24 October 2010

Abu Bakar as-Siddiq r.a._Part 3_Wanita Kahwin 4 Lelaki


Here are some facts that will make your head spins.....
Ingat tak Zubair bin Al-Awwam ra dalam penghijrahan Nabi SAW?

Kalau tak ingat, boleh pegi ke cerita Abu Bakar Part 1- Bapa Unta.

Dah baca? Dapat idea kan?

Zubair tu kan ke menantu Abu Bakar as-Siddiq ra....pasai dia suami Asma' bt Abu Bakar r.anha?

Sapa dia pulak bapa Zubair yg bernama al-Awwam tu?
Nama penuh dia Al-Awwam bin Khuwailid?

Khuwailid?

Bukankah isteri Nabi nama Khadijah bt Khuwailid?
There you have it.

Khadijah adalah kakak Al-Awwam......dan mak saudara Zubair!

21 October 2010

Abu Bakar as-Siddiq_Part 2_Bebaskan Bilal


Persahabatan Abu Bakar dan Bilal r.anhuma bermula sejak peristiwa Bilal disiksa ketika keIslamannya diketahui oleh tuannya.

Cerita tu dah masyhur...kita pun dah dengar dari zaman sekolah lagi.

Bilal ditangkap oleh tuan dia, di letakkan batu di atas dada dan dia hanya mengucapkan "Ahad. Ahad. Ahad" maknanya Tuhan itu yakni Allah, satu sahaja .

Lepas tu lehernya diikat dan dia diheret keliling Mekah....
Sapa2 yang dah sampai Mekah tahulah keadaannya....mana ada rumput baldu di sana.
Batu2 keras semuanya.

Abu Bakar r.a. kebetulan lalu di kawasan Umayyah bin Khalaf dan geng2 dia dok siksa Bilal.

Depa pun dah hampir give up masa tu pasal bermacam2 siksa dah ditry, pujuk rayu pun dah try, tidak juga mengubah pendirian Bilal terhadap ugama barunya.
Abu Bakar lalu menawarkan utk membeli Bilal.

Ini merupakan peluang baik bagi Umayyah pasal daripada tak dapat apa2 langsung, dia akan dapat duit hasil jualan Bilal, tapi dia dok harap Abu Bakar tak nampak la dia dah desperate.

18 October 2010

Abu Bakar as-Siddiq r.a._Part 1_Bapa Unta

Kita pun biasa dengar mengenai seorang sahabat Rasulullah saw yg sangat masyhur dan juga perawi hadis yg paling banyak iaitu Abu Hurairah ra. 

Nama dia pun kita tahu diambil daripada gelaran yang Nabi saw bagi kat dia kerana dia sukakan anak kucing.

Abu Hurairah tu maknanya bapa kepada anak kucing.



Tapi tak ramai yang tahu yang sorang lagi sahabat Nabi saw yang lagi terkenal nama dia pun adalah gelaran kerana dia sayangkan binatang.

Sapa dia?

Tak tau? 


Sapa lagi kalau bukan Abu Bakar as-Siddiq ra. 
Sebab tu subjek cerita ni Abu Bakar as-Siddiq.

Nama sebenar Abu Bakar as-Siddiq ada beberapa…tapi yang official ialah Abdullah bin Abi Quhafah.


14 October 2010

Imam Malik r.h. _ Disengat Kala Jengking


Beberapa cerita mengenai kecintaan Imam Malik rh kepada hadis2 Nabi saw, moga2 kita dapat ambil pengajaran.

1. Apabila Imam Malik dikunjungi oleh orang ramai yang akan bertanyakan permasalahan agama kepadanya.
Jikalau soalan yang ditanya itu mengenai perkara2 feqah, dia akan menjawabnya serta merta.

Jikalau soalan itu berkenaan hadis Nabi saw, dia akan minta excuse dulu, dia akan mengenakan pakaian yang elok dan baik2, serta memakai bau2an sebagai menghormati hadis yang akan dibacanya itu. Dah siap semua, barulah dia mulakan membaca.

Imam Malik ni memang terkenal sebagai seorang ulamak yang sentiasa berpakaian kemas dan segak.

08 October 2010

Cerita Haji_Final Part

Inilah penutup kepada coretan haji Ibn Jubayr.
Kalau tuan/puan dah sampai sini terus, elok baca cerita2 awal di link di bawah ni;
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
dan Part 5.

So, mai kita peghabih.


Cerita Ibn Jubayr lagi...

Pada hari (raya) Qurban (ie 10 Zulhijjah), sampailah ke Masjidil Haram 4 ekor unta yang mai bersama rombongan Amir Haji Iraq, membawa Kiswah (kelambu Ka'abah) yang baru utk menggantikan yang lama.

Ia diperbuat dari kain sutera halus berwarna hijau dan dihiasi dengan ayat Quran dari Surah ali Imran ayat 96 yang berbunyi "Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia".

Ditenun juga do'a utk khalifah2 pada kiswah tersebut. Ada jalur berwarna merah mengelilingi bahagian atas kiswah (la ni tak ada rasanya).

07 October 2010

Solat Jamak Isyak dan Subuh?


Lebai Kopiah Senget sedang berborak2 dengan Haji Serban Longgar

Lebai : Haji! Hang tau tak ada berapa solat fardu sehari semalam?

Haji : Ait, pelik soalan tu, macam trick question saja.....lima waktulah. Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.

Lebai : Okay....antara lima2 waktu solat tu, yang mana boleh jamak?

Haji : Hang ingat aku tak mengaji ka? Tu pun kacang jugak....kita boleh jamak Zohor dengan Asar, dan Maghrib dengan Isyak.

Lebai: Lagi?!

05 October 2010

Cerita Haji Part 5_Tasbih Murah


Meneruskan lagi perjalanan Haji Ibn Jubayr.

Masuk waktu Maghrib 9 Zulhijjah dan bermulanya 10 Zulhijjah (sebab hari baru Islam bermula bila masuk Maghrib), maka jema'ah haji pun packed-up dan berangkat ke Muzdalifah untuk bermalam di sana sebelum meneruskan perjalanan ke Mina.

Muzdalifah ni terletak mid-point antara Arafah dan Mina. Beberapa ketika depa sampai sana dan solat jamak Maghrib dan Isyak.

Walaupun dah malam, Muzdalifah diterangi dengan lampu2 lilin yg dibawa oleh jemaah haji. Depa pun dok situ beribadat sepanjang malam sehinggalah selepas solat subuh.

Sambil2 tu depa kutip anak2 batu utk buat melontar Jamrah di Mina nanti.