Lebai Kopiah Senget sedang berborak2 dengan Haji Serban Longgar
Lebai : Haji! Hang tau tak ada berapa solat fardu sehari semalam?
Haji : Ait, pelik soalan tu, macam trick question saja.....lima waktulah. Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.
Lebai : Okay....antara lima2 waktu solat tu, yang mana boleh jamak?
Haji : Hang ingat aku tak mengaji ka? Tu pun kacang jugak....kita boleh jamak Zohor dengan Asar, dan Maghrib dengan Isyak.
Lebai: Lagi?!
Haji : Tu sajalah. Mana boleh jamak macam lain.
Lebai: Tu lah hang mengaji tak habis...Ustaz baru ajag yang kita boleh jamak Isyak dan Subuh.
Haji : Heh!!? Hang biag betoi.....kitab mana ustaz baca? Mana ada macam tu.
Lebai: Hang tak percaya? Tak apa....Jom kita pi jumpak ustaz. Biag hang dengag sendiri.
Haji : Jom!
Lalu depa pi tanya Ustaz.
Lebai &Haji : Assalamualaikum ustaz!
Ustaz : Wa'alaikumussalam warahmatullah. Ooo...Lebai dan Haji rupanya! Awat mai ni?
Lebai : Saja nak minta Ustaz terangkan kat Haji ni pasal yg ustaz bagi kuliah semalam.
Ustaz : Ya ka? Apa dia tu?
Lebai : Saya habag kat dia pasai solat jamak yang ustaz ajag tu. Tapi dia tak percaya.
Ustaz : Solat jamak apa yang dia tak percaya?
Lebai : Yang tu.....yang ustaz kata kita boleh jamak antara Isyak dengan Subuh.....
Ustaz : Isyak dengan Subuh?? Laaaa.....saya bukan kata boleh jamak antara Isyak dengan Subuh.....
Lebai : Dah tu?
Ustaz : Saya kata, boleh JIMAK antara Isyak dan Subuh!!
Lebai & Haji : Oooooooooo..........
Sekian. Semoga terhibur sambil mendapat ilmu. Maaf kalau melanggar syarat2 sah Lembaga Penapisan.
ps;
Sebenarnya pengajaran dari cerita ini ialah, jangan tidur masa ustaz sedang bagi Kuliah. Lain yang cerita lain yang dengar.
Contohnya Ustaz kata pi rujuk Kitab Minhajul Tholibin karya Imam Nawawi , kita dok ingat dia kata Minhajul Abidin karya Imam Ghazali. |
No comments:
Post a Comment