05 June 2013

Andalusia - Part 5 - M Nusair dan Atlas


Ayuh kita sambung.

Tapi, macam biasa, kalau hang teruih mai lompat sini, mesti blur sikit.
Tak tau hujung pangkai.
So, eloklah hang baca cerita dari awai dulu, supaya weatha kasi klia (cuaca terang sikit).

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

Pada episod ke 4 kita stop dengan kematian Kahina, the Queen of Berber pada tahun 702M. Manakala Florinda anak Count Julian telah dinodai Roderick pada 709M.

So, apa yang jadi dalam masa 7 tahun in between?
That's where our next character came in.

Just to add interest, ada sebuah lagu M Nasir yang bertajuk Andalusia.
Ini dia Youtube nya.


Ada la sikit2 connection lirik lagu tu dengan Sejarah Andalusia, tapi most of it hanya puisi2 kehidupan. Biasalah lagu M Nasir.

Dalam sejarah Andalusia sebenar ada satu karakter besar yang namanya seakan-akan M Nasir, iaitu M Nusair.
Nama lebih kurang sama, tapi profession jauh beza.

Siapakah M Nusair ni?

Who was he?
من هوا
¿Quién era?
அவர் யார்?
他是誰?
ким він був?

Musa adalah anak Nusair.
Buat lawak sikit.

Tapi siapa pulak Nusair ni?
Mungkin kita boleh imbas kembali suatu cerita yang lama dah aku ceritakan.
Mengenai seorang ulamak besar bernama Muhammad Ibn Sirin.

Kalau dah lupa, boleh rujuk balik di sini.
http://sukumasak.blogspot.com/2010/11/muhammad-ibn-sirin.html

The story was, in 633M, setahun setelah kewafatan Nabi saw, tentera2 Islam di bawah pimpinan the awesome general Khalid al Walid r.a. telah sampai ke wilayah2 Iraq.

Di suatu tempat bernama Ayn al Tamr, berhampiran Kufah, Khalid telah menawan sekumpulan orang-orang Nasrani (Kristian).

Dan diceritakan dua daripada tawanan tersebut seorang bernama Sirin dan seorang lagi bernama Nusair.

Ooo......begitu ceritanya.
Jadi Musa bin Nusair dan Muhammad ibn Sirin tu ada connection lah.

Sebab bapa2 depa kawan sekampung dan adalah tawanan perang Khalid bin Al Walid......gitu.

So, Khalid bawa depa balik ke Madinah.
Sirin menjadi budak suruhan Anas bin Malik ra. (khadam Nabi saw) , macam cerita Minyak NPL tu.

Manakala Nusair pula kemudiannya menjadi khadam kepada Abd Aziz bin Marwan, bapa kepada Umar bin Abd Aziz.....
Umar bin Abd Aziz pula kemudiannya menjadi idola Lim Guan Eng........ha ha begitu sekali.

Tak payah cerita panjang2 lah , nanti fenin.
Cukup setakat nak highlight the connection.

So gitulah......bila Musa bin Nusair dilahirkan sekitar 640M dia dah berada dalam suasana keluarga pemuka-pemuka Bani Umayyah.Dia diajar hal2 ketenteraan dan later on, he became a favourite soldier of the Caliph.

Itulah sedikit backgroundnya.

So berbalik kepada Kahinah Queen of Berber tadi.
Bila Kahinah tumpas pada 702M, Hassan bin Nu'man balik ke Egypt.

Ramai pulak puak Berber ambil kesempatan untuk balik juga.....
Balik ke ugama asal depa.

Memang puak bebal Berber ni.....susah nak dilentur.
Kan aku dah kata awai-awai dulu, Berber dengan Badwi lebih kurang saja keraih kepala depa.

Bagi Khalifah yang terletak nun jauh di Damsyik sana, adalah menjadi kesukaran untuk sepanjang masa meletakkan resources untuk mengawal depa.

Every time ada masalah tentera-tentera Islam kena merentas pergunungan Atlas untuk kasi sejuk sikit puak Berber ni.

This formidable mountain ranges separate the eastern part of North Africa from the Western. And large number of Berbers made their homes within this mountainous region.

Cerita dia macam Tora-Bora di Afghanistan sanalah.
US and Russian Armies took forever to fight the Mujahidin.



Cantik kan Atlas Mountains ni?

Tu yang aku kata macam adventure Lord of The Rings gitu.

You all boleh bayangkan 20-30 tahun tentera-tentera Islam dari zaman Uqbah bin Nafi' sehinggalah Hasan bin Nu'man merentas banjaran gunung-gunung bersalji untuk engage the Berbers, in their own territory.

Pi balik, pi balik.

Ditambah pulak dengan saki-baki kerajaan Byzantine yang masih lagi menyerang dari arah laut Mediterannean.

It put a strain on Damsyik.

Maka untuk kali ini, Khalifah Abdul Malik bin Marwan melantik pula Musa bin Nusair (masa tu dia dah 60 tahun ++) sebagai gabenor Afrika utara utk ajar sikit Berber yang bebal-bebal ni.

This was proven to be a masterstoke.

Unlike his predecessors, Musa used different administration policies.
Rather than
menjadikan wilayah Berbers seperti bandar ketenteraan , dia mengunakan diplomasi dalam corak pentadbirannya.

The Berbers were allowed to retain their cultural identities and traditions, while practising Islam.

Strateginya menjadi, dan dengan itu, Berber akhirnya menjadi orang Islam yang hebat.
Dan sejak itulah wilayah Afrika utara (collectively known in Arabic as Ifriqiyya), menjadi stabil dan kuat.

Tentera-tentera Islam Berber inilah yang dimaksudkan oleh Count Julian sebagai helang-helang Afrika yang terbaik,

So it came to the fateful day in 709M, dek kerana maruah anaknya yang tercalar, Count Julian menelan ayag liognya sendiri mengadap musuhnya Musa bin Nusayr dengan satu hajat besar.

"So, what brings you here Ulyan?" said Musa. Ulyan ni bahasa Arab untuk Julian.
Of course Musa cakap bahasa Arab le...

Later on we will see that after Islam reached Europe, mat-mat salleh pakat berebut belajar Bahasa Arab dan tukar nama style Arab although they were not Muslims, coz Arab was the in thing.

Macam hari ni lah, kita pakat Englishkan nama kalau boleh....Kathijah is Cathy, Bukhari is Bob, Razak becomes Jack etc etc etc. Ada stylo gitu.
And Arabs are terrorists.

So berceritalah Julian hajatnya dan apa yang ada dalam kepalanya.
Dari sejarah keluarga King Witiza sehinggalah kisah anak dara dia tu,
Juga keadaan rakyat di Andalus yang susah kerana kekejaman Roderick.

He was willing to help the Muslims to fight Roderick, provide logistics supports and do the intel.

"Takkan macam tu saja? Aku rasa macam hang nak something saja.." tanya Musa.

Memang ada. In return, Julian nak dianugerahkan sebahagian dari tanah di Andalus untuk dia dan keluarganya.

Musa dengar dulu kerana dia memerlukan green light Khalifah dari Damsyik.

Bersambung....

Wallahu'alam.

No comments: