14 October 2010

Imam Malik r.h. _ Disengat Kala Jengking


Beberapa cerita mengenai kecintaan Imam Malik rh kepada hadis2 Nabi saw, moga2 kita dapat ambil pengajaran.

1. Apabila Imam Malik dikunjungi oleh orang ramai yang akan bertanyakan permasalahan agama kepadanya.
Jikalau soalan yang ditanya itu mengenai perkara2 feqah, dia akan menjawabnya serta merta.

Jikalau soalan itu berkenaan hadis Nabi saw, dia akan minta excuse dulu, dia akan mengenakan pakaian yang elok dan baik2, serta memakai bau2an sebagai menghormati hadis yang akan dibacanya itu. Dah siap semua, barulah dia mulakan membaca.

Imam Malik ni memang terkenal sebagai seorang ulamak yang sentiasa berpakaian kemas dan segak.

2. Pernah suatu ketika, Imam Malik sedang membacakan Hadis2 Nabi saw, tiba-tiba anak2 murid yang berada di kelilingnya melihat dia berpeluh2 dan menghadapi kesukaran untuk menyampaikan hadis tersebut. Tetapi Imam Malik terus juga membacakan sehingga habis walaupun dalam keadaan bersusah payah.

Apabila beliau habis membaca, dengan segera dia membuka bajunya. Maka dilihat oleh anak2 muridnya, badan Imam Malik lebam2. Rupa-rupanya ketika ia sedang membaca, seekor kala jengking telah masuk ke dalam bajunya dan menyengatnya.

Lalu ditanya oleh anak muridnya "Kenapa tuan guru tidak berhenti dan mengeluarkan kala jengking itu terlebih dahulu?"

Lalu dijawab oleh Imam Malik, " Tidaklah patut aku berhenti sebelum aku habis membaca hadis2 Nabi saw kekasihku semata2 hendak menyelamatkan diriku."

3. Apabila hampir tiba Ramadan, Imam Malik akan menutup kitab hadisnya dengan kain yang baik2 dan berkata kepada kitab tersebut, " Aku minta maaf kerana terpaksa meninggalkan membacamu sepanjang Ramadan, kerana Nabi saw telah menggalakkan umatnya membaca al_Quran pada bulan itu."

Begitulah cerita2 yang dengar dari ustaz2. Berkenaan perkataan Imam Malik itu, begitulah lebih kurang bunyinya.


No comments: