22 May 2013

Andalusia : Aragorn, Theodomir and The Return of The King



Sudah lama Roderic memerhatikan anak dara Julian tu, gadis comel dari Cueta.
Si comel itu membesar di istana Roderic untuk mendapat didikan tatasusila seorang bangsawan.

Tapi Roderic yang diamanahkan untuk menjaga anak Julian itu akhirnya menjadi bapa haruan.

Apa yang terjadi ketika gadis itu sedang mandi, you all bayangkan lah sendiri.
Tapi jangan bayang banyak-banyak sangat, nanti berdosa.
Cukuplah sekadar untuk membuat kesimpulan bahawa sejarah dunia berubah dengan dahsyat sekali akibat peristiwa itu.

Cerita apa ni?
Tajuk macam Lord of the Rings.

Bukanlah......Walaupun lebih kurang macam box-office hits tu, tapi cerita ini adalah cerita benar.
Kerana ini adalah titik pertembungan antara tamadun Islam dan tamadun Kristian Eropah.

Ceritanya panjang, melangkau padang pasir yang panas membara, ke lautan yang bergelora, sehinggalah ke banjaran gunung bersalji.... macam pengembaraan Hobbits lebih kurang gitu.

It had all :  love, lust, power struggle, treachery, racial issues, Islam/Christianity polemics, cronyism, nepotism, peasants and princes, lompat parti pun ada dan lain-lain.

So lebih kurang macam politik Malaysia lah, tanpa video kabur dan lembu-lembu.

Kita tengok nanti sejauh mana aku larat cerita.
Dan setakat mana you all larat nak dengar.

----------------------------------------------------------------------------

709 Masihi. Bersamaan 90 Hijrah,

King Roderic memerintah kerajaan Visigoth di semenanjung Iberia, (sekarang dah jadi Sepanyol dan Portugal).

Menurut sejarah dia mendapat takhta kerajaan dengan tidak sah.
Bukan dengan blackout atau bantuan Bangla sebagaimana legenda popular di sesetengah negara, tetapi dia telah merampas kuasa untuk menjadi raja Visigoth setelah kematian raja sebelumnya iaitu King Wittiza.

Little did Roderic knew he would be the last King of Goths.

The late King Wittiza ni pula, ialah bapa mertua Count Julian.
So sejak hari tu, Julian berbulu je dengan Roderic ni.

Tapi Julian masih juga hantar anak pompuan dia ke istana untuk mendalami kehidupan orang-orang bangsawan.

Ini ialah kerana sudah menjadi tradisi, golongan elit bangsawan akan menghantar anak-anak dara depa ke istana raja di Toledo untuk mempelajari tatasusila (etiquette) orang-orang besar dan seterusnya kalau ada jodoh akan dikahwinkan dengan kerabat kerabat raja di sana.

So by doing that, they retained the noble lineage.

Cueta pula adalah sebuah wilayah kecil di utara Afrika.
At the north-western most (if there is such word) tip of Africa.

Hanya sebuah selat sempit yang masih belum bernama lagi memisahkan Cueta dari benua Eropah. Iberia boleh nampak dengan jelas dari Cueta .


Hari ini Cueta adalah wilayah autonomi Sepanyol, walaupun berada di seberang, bersempadan dengan Maghribi (Morocco).

http://en.wikipedia.org/wiki/Ceuta

Bacalah latarbelakang Cueta tu kat link di atas, tapi ada banyak spoilers, kerana ia menyebutkan banyak perkara yang akan aku ceritakan nanti.

Anyway....
Maka setelah terjadi peristiwa hitam yang tak payah kita ulang lagi tu, Roderic rasa menyesal dan resah gelisah.

Namun begitu, terlajak perahu boleh diundur, terlajak memperkosa anak orang, buruk padahnya. Maka Roderic pun tak boleh buat apa-apa lagi melainkan menunggu apakah yang akan datang dari seberang.

Gerombolan tentera ka, santau angin ka, atau apa2 saja.
Dia akan terpaksa menghadapinya

Sampai hari ni jugalah, kes2 seksual, samada benar atau sebaliknya boleh menjatuhkan pemimpin maupun kerajaan.

So, itulah trailer cerita kita.
Action bermula pada bab seterusnya.


Wallahu'alam.

Bahagian kedua : Andalusia Part 2 : Barca dan Zinaden Zidane

No comments: