24 May 2013

Andalusia : Part 3 - Surat Puaka dan Helang Perkasa


Mai kita sambung lagi cerita sejarah yang mungkin ada dicedok ke dalam cerita Lord of The Ring ni.

Dalam rekod sejarah mengenai Andalusia, terdapat dua versi, samada tulisan sejarahwan Islam ataupun Kristian (European).

So ada discrepancies dan variations bergantung kepada dari mana sumber datang.
Maklumlah, masing2 nak penaik pihak masing2.

Samalah juga seperti PRU13 kita.
Ada yang kata blackout, ada yang kata tidak.
Ada yang mengaku menang pasai dapat kerusi lebih, ada yang kata tak aci pasai dia lebih undi popular.

In any case, dalam menyusun cerita2 ni, aku masukkan part yang kebanyakan historians bersepakat dan setuju. Jumhur ulamak kedua2 belah pihak gitu.

Of course terdapat sebilangan kecil yang umpamanya menafikan punca pertembungan adalah akibat kisah malang anak gadis Julian tu....tapi itu pegangan minoritilah.

So on we go with the next instalment...apa yang jadi selepas kejadian malang kepada anak Julian tu.

Sebelum tu nak habag mai, di Metropolitan Museum of Art New York ada suatu painting era 1800 yang memaparkan saat2 King Rod tergoda dengan kecantikan anak Julian tu.

Aku tak boleh tunjuk kat sini, sebab tak syariah compliant....... he he.

Dalam bahagian ini aku nak cedok dari sebuah buku bertajuk The Old Court Life in Spain.
Aku extract cerita dari situ, dengan diberi nafas Khatulistiwa.

Ia sebuah buku lama yang dikarang sekitar 1880 oleh seorang penulis wanita Inggeris yang terkenal.
Namanya Frances Minto Elliot. Dia dan Charles Dicken, the great writer, sezaman dan pernah berkawan.

Jom kita sambung.

Macam biasa, kalau hangpa mai direct ke sini, mungkin blur, so eloklah baca dulu;
Part 1 dan Part 2.

------------------------------------------------------------------------------

Satu hari yang tenang dan indah di pinggir Mediterannean.
Angin laut bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Desiran ombak menderu memecah pantai.

Tenang sekali.....dan kasi mengantuk gitu.
Kedengaran sayup2, lagu La Isla Bonita dendangan Madonna.

Tropical the island breeze
All of nature wild and free
This is where I long to be
La isla bonita.......

Aku tambah saja tu......untuk prepare the mood.

So dalam suasana kedamaian itu, Count Julian sedang berehat2.

Kederup kederup kederup...kedengaran bunyi tapak kuda.

Seorang utusan dari seberang selat tiba.
Dia baru sampai dengan kapal dari Hispania.

Hispania, Iberia, Andalus tu, actually the same name for the same piece of land.

"Ada apa berita dari King Roderic?" tanya Julian.

"Tak ada tuan besar. Tapi ada sepucuk surat dari Florinda." jawab utusan.

"Florinda? Apa ke he nya anak dara aku ni? Tak pernah2 tulis surat. Bak mai sini."

Ooo...nama anak dara Julian tu Florinda.
Tak pernah dia mengirim berita sejak dihantar ke istana Roderic.

Julian membaca satu persatu ayat yang dikarang oleh anak gadis comelnya itu.
Isi kandungannya sungguh mengejutkan.

"Ayahanda....chek saja nak habag, chek tak berapa sedap badan kebelakangan ni.
Chek asyik muntah2 saja. "

Julian dah berpeluh dahi. Dia sambung baca.

"Ayahanda, mola2 chek saja tak nak habag....takut ayahanda marah. Tapi chek dok pikiag, kalau tak habag, chek jugak yang susah nanti."

Julian yang sedang duduk tadi, perlahan-perlahan baring.

"Ayahanda jangan marah na, chek nak habag ni.
Sebenagnya Tuanku Roderic telah menodai kesucian chek....
Masa tu chek tengah mandi, chek tak boleh buat apa2.
La ni, chek rasa chek dah berbadan dua.
Ayahanda jangan marah na....."

Adoi mak. Naik gelap dunia Julian.

Dia terus penghonyok surat tu dan tauk, "Tak guna punya raja!! Ini balasan hang kat aku Roderic? Aku hantag anak aku, suruh hang jaga dia elok2. Hang perosak dia! Aku lebih rela mati jadi hamba abdi, asalkan aku ambil nyawa hang."

Carilah apa makna peghonyok dan tauk tu dalam Glosari Bahasa Kedah.

Marah sungguh si ayah.

Dia pun mengerahkan panglima2 dia, dan depa pun berangkat ke Toledo on the next ship leaving Cueta.
Tapi dia tidak berniat nak bunuh Roderic lagi...he had a more sinister plan in mind.

Sesampai di istana dia kontrol hensem, cool saja, tidak menampakkan tanda marah atau nak mengamuk gitu. Roderic pun tak perasaan apa2, dan dia anggap Florinda pun menyimpan rahsia masalah peribadinya.

Julian disambut mesra.

"Awat mai ni? Lama tak nampak."

"Tuanku, hamba datang ke mari nak membawa Florinda pulang ke Ceuta." kata Julian.

"Haish! Pasai apa pulak ni? Tiba-tiba saja. Ada apa2 masalah ka?" Rod dah gabra sikit.
Adakah Julian sudah tahu rahsianya?

"Frandina sakit kuat. Hamba nak bawa Florinda pulang, kalau2 itu boleh menghiburkan ibunya."
Bini Julian nama Frandina.
"Oooo...begitu. Kalau begitu, beta izinkan." Jawab Rod.

"Terima kasih tuanku. Hamba beredar dahulu."

"Silakan. Moga2 Frandina bertambah sihat. " kata King Rod, "Ehh.....tunggu sebentar Julian."

"Ada apa lagi tuanku?"

"Hang tahu kan aku ni sukakan helang. Untuk memburu. Nanti tolong carikan aku helang Afrika untuk aku. Next time mai sini, hang bawalah, ok?" kata Rod.

Julian berfikir sebentar dan kemudiannya menjawab, " Tidak ada masalah tuanku. Hamba akan bawa nanti, helang2 Afrika yang paling tangkas, yang tidak pernah dilihat oleh sesiapapun lagi."

"Bagusss....baguss....!" kata Rod dengan penuh gumbira.....ala Ahmad Nesfu.

Sebenarnya, King Roderic tidak menangkap maksud tersirat Julian.
Helang yang belum pernah dilihat sesiapapun itu, ialah tentera-tentera Islam.

Maka berangkat pulanglah Julian membawa anak gadisnya yang telah dinodai itu, dengan membawa seribu dendam.

Wallahu'alam.

1 comment:

Lady Elle said...

Syok baca....harap ada sambungan