Kita pun biasa dengar mengenai seorang sahabat Rasulullah saw yg sangat masyhur dan juga perawi hadis yg paling banyak iaitu Abu Hurairah ra.
Nama dia pun kita tahu diambil daripada gelaran yang Nabi saw bagi kat dia kerana dia sukakan anak kucing.
Abu Hurairah tu maknanya bapa kepada anak kucing.
Tapi tak ramai yang tahu yang sorang lagi sahabat Nabi saw yang lagi terkenal nama dia pun adalah gelaran kerana dia sayangkan binatang.
Sapa dia?
Tak tau?
Sapa lagi kalau bukan Abu Bakar as-Siddiq ra.
Sebab tu subjek cerita ni Abu Bakar as-Siddiq.
Nama sebenar Abu Bakar as-Siddiq ada beberapa…tapi yang official ialah Abdullah bin Abi Quhafah.
Nama ori dia ialah Abdul Ka’abah bin Abu Quhafah (iaitu hamba Ka’abah). Tapi telah ditukar kepada Abdullah for the obvious reason.
Dan nama dia yg paling glamer adalah Abu Bakar lah.
Kalau ikut family tree dia, nama Abu Bakar yang penuh ialah Abdullah bin Uthman (Abu Quhafah) bin Amir bin Amru bin Ka`ab bin Sa`ad bin Taim bin Murrah bin Ka`ab bin Lu`ai bin Ghalib bin Fihr al-Quraisy.
Jadi dia pun bau2 bacang dengan Nabi saw yang mana nama penuh baginda ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abd Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luai….7 generasi lah gitu.
Sama juga dengan Umar al-Khattab r.a. Nama penuh dia Umar bin al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza bin Riyah bin Abdullah bin Qarth bin Razah bin ‘Adiy bin Ka’ab bin Lu’ai bin Ghalib…Nabi saw sangkut dengan dia ni pada generasi ke 8.
Kalau kita perati orang2 Mekah ni, masa zaman tu, depa semua akan ada sorang super moyang yang bernama Fihr al-Quraisy pada generasi ke 10…..
jadi depa semua adik beradik lah, tak kira sapa2 pun samada yang Islam atau yang kafir Musyrikun, walaupun depa berperang dan berbunuh2an. Sebab tu depa nama Kaum Quraisy.
Back tu Abu Bakar…dah tu mana mai pulak nama Abu Bakar tu?
Nama tu asalnya ialah kerana masa muda2 Abu Bakar ni adalah seorang yang suka bela unta. Bakar (Bikr) dalam bahasa Arab ialah anak2 unta…jadi Abu Bakar tu maknanya Bapa kepada anak unta.
Now we know.
Anyway, oleh kerana Abu Bakar ra. adalah sahabat no 1 Nabi saw…maka banyaklah episod2 yang direkodkan dalam kitab2 , so aku nak amik 2-3 sajalah kot. Kalau tidak sampai hujung tahun tak abis.
Kisah yang pertama ialah apabila umat Islam yang masih kecil jumlahnya mula berhijrah ke Yathrib (ie Madinah).
Begini ceritanya.....
Apabila Umar al Khattab ra berhijrah ke Madinah secara terang2, Musyrikin Mekah pun dah agak2 yg puak2 Islam ni dah ada strategi baru dan mungkin dah ada Big Brother di Madinah. Jadi depa pun jadi lebih vigilant.
Abu Bakar ra pulak dah tahu depa akan turut sama ke Madinah bila2 masa saja. Lalu dia pun beli 2 ekor unta sebagai kenderaan. Dia bawa pi kat Nabi saw nak bagi seekor.
Nabi saw kata nanti sat dulu, wahyu belum sampai utk berhijrah.
So Abu Bakar bawak la unta2 tu pi balik rumah dia...actually rumah depa dekat2 saja, iaitu rumah Siti Khadijah r anha. Bila Nabi saw menikahi Khadijah, dia berjiran dengan Abu Bakar ra.
Unta2 tu Abu Bakar jaga dan train selama 4 bulan utk prepare perjalanan jauh tu......Nama pun Bapa Anak Unta...tentunya dah elok sangat dah training regime tu...expert.
Masuk bulan ke 4, satu hari Nabi saw mai rumah Abu Bakar pada waktu siang...suatu yang pelik dalam suasana tegang tu, jadi Aishah r.anha pun dah tahu, the time is up oredi.
Nabi pun beritahu Abu Bakar yang Jibril as dah mai habag bahwa Allah swt telah memerintahkan berhijrah.
Jadi Abu Bakar pun pi amik dua ekog unta yg dah fully trained ni dah offer satu kat Nabi saw.
Nabi saw kata dia akan terima hanyalah setelah Abu Bakar accept bayaran utk unta tu.
Tu dia Nabi kita.
Dia bukannya kaya sangat, harta yang ada kat dia kebanyakannya adalah amanah dari orang2 Mekah utk dijaga (sebab tu gelaran dia al Amin), dan semuanya dia dah suruh Ali ra pulangkan kepada semua orang yang mengamanahkan kerana dia tahu perintah hijrah akan sampai tak lama lagi.
Namun dia bayar juga harta unta tu.
Kita lah.....kalau kita bagi something kat PM ka, MB ka, Tok Guru ka, kalau dia offer nak bayag.....kita sure kata...
"eh eh tak payahlah Datuk Seri.....memang nak bagi......ikhlassss!!".....lepaih tu belakang2 sikit bisik jugak.....
"projek baru tak dak ka?."..ha ha bukan kita lah tu, orang Republik Congo sana.
Teruskan lagi, bila depa dok siap2 tu, mailah Abu Quhafah iaitu ayah Abu Bakar as Siddiq.
"Hai kalut siap ni....nak pi mana?" dia tanya Asma' bt Abu Bakar ra.huma
Dalam bahasa Arab kalau kata radiallahu anhuma, maksudnya kedua2 depa (ie Abu Bakar dan Asma') beriman kepada seruan Nabi saw. Serupa juga dengan Abdullah bin Umar al Khattab r.anhuma (dua2 Umar dan anak dia Abdullah beriman) atau contoh lain Abdullah bin Abbas r.anhuma dll.
"Haa...tok wan...ayah nak pi Madinah dah, berhijrah" kata Asma'
"Ya ka? Oooiii, banyaknya dia bawak, habih semua ka? Dia tinggai duit tak kat hangpa semua?"
Anak2 Abu Bakar ra seperti Asma, Abdullah dan Aishah...semuanya beriman. Ada juga sorang yang bernama Abdul Rahman yg lewat sikit masuk Islam....ada cerita depa nyaris bertarung sama sendiri masa Perang Uhud.
"Ada....tok wan tok sah dok risau lah. Ayah dah tinggai cukup utk perbelanjaan kami." kata Asma'.
Sebenarnya Abu Bakar bawak semua duit dia. Dia berharap Asma' sebagai kakak sulung (yg pada masa tu dah kahwin dengan Zubair al-Awwam dan mengandung anak sulung depa Abdullah bin Zubair) utk menjaga keluarga.
"Betoi ka ni ?....mai aku tengok, banyak mana ada lagi?" kata Abu Quhafah.
Abu Quhafah masa tu dah sangat tua...mata pun dah rabun.
Jadi Asma' pun pi ambik beberapa ketul batu lalu letakkan di bawah sehelai kain.
"Mai sini tok wan, mai chek tunjuk kat wan. Haa....cuba pegang kat kain ni..." kata Asma.
Orang tua tu pun letak tangan atas kain tu, raba pelan2. Rasa macam ketul2 dinar.
"Ooooo...banyak rupanya ayah hang tinggai. Tak pa lah macam tu."
maka baliklah orang tua tu dengan senang hati.......
Pengajaran:
Episod ni dipetik dari Fiqh Seerah an Nabawiyyah karangan Syeikh Dr Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti.
Banyak lagi kisah dari permulaan hijrah ini yang menurut Syeikh al-Buti mengajar umat Islam supaya sentiasa mengatur strategi dan mengadakan persiapan rapi dalam usaha2 menegakkan ugama. Tak boleh main bulldoze saja.

No comments:
Post a Comment