinamakan tokak. Yang tu kita kata KETIT.
  481. Tomoih = terjatuh muka dulu. 
  482. Tonggek = meninggikan punggung, terutama bila berjalan. Khusus utk wanita.
  483. Tongkoi = tunggul. Kalau menongkoi maksudnya duduk saja tak buat kerja apa, macam tunggul.
  484. Tongong = kalau bahasa lembutnya, tak berapa pandai....kalau kasar sikit, tak ada akal. Englishnya = Moron.
  485. Tonyoh = to scrub. nanti aku cari BM nya.
  486. Toyu = kicap
  487. Tuang  = ponteng
  488. Tubik = terbit
  489. Tumpuk, bahagian korban. Setumpuk =  satu bahagian
  490. Tungau, besar sikit dari sekenet.
  491. Tuntun = to walk the bike, cow, buffalo etc. Kalau kita tuntun moto, maknanya kita berjalan menolak motor tu, kalau kita tarik lembu sambil berjalan, maknanya kita tuntun lembu tu.
  492. Tutuh = Bila kereta bertemu kereta (berlanggar). Jadi kalau dia kata, "Aku pi tutuh kereta dia," maknanya dia pi hentam kereta tu. Ada juga makna proses mengawan. Yang tu tak payah tahu lah.
  493. Ubi Bénggala = ubi kentang
  494. Ubi Kémili= ubi keling
  495. Upaq = Proses melumatkan sesuatu dengan tapak tangan. Contoh "Hang ambiklah daun sireh tu dua helai, boh ayaq sikit, lepaih tu upaq sampai lunyai."
  496. Ulat Danu = pelangi. 
  497. Wan = datuk
  498. Zaman tok nadog = lama sangat (long time ago). Tok Nadog (Nador) adalah seorang pahlawan silam.
----------------------------------------------------------------------
Ini antara Bahasa Inggeris yang masih dikekalkan oleh orang2 Kedah yang kebanyakannya berasal dari UK satu ketika dulu. Ulu Kedah laa....

Banyak perkataan Bahasa Inggeris telah meresap masuk ke dalam perbualan dan telah diMelayu-Kedahkan.

