28 December 2012

CSI_Baitulmaqdis


Before CSI Las Vegas,
before CSI NY and
way before CSI Miami.

Even earlier than Quincy ME (anybody remembers him?).

Much much earlier... make it 3000 years earlier, there was already a CSI case being investigated.

The story goes like this.
--------------------------------------------------------------------------------
Nabi Sulaiman a.s., sepertimana yang kita ketahui dikurniakan Allah dengan kelebihan untuk berkuasa ke atas jin.

So, depa ni digunakan untuk melakukan pelbagai tugas yang manusia tidak mampu buat.

Tapi as we know also, jin ni bukannya semua baik.
Yang perangai macam jin pun ramai.... he he., dah memang jin pun.

So ramailah jin ni yang kena bedai, kena balun kerana banyak main2 masa kerja.
Sampaikan depa takut dengan hukuman dari Nabi Sulaiman as.

Dijadikan cerita, di penghujung hayat baginda, Nabi Sulaiman as telah diperintahkan Allah untuk membina sebuah masjid di Baitul Maqdis.
Yang kita kenali hari ini sebagai Masjidil Aqsa. (although not in its current form)

Tugas membina masjid ini diberikan kepada puak2 jin ni lah.

Maka untuk memantau kerja2 jin ni, Nabi Sulaiman telah membina sebuah singgahsana berdinding kaca di tapak pembinaan ini.
Ini membolehkan baginda a.s. memerhatikan progress kerja dan made sure the jins pulled their weights.

Tak adalah yang tuang, curi tulang dsbnya.
Siang malam depa bekerja.

Tiap2 hari Nabi Sulaiman akan bersemayam di situ, sambil nengok jin, sambil bertafakkur.
Sampai jin-jin pun naik rimas.
Tapi nak ngelat depa tak berani.
Nanti kena sebat.

Hari2 begitulah keadaannya.

Sehinggalah pada suatu hari Nabi Sulaiman tidak meninggalkan kotak kaca tu.
Berdiri saja di sisi singgahsana tu tak bergerak2.

Jin-jin pun lagilah tension.
At least dulu, malam2 boleh lah relax sikit.
Futsal ka, merempit ka, lepak2 hisap shisha ka dll.

Sekarang no chance, pasal Nabi Sulaiman malam2 pun dia masih kat situ.

Hari berganti minggu...Nabi Sulaiman a.s. tidak juga berganjak dari tempat nya.
Tetap steady merenung jin-jin tu.

"Aduuii...payah lah macam ni." mungkin kat seekor jin."Bila dia nak masuk tidog ni?"

Disahut pula oleh seekor kawan kepada jin tu, "Eh Bob.... Hang tak perasan ka, aku tengok dia tak mengoet-ngoet dah 2-3 minggu." .

Carilah mengoet tu dalam Glosari Bahasa Kedah.

"Iyalah, aku pun perasan. Awat dia macam tu? Ntah2 dah kiok. Cer hang pi ketuk kaca tu tengok." kata Jin No. 1.

"Hang nak suruh aku mampoih ka?" Kata Jin No 2, "Kalau hang berani pi la sendiri. Kot sat lagi dia tengah bertafakkur, baru hang tau langit tu tinggi ka rendah."

"Tak berani lah aku, aku pun tak mau kena balun..." kata Jