Sambung ceriteranya...
nanti tak boleh follow.
Terpinga2 Abdullah ibn Abi Wada'ah dengan "instant marriage"nya tu. Kalau zaman kita dulu kita cakap tak "compute".
Teringat dia yg dia puasa hari tu, so dia balik rumah nak berbuka pasal dah dekat Maghrib.
On the way nak balik tu terfikir dalam kepalanya;
"Awatlah hang cari penyakit ni Dolah? Dah tau tak dak duit, gatal2 nak kawin pulak. Mana duit nak beli makan minum? Member mana nak tolong pinjam duit ni?"
Sampai rumah, selongkar dapur adala kurma dan zaitun untk berbuka.
Masuk waktu diapun berbuka. Tak dan 2-3 jamah, pintu rumahnya diketuk.
"Sapa pulak mai Maghrib2 ni?"
"Wa'alaikumussalam warahmatullah....sapa tu?"
"Aku Sai'd"
"Sai'd mana?" Tanya Dolah.
Dalam hatinya tak terlintas bahwa itu adalah pak mertua baru dia, Sai'd bin Musayyib, kerana sepanjang 20 tahun Sai'd jarang keluar rumah berjalan2 rambu-ramba melainkan untuk ke masjid Nabawi sahaja.
"Akulah...Sai'd bin Mussayib. Pak mentua hang!"
"Ehh ehh Tuan Guru rupanya."
Dalam hatinya, Abdullah ingatkan yang Sai'd mai tu nak menyatakan kesilapan dia menikahkah anak dia dengan tergesa-gesa, dan nak nego semula.
Dia ingat Sai'd nak minta dia ceraikan isteri barunya tu.
"Awat ayah mai Maghrib-maghrib ni? Awat tak panggil saya pi rumah, susah-susah saja mai.”
"Ohh no way....bahkan hang lah yang lebih layak utk dikunjungi" kata Said kepada Abdullah.
"Kalau cam tu masuklah dulu," jemput Abdullah.
"Tak payah, aku mai sat saja, aku ada hal sikit nak settle.”
Abdullah dah prepare for the worst. Dia akan terima dengan redha apa yang Tuan Guru akan minta.
"Apa halnya tu ya Syeikh?"
Kata Sai'd, "Ni, siang tadi dengan menurut syariat Allah, aku dah nikahkan puteri aku dengan hang.
Lepas tu aku balik rumah aku tengok anak perempuan aku, aku terfikir...."This cannot be!"
"Apa maksud Syeikh "This cannot be" tu?"
"Iyelah...anak aku bini hang, hang suami anak aku....macamana bini hang dok rumah aku, hang pulak dok sorang2 sini. Aku cakap tak boleh jadi ni. So,aku bawalah dia mai sini."
"Ye ke...jadi Syeikh dah bawa dia ke sini?"
"Yelah. Apa kau tak caye? "
Abdullah pun jengok2lah belakang Sa'id. Rupa2nya memang ada anak Tuan Guru dibelakangnya. Tunduk2 malu.
Abdullah nampak matanya saja, pasal dia menutup mukanya.
Tapi jeling2 jugaklah.
"Wahai puteriku. Masuklah ke rumah suamimu dengan nama Allah dan berkatNya", kata Sai'd kepada anaknya.
Puterinya yang masih tunduk malu tu, melangkah masuk ke rumah Abdullah.
Kerana dok tunduk sangat, kakinya terpijak gaunnya sendiri dan hampir terjatuh.
Apa Abdullah husband macho ni buat bila dia tengok isteri barunya nak terjatuh?
Dia tak buat apa2!! Hampeh!
Sebenarnya, Abdullah pun gabra jugak. Maklumlah hari tu many things happened so fast. Dia tak pegang bini dia tu. Yang dia nampak pinggan kurma dan zaitun dia yang dia buat berbuka tadi.
Pasai apa? Pasai dia takut isteri dia risau tengok husband dia ni orang miskin. Buka puasa dgn kurma dan zaitun 2-3 biji je. Lalu dia tolak-tolakkan (orang Kedah cakap "kaeh") pinggan tu jauh dari lampu supaya isteri dia tak nampak.
Nasib baik bini dia tak tersembam depan pintu rumah dia. Sempat juga capai bingkai pintu.
Sai'd pun minta diri dan tinggallah Abdullah dengan isteri nya ni berdua...masing2 jeling hang, jeling aku.
Isterinya masih belum buka penutup mukanya...jadi Abdullah belum tahu camna rupanya isteri baru dia ni.
Tiba2 mamat macho ni teringat something....
"Ya Allah...aku tak habag kat mak aku lagi!"
Baguih punya anak. Dalam keadaan berdua2an dengan isteri baru, masih teringat ibunya.
Bersambung ke Part 4....final lah.
No comments:
Post a Comment