  1. Ban; asalnya dari Bahasa Inggeris = Bund. Kat bendang2 hangpa jumpa banyaklah batas ban.....ie BUND of earth. 
  2. Baih Cépéreh = Bas Ekspress (Express Bus)
  3. Belen = Englishnya Balance. Maksudnya sama iaitu, samada baki atau mengimbang.
  4. Blob = bahagian-bahagian ladang getah untuk ditoreh. Asalnya block. Kalau kena toreh 2 blob, maknanya daban lah.
  5. Bob = buku. Asalnya book. Bunyi sebutan O nya sama dengan LOBE , bukan LOB.
  6. Cékélat = gula-gula. HACKS tu cekelat juga. Asalnya Chocolate. 
  7. Cékérun....tak ramai orang tau perkataan ni, termasuk orang Kedah sendiri. Ia adalah buku log untuk catit hasil getah, kelapa sawit dll yang digunakan oleh mandor. Asalnya aku rasa ialah scroll.
  8. Chan... asalnya CHANCE, maknanya peluang
  9. Daban asalnya English = double. Kalau hujan pagi, orang motong getah akan buat daban pada petang hari.  Daban = dua kali.
  10. Dreba  asalnya English = driver. Pemandu bas ka, lori ka, semuanya dreba.
  11. Ek = Berlagak sombong. Contohnya, "Dia tu ek lah. Maklumlah dapat kereta baru." Asalnya ACT atau ACTION. 
  12. Eksyen = Sama dgn Ek
  13. Gostan = Undur. Asalnya Go Astern = Reverse. samalah kan.
  14. Henden Handle basikal.
  15. Jek = puji dengan tujuan membodek. Asalnya JACK, (ie to jack-up = mengangkat)
  16. Kala = warna/ mewarna . Englishnya Color
  17. Kamsin = upah . Englishnya Commission
  18. Kapiu = Asalnya Curfew, maksudnya perintah berkurung. Dulu zaman 70an ancaman komunis masih banyak. Jadi kadang kala satu kampung kena kapiu oleh tentera yang menjalankan operasi
  19. Karan = letrik . Englishnya Current. Kalau hang pi saloon dan kerinting rambut, depa kata hang karan rambut, sebab mesin kerinting rambut tu guna letrik.
  20. Kolet = Orang yang issue tiket bas (Asal Collector)
  21. Koman = tak dak class (asalnya Common ie. Ordinary)
  22. Kona = selekoh atau belok (asalnya Corner)
  23. Lampu gaslin =  Lampu Gasoline. Pi tengok gambar sini lagi senang, 
  24. Lampu kabad =  sejenis lampu yang guna carbide. Selalunya digunakan penoreh getah.
  25. Matgat = mud guard basikal atau motor
  26. Mérket = pasar (asalnya market)
  27. Mérton = tukul. Asalnya dari hammer tool, atau ringkasnya martol (terima kasih Zedy zedy komen kat bawah).
  28. Misi = jururawat (dulunya yang bekerja dengan mission Kristian)
  29. Mutu = motorsikal
  30. Pancat = tayar pancit (ie Punctured)
  31. Pesen = Fesyen ataupun stail.
  32. Piau = tulin, ori (Englishnya Pure)
  33. Pomen = Mekanik kereta (asalnya Foreman)
  34. Poreh = Jabatan perhutanan/ kerja hutan  (Englishnya ialah Forest). Kalau ayah hang kerja poreh, maksudnya Forestry Officer lah, Pegawai Perhutanan.
  35. Prewel/ prevel = sprocket tayar basikal. (asalnya Freewheel). Ia akan membolehkan kita mengayuh pedal basikal ke belakang semasa cruising, walaupun tayar berpusing ke hadapan, Untuk mendapatkan lebih tujahan (thrust) budak2 kampung tukar ke prewel mati. Macam basikal fixie sekarang.
  36. Rapon = pakaian yang dah lusuh, kadang2 dah berlipat2, Asalnya ruffled.
  37. Rokok Sikéret....rokok berjenama macam Dunhill, Rothmans tu. Asalnya Cigarette
  38. Sepbot = almari ( asal Englishnya cupboard)
  39. Sepesen = kalau orang sebut muka sepesen, maknanya  mamat tu ada kelainan.
  40. Singgam Chewing-gum
  41. Shed = kongsi (Asalnya Shared)
  42. Spenda = seluar dalam (asalnya Suspender)
  43. Syok = seronok (asal Englishnya Shocked)
  44. Tera = bagus/ hebat. Asalnya terror.
  45. Toslet = lampu suluh (Asalnya torch light)


42 comments:

Anonymous said...

Terima kasih untuk sumber informasi yang sangat berguna untuk assigment saya. minta izin ambik ya...

MES said...

Boleh saja. Silakan.

Lely said...

hehe..lawak2..good job,bro/sis.. :)

Anonymous said...

cakap orang Kedah, 'merayau tak tentu arah'? Tolong isi jawapanya: _ E _ A _ _

MES said...

REWANG kot?

Nazmy Mohamed said...

Ghonot,chan,timpuih,shendo,..skadar mnambah

Nazmy Mohamed said...

Remoih,ghonot,chan,kambiaq,siaq kapaq,pandak...skdar mnmbah
Bhs ptukangan rumah - tebaq layaq,Kayu kambé,patoq,

Anonymous said...

Orang indonesia juga menggunakan kata Kemarin untuk Yesterday dan Semalam untuk Last Night

ZEDY said...

Yg merton tu asalnya dari perkataan hammer tool atau ringkasnya martol

MES said...

TERBAIK Zedy Zedy! Terima kasih. Saya adjust.

Zaidi Gurun said...

Saya suka penerangan perkataan 322, Na La... bukan kawan tenis Anwar Ibrahim, Chek tergelak besaq sampai tergulin!

Unknown said...

Saya tengah mencari satu perkataa dlm loghat kedah yg bawa maksud MALANG...

Anonymous said...

Malang = Ghéba

likeshine said...

