Bercerita Abu Hurairah r.a. dalam sebuah hadis yang sahih.
Aku ni dari kalangan ahlu-Suffah.
( Iaitu orang2 miskin yang menetap di Madinah yang biasanya mengharapkan belas ehsan untuk makan dan minum).
Aku pernah lapag sangat sampai tidog pun kena tekan pinggang atas tanah, dan kadang2 ikat batu di perut.
Sebab tak tahan pedih kelaparan.
Tapi nak jadi cerita, satu hari aku dah tak tahan sangat dah.
So, aku cari jalan macamana agaknya nak dapat sedikit makanan buat mengalas perut.
Aku ingat cara yang paling baik ialah tunggu di laluan yang Rasul saw selalu berjalan.
Kalau dia mai, aku nak usha dia. Kot2 dia ajak makan.
Aku pikiag ada satu cara nak kona supaya dia ajak makan.
Aku pun tunggulah.
Tiba-tiba muncul Abu Bakar as Siddiq r.a.
Cantik....boleh cuba dengan dia, kalau dapat tak payah tunggu Rasul saw.
Aku pun bagi salam, "Assalamualaikum, Ya Aba Bakr."
- iklan sikit, dalam Bahasa Arab, Abu Bakr, Aba Bakr, Abi Bakr semuanya refer to the same person.
Cuma konteks penggunaan berbeza.
Jawab Abu Bakar, " Wa'alaikumussalam Warahmatulah. Oh....hang ka? Apa khabar? Buat apa dok tepi jalan ni?"
Lalu aku pun pasang jerat..."Ya Aba Bakr...hang tau tak explain pasai ayat ni?"
Dan aku pun baca sepotong ayat al Quran kepada dia.
Dia kata dia tau, lalu dia explain.
Punyala panjang.
Memang aku pun tahu ayat tu.
Saja aku tanya.
Kot2lah dia kata, "Eh...buat apa sembang2 tengah hangat ni? Jom pi rumah. Selesa sikit."
Mesti dia jamu punya.
Kalau tak ada gulai kambing pun, garlic bread pun jadilah.
Tapi dia tak makan umpan aku.
Habis jawab dia pun beredar.
Tak menjadi.
Tak pa, aku pun tunggu lagi.
Tak lama kemudian, mai pulak Umar al-Khattab.
"Assalamualaikum Ya Umar....apa khabar?"
"Wa'alaikumussalam Ya Aba Hurairah. Ana sihat. Anta?"
Aku tak jawablah aku tak berapa sedap badan.....lapag.
Obvius sangat pulak.
So, aku guna same MO macam Abu Bakar tadi.
"Ya Umar...kamu boleh explain tak pasal ayat ni?"
Umar pun sama. Tak makan umpan.
Dia explain panjang lebar, yang aku pun dah tahu, lepas tu dia chalo.
Melepas lagi.
Aku tak give up. Tunggu terus.
Maka muncullah kekasih Allah, Muhammad Rasulullah s.a.w.
Aku pun nak buka mulut bagi salam dan tanya soalan cepumas aku......
Tak dan pun.
Dia tengok saja muka aku, terus dia tegur, "Ya Aba Hirr".
Nickname akulah, Aba Hirr tu.
" Saya Rasulullah." aku jawab.
"Jom pi rumah." Rasulullah saw mempelawa.
Bagaikan bulan jatuh ke riba.
Alhamdulillah....rupa-rupanya dia dah tahu aku punya real intention.
Dia tahu aku lapar sebenarnya.
Maka aku pun apa lagi..... ikut pi ke rumah baginda.
Menanti di sana semangkuk susu.
..............................................................................................
Hadis tu panjang lagi. Ending dia, Abu Hurairah dapat minum susu tersebut dengan sepuas hati dia.
Dan dengan mukjizat Rasul saw, bukan dia sorang, kesemua ahli Suffah pun dapat minum susu yang hanya semangkuk itu.
Tapi, the main point cerita ni, bukan pasal susu tu.
Aku nak cerita betapa Rasul saw perihatin dengan masalah sahabat-sahabat baginda.
Dan dengan keperihatinan itu, baginda dapat membaca apabila sahabat2 memerlukan bantuan.
Dan baginda s.a.w. akan offer setakat apa yang baginda mampu, walaupun hanya semangkuk susu.
(Jgn salah faham kata Abu Bakar dan Umar r.anhuma, tak sensitif pulak. Itu bukan pengajaran hadis tu.)
So dari cerita tadi, mailah kita periksa diri kita.
Bagaimana sikap kita kepada sahabat2 kita.
Adakah kita perihatin dengan masalah dan keperluan sahabat2 kita yang mungkin hidup mereka tidak sesenang kita?
Atau kita sendiri tenggelam dengan kesibukan urusan harian sampai tak nampak semua itu?
Depa mungkin tak perlu banyak, cuma "semangkuk susu" itu sahaja.
Dengan "semangkuk susu" itulah mungkin akan Allah mentaqdirkan depa dapat menyara ahli keluarga.
Wallahu'alam.
|
No comments:
Post a Comment