This is a story of unrequited love, of a woman scorned.....etc, etc etc.
Banyak cliche nya.
Background cerita ni, mengingatkan aku mengenai Cowboy movie, Unforgiven, starring Clint Eastwood, Morgan Freeman and Gene Hackman.
Lama dah tengok ....20 tahun dulu.
Ia mengenai a retired gunslinger, who reluctantly saddled-up for one last hurrah to save a few ladies of the streets.
Prostitutes la...pelacur dalam bahasa kita.
Ingat kan......?
So cerita aku ni pun ada sikit2 unsur tu, ada hero with a cause, ada penyangak, ada pelacur. Walaupun backdrop dia berubah dari Colorado, ke Mekah al Mukarramah about 1400 years ago.
Ia dipetik dan dialih ke bahasa Kedah sempoi dari beberapa tafsir al Quran, dan hadis sahih riwayat Tirmizi dan an Nasa'i.
Jom.
-----------------------------------------------------------------------------------
Darkness enveloped Makkah.
It was full moon that night.
The "package" secured, he decided to stay a little bit longer before making his move.
Leaning against a wall, he did not realize his silhouette attracted a pair of eyes.
"Marsad....?" a voice called out to him.
He was immediately alarmed.
Nobody was supposed to know his presence in this town.
"Marsad...!" it's a female voice, " You ker tu?" or in English , "Is it you?"
Ooo...Clint Eastwood kita tu namanya Marsad.
Siapa dia Marsad ni?
Marsad bin Abi Marsad r.anhuma adalah seorang pemuda dari kalangan sahabat Nabi saw.
Semasa remajanya sebelum Islam, dia ni kaki hora jugalah.
Hora ni dalam bahasa Kedah, kaki enjoylah, macam2 buat.
Enjoy sana sini.
Berpacaran, ada girlfriend.
Ringan-ringan ada, berat-berat pun ada.
Tapi bila Islam datang dibawa oleh Nabi saw, dia menerima hidayah dan menjadi seorang pemuda yang tinggi imannya.
Dia tinggai semua aktiviti2 black metal dia.
Bila Nabi saw berhijrah ke Madinah, dia pun ikut sama.
Hostilities broke out between Muslims in Madinah and the Mushrikin of Makkah.
Some Muslims were captured and taken to Mekkah as prisoners.
Marsad bin Abi Marsad then, had been given a special task.
His job was to "extract packages" from Makkah and deliver to Madinah safely.
Packages tu tahanan-tahanan lah.
So, dia akan pi Makkah, get the POWs dan seludup keluar.
Lebih kurang macam SAS la kot.
So, tonight, dia dah dapat identify package dia, dan merancang2 untuk balik ke Madinah.
Tak disangka ada yang mengenalinya.
" Marsad, I lah ni...you tak ingat ke?" suara itu mendekatinya.
The memory slowly came to him, " 'Anaaq?!"
" Ye lah. 'Anaaq ni. You ingat I lagi...." gembira wanita itu.
Rupa2nya 'Anaaq adalah ex-girlfriend dia dulu. Old flame lah.
They had great times, but both went separate ways after Marsad memeluk Islam.
'Anaaq had become a lady of the streets.
Entertaining travelers.
Marsad and 'Anaaq fell into conversation.
Maklumlah dah lama tak jumpa.
"Apa you buat kat sini?"
Marsad pun ceritalah kerja dia.
'Anaaq hanya mendengar.
Maybe she had heard all from the men she used to entertain.
After a while she said, " Marsad, I betul2 missed you. Why don't you stay with me tonight? Macam dulu-dulu..."
Marsad dah tak syok, " Ehh......tak boleh. I dah Muslim. I tak boleh bersama dengan perempuan ajnabi. Dengan isteri bolehlah."
'Anaaq menjawab, "Kalau cam tu, jom kita kahwin."
Wah, macam tu sekali. Memang old flame berapi ni.
Jawab Marsad, " O, not like that. I kena tanya Rasulullah saw dulu."
"Tak kan tu pun nak kena tanya Muhammad." ujar Anaaq, "Alaaaa....jomlah. Malam ni je. It will be fun."
"You tak faham ke? I cakap tak boleh, tak bolehlah. Biar I tanya Rasulullah dulu." dan Marsad pun beredar meninggalkan 'Anaaq.
