10 December 2010

Who is Yahya Sharaf?



Assalamu'alaikum,

Aku nak cerita the significance of today, 800 years Hijriyyah ago.
Hari ini 14 Muharram 1432 Hijrah.

Pada pertengahan Muharram 631 Hijrah (actually 801 tahun dahulu) lahirlah sebutir bintang yang bergemerlapan dalam dunia Islam yang masih terang menyinari sehingga ke hari ini.

Bintang itu bernama Yahya bin Sharaf.

Kalau disebut nama itu tidak ramai yang akan mengenalinya.
Tapi, kalau disebut Imam Nawawi pula, maka tidak ramailah yang TIDAK mengenalinya.

Nama penuhnya yg disebut2 manusia ialah Abu Zakariyya Muhyiddin Yahya bin Sharaf an-Nawawi (rahimallahu ta'ala).

Panjangnya......

Macam kat Malaysia agaknya.
Nama dalam sijil lahir Musa bin Ismail.
Akhirnya bila dah jadi orang besor2, mungkin nama rasminya,

Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr Professor Haji Musa bin Datuk Haji Ismail.....
....agaknyalah.

Balik ke Imam an-Nawawi ini.

Muhyiddin tu gelarannya.....
Muhyi tu maknanya "Yang Menghidupkan" - root wordnya haya...
orang Melayu kata hayat....kehidupan.

Salah satu nama Allah dalam Asma ul Husna ialah Al-Muhyi (Yang Maha Menghidupkan)
Ad-Din tu "ugama".
jadi bila combine dua-dua.....jadilah Muhyiddin.

bukan jadi Timbalan Perdana Menteri,
tapi maknanya Orang yang Menghidupkan Agama......
ini ialah kerana jasa2nya yang amat besar dalam menghidupkan ilmu Islam.

An-Nawawi tu sebab dia berasal dari sebuah kampung bernama Nawa, tidak jauh dari Damsyik , Syria. Nawa ni dekat Bukit Golan (sekarang ni direbut Syria dan Israel)
Oleh itu dia dipanggil An_Nawawi, maksudnya orang dari Nawa.

Nickname macam ini adalah biasa kita dengar dihujung nama ulama2,
Imam Bukhari berasal dari Bukhara, Uzbekistan
Imam Qurtubi berasal dari Cordoba, Spain
Imam Ibn Hajar Al-Asqalani dari Asqalan (Ashkelon), Israel
....dan lain-lain

Kita pun boleh apply jugak utk nama kita.
Kalau asal dari Lunas, jadilah Badrul Hisham al Lunasi.

Kalau Abdul Rahman berasal dari Pajak Song, Kepala Batas, jadilah Abdul Rahman al Pajaksonji (Bahasa Arab tak de huruf G)

Bahasa Arab juga tak de huruf P....any word yg ada P akan ditukar dengan B (Ba)......
Jadi kalaulah Zainal  mai dari Perak, jadilah Zainal al Beraki (tak sedap dengor yg tu),

Lagi merapu kalau dia orang Kuala Kangsar...jadilah jadilah Zainal Fitri al-Kuali al Beraki.

Nasib baik orang Melayu pandai sikit, tukar P jadi F (fa).....Perak jadilah Ferak.
Zainal al Kuali al Feraki glemer sikit bunyinya.

Untuk kawan aku Mahyuddin dari Langgar, lagi sedap namanya.
Muhammad Mahyuddin al-Langgarlari.....
Langgar lari pulak....melawak saja tu....
al Lanjari sebetulnya.

Anyway,
Kat Kedah ada satu kampung nama Nawa juga, dekat Pokok Sena, lebih kurang 15km dari Alor Setar.

So, sapa2 yang berasal dari situ, bolehlah pakai gelaran an-Nawawi juga.

Back to our subject of interest, Abu Zakariyya tu mai nama pulak?

Inilah yang dinamakan Kunniyah....lebih kurang family name lah...tapi lebih tepat dalam Englishnya ialah patronym, iaitu menyandarkan nama pada sesuatu yang familiar.

Selalunya orang Arab akan ambil kunniyahnya dari anak sulung....misalnya Nabi Muhammad saw, dipanggil Abu al Qasim, kerana baginda saw mempunyai seorang anak bernama Qasim.

Bapa saudara Nabi saw, Abu Talib mempunyai anak yang bernama Talib.
Tapi Imam an Nawawi tak pernah kahwin. Dia hidup membujang seumur hidupnya.
Sudah tentunya tak ada anak.

Macamana kuniyyahnya Abu Zakariyya?
Zakariyya tu anak angkat dia ka?
Ataupun dia sayangkan binatang?
Macam Abu Hurairah (bapa kucing) atau Abu Bakar (bapa unta)?

Idak pastilah pulak...tapi orang2 Arab ni, sapa2 nama Yahya akan diberi gelaran Abu Zakariyya. Ustaz cakap ini mungkin berasal dari menyangkutkan nama Nabi Zakaria dan anaknya Yahya a.s.

Habis pasal nama dia....jadi bolehlah kita reka nama kita sendiri mengikut kaedah tersebut.

Wallahu'alam.

1 comment:

ilm said...

Terlebih lawak ye...anyway thanx sbb bynk menulis yg bagus2 n bermanfaat. Lg pun tulis ikut loghat tompek den.
.
.