Yang bestnya curi blh jadi balaih kn, nak tnya lh, perkataan teghengkak ghenkak .... wujud ke perkataan tu dlm loghat utara.... lgi satu bru ingt, kncing dpt plj tk di basuh lps bau " haghin" ... panas baran = peroghoih , betul tak... saya jumpa perkataan perangas dlm kamus bhs jawa (pdf download satu research psl jawa) dlm bnyk bhs jawa terjumpa perkataan perangas brmksud panas baran... kira2 loghat utara pun ada bhs yg sama kn... steady lh ada kekuatan kisa kata... sy rasa loghat utara mmng detail dlm describe word untuk certain thing... sampaikn tunduk msuk bwh meja pun ada perktaan sndri...klo bhs buku nk onggil apa lh agknya...

Unknown said...

Sekarang org kedah sebut ceme utk benda yg dapat free..Contoh ayat : tadi aku p makan kt kedai tu, dpt ayaq ceme.. (dapat ayaq free)

Unknown said...

Nk tnye kari pulai tu buah ape?????

Anonymous said...

rsanya salah la manis chaih tu
kami pnggil manis melechaih..

Anonymous said...

442. Teghan - Teran/Meneran (Push) bahasa bakunya kan

mun said...

melewaq

Unknown said...

selain mangga,padlock,solex...apa lagi sebutan bagi perkataan tersebut

MES said...

Pedai ayam

~* Raudhotuz Zahra *~ said...

Daun pokok kari

Perfume from the east said...

Tambahan..
1.kucai = kacau/stir , tlg kucai sat gulai ataih dapoq tu. @ usik/sentuh , hg jgn dok kucai benda tu satgi beselerak
2. Bog kai = batang pancing
3. Tighih = bocor

Setbod @ mari (almari) setbod tu jika tak silap dr perkataan 'sideboard'

Perfume from the east said...

4. Mengkala = bila ; mengkala hgpa smpai?
5. Kayu ron = pembaris/ruler
6. Nangoi = budak kecik/toddlers
7. Pukoi gambaq = ambik gambar/ snap a picture : bahasa org tua dulu
8. Pukoi telepon = make a call / dial the numbers
*tak pasti pasaipa perkataan 'pukoi/pukul' digunakan..dr cerita zaman dulu utk ambik gambar @ dial number ke buat some action like beating the gadget...Wallahu'alam

Sukaporno said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Saya rasa penggunaan hutuf g pada belakang perkataan tu kurang kedengaran tepat dan lebih sesuai digantikan dengan huruf Q. Contoh. Habag vs Habaq yang mana bunyi seburam lebih jelas pada hujungnya? Ayag vs Ayaq.bila guna huruf G, sebutan jadi kurang cantik.

Unknown said...

28. (Eng) misi, saya rasa dari perkataan mercy, (saya org pantai timur, bila tgk kamus ni, byk jgk yg sama, walaupun bunyi nya lain sikit sebutan)

MES said...

Terima kasih.
Sayapun la ni guna Q untuk hujung perkataan. Kamus ni buat 10 tahun lepaih, masa tu dok pikiaq nak boh G ka Q, laih-laih boh G.

MES said...

Terima kasih. Mungkin juga.👍

Unknown said...

Laa ni org x pangil misi dh. Org pangil nurse

Sylvia ANg said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Jerung said...

368 & 458

Di daerah saya "punggai" biasanya di gunakan jika objek yang di lontar itu berbentuk ketulan seperti batu, manakala "tengalong" pula untuk objek yang berbentuk panjang seperti sebatang kayu, sama seperti yang saudara sebut.

Unknown said...

Manaada tukar R kepada G. Q ada lah haih

Anonymous said...

kalau terjemah bahasa inggeris tu ke bahasa melayu standar:

Terror=perasaan gerun/ketakutan.
Shocked=terkejut.
Ruffled=meragam.
Punctured=tertusuk.
Corner=sudut.
Current=semasa/arus
Bund =persekutuan.
Bund of earth =seikat bumi.
Ban=larangan.
Act =bertindak/perbuatan.
Action=tindakan.

syahmimaizan said...

Terlalu kenyang

Anonymous said...

Kompuak atau kaumpuak

Anonymous said...

Liongg atau keliling

Anonymous said...

Gunu atau ibu

Anonymous said...

Ragaih atau panjat

Anonymous said...

Jengoi atau timbul

Anonymous said...

Besa dengaq org baling sebut wardog..blh tau dak apa makna dia?

Daneil MQ said...

Baling dgn sik bahasa depa lain sikit. Org kedah daerah lain2 pun kdg xpaham depa ckp apa