"Marsad..! Jangan tinggalkan I," jerit 'Anaaq.
Marsad tidak mengendahkan panggilan 'Anaaq. Dia terus belah.
'Anaaq pula, her advances spurned, dah naik angin.
"Oooiii orang kampung! " jerit Anaaq, "Mai lekaih. Ada orang curi tahanan hangpa semua."
Dia dah pecah tempayan.
Pemuda2 Makkah yang dengar jeritan 'Anaaq tu pun pakat berhimpun.
"Mana dia? Mana dia?" 'Anaaq pun tunjuk kat Marsad.
Lapan orang pi cekau dia,
Dusyum!! dua tiga kali.
Marsad ni kuat orangnya. Dia dapat melepaskan diri.
Dia tak balas balik, dia cabut.
He got other important things to do, rather than picking fights with the local rednecks.
Pemuda2 tu pun ligan dia.
Dia lari panjat bukit Khandaman.
Depa ligan terus.
Dia terjumpa sebuah gua, terus lompat masuk.
Dan dia terus menyorok.
Mamat2 gangster tadi sampai seketika kemudian.
Depa nampak macam dia menyorok2 di situ.
Tapi dok cari2, tak jumpa.
Lama juga depa cari. Round kawasan gua tu.
Tapi, Allah telah melindungi Marsad.
"Oi, hang nak pi mana tu?" tanya salah seorang gangster tu pada kawan dia.
"Aku nak terkencing lah." jawab mamat tu. "Hangpa tunggu na? Jangan tinggai aku."
"Ok ok ok...cepat lah sikit. Penat ni. Hang lambat kami tinggai."
Dia pun pi cari tempat gelap sikit tepi pintu gua tu.
Dan pancut.
Nak jadi cerita, Marsad dok menyorok bawah batu tu.
Dia tak bunyi apa2lah.
Hanya terima saja "hadiah" gangster tu.
Kalau tak dak orang lain, agaknya dia dah pediah kot mamat tu.
"Ha! Dah habih? Jom lekaih kita balik. Biag pi lah kat dia." kata ketua gengster.
So, depa pun baliklah ke kampung.
Setelah tengok keadaaan dah agak selamat, Marsad pun keluar dari tempat persembunyiannya.
Dia pun turun bukit, dan bergerak semula ke Mekah.
Sebab "package" dia belum collect lagi.
Dia jumpa POW dia.
Kaki tangan masih dirantai.
Oleh kerana mamat tu tak boleh jalan, Marsad pun usunglah kawan tu.
Kebetulan pula kali ni "package" oversized.
Beratlah.
Tapi dia bawa juga kerana itu tugas dia.
Dia pun usung sampai jauh sikit, dan dia letak mamat tu.
Depa sama2 buka rantai yang mengikat kaki dan tangan sahabat "besar" tu.
Legalah sikit. Kalau tak kena usung sampai Madinah!
Setelah berjalan sekian lama, sampailah mereka dengan selamat ke Madinah.
Marsad tak ada tujuan lain. Sebaik saja membersihkan diri, dia pun berjumpa Rasul saw.
Dia menceritakan episod dia dengan 'Anaaq, dan bertanya samada bolehkah dia mengahwini bekas kekasihnya itu.
Sebab memang dia janji dengan 'Anaaq yang dia nak tanya Rasulullah saw.
Rasul saw tidak menjawab on the spot kerana belum ada precedent.
Allah swt kemudiannya menurunkan ayat 3 dari surah An Nur untuk menjawab persoalan Marsad itu.
" Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman."
Maka dengan itu, terjawablah soalan Marsad dan dia pun tidaklah berkawin dengan Anaaq.
Begitulah sedikit cerita untuk hari ini.
Ia menggambarkan betapa para sahabat, walaupun dulunya kaki hora, been-there-done-that kind of people, bila dah mendapat cahaya keimanan, depa buang semua tabi'at lama jahiliyyah mereka, depa Taat Allah dan Taat Rasul, dengan tidak berbelah bahagi.
Kalau ada apa2 yang depa tak sure, depa tak ghodong saja buat, tapi rujuk kepada apa yang Rasul saw kata.
Semoga mendapat sedikit pengajaran.
Wallahu'alam.
|
No comments:
Post a Comment