23 May 2013

Andalusia : Part 2_Mengenai Barca dan Zinadene Zidane


Mai kita sambung cerita epic ini.

Tapi lebih elok hang baca Part 1 dulu, baru ada continuity.

Sambil-sambil baca lihat peta di atas sebagai panduan supaya tak sesat jalan.

Sebagai ringkasan sejarah, Rasul SAW wafat pada tahun 10 Hijrah bersamaan 632Masihi.

9 tahun kemudian, iaitu pada tahun 641M, pada zaman Khalifah Umar al Khattab, tentera-tentera Islam di bawah pimpinan sahabat besar Amru bin al 'As r.a. telah menawan Mesir dan menjadikan Kaherah sebagai ibukota Islam.

Seterusnya, anak penakan Amru r.a, seorang lagi sahabat yang bernama Uqbah bin Nafi' r.a. meneruskan perjuangannya.

Dia menggerakkan tentera-tentera Islam ke barat.
3 tahun kemudian, pada 644M, Uqbah menawan Barca....
Bukan team bola tu.
Ia adalah sebuah kota Byzantine terletak halfway di antara Kaherah dan Tripoli....now close to Benghazi, Libya.

So, on he went, next to fall was Tripoli.
Then the city of Qayrawan in Tunisia in 665.


Mak oi! Lebih 20 tahun on the road.
Ni hangpa tak dengar lagi cerita Return of The King tu.

Masa tu, zaman Khalifah ar Rashidin dah berakhir.
Muawiyyah bin Abi Sufian menjadi Khalifah pertama Bani Umayyah dan telah berpindah ibu negara ke Damsyik.

Uqbah menjadikan Qayrawan (dalam peta di atas ditulis Kairwan), sebagai base tentera-tentera Islam untuk misi seterusnya.

Now he was facing a totally different sort of foes.
The Berbers.


Mereka ini adalah suatu kaum indigeneous yang amat kuat semangat juang, tidak kenal takut.
Lebih kurang macam orang2 Arab le. Jadi bertemu buku dengan ruas.
Sesetengah pakar bahasa mengatakan perkataan Barbarian ni berasal dari Berber gitu.

Antara orang2 berbangsa Berber yg femes ialah ibn Bathuta dan.....
Zinadene Zidane.

Mungkin itulah sebabnya pada World Cup 2006 Marco Materazzi kena tandok hari tu. Kerana dok menyakat orang Berber.



So, berhempas pulas tentera2 Islam di bawah pimpinan Uqbah bertarung dengan puak Berber.
Sedikit demi sedikit, mereka berjaya sampai ke Tangiers, a close point to Iberia, around 680AD.

Moving further westward, he reached the Atlantic coast around 683AD and found the great ocean.
So, kurang dari 50 tahun kewafatan Rasul SAW, tentera Islam bergerak dari Madinah al Munawarrah ke pantai lautan Atlantik.

Seeing he could not advance further, Uqbah dan tenteranya berpatah balik ke Qayrawan.
Dalam perjalanan mereka berpecah.Pasukan Uqbah diserang hendap dan dia syahid di medan jihad pada usia 61 tahun.

Demikianlah sedikit ringkasan bagaimana Islam sampai ke pinggir Atlantik dibawa oleh seorang sahabat Nabi saw.

Uqbah dilahirkan di Mekah pada tahun penghijrahan Rasul SAW dan meninggal 61 tahun kemudian.
Dia meninggal pula beribu-ribu batu jauhnya dari kampung halamannya dalam medan perjuangan.
Tidaklah dia sempat (atau mungkin tak teringin) nak pulang ke kampung.

Bayangkan dia mengikuti Amru al 'As ke Kaherah, probably before he was 20 years old.
Dan menghabiskan lebih 40 tahun di dalam jihadnya.

Kita pula macamana? Usia pun dah dekat 50 tahun ni.

(Kalau hangpa rasa ada sikit2 macam the adventure of The Hobbits, aku rasa JR Tolkien macam ada sikit2 ambil dari cerita2 macam ni.)

Tak masuk lagi sambungan the daughter of Julian tu.
Lain kali lah.


Bersambung ke Part 3.
Wallahu'alam.

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah Berberian mcm ZZidane tu muslim

4series

Lady Elle said...

Hihi...berjihad dlm pelbagai cara, sejak lahir sampai la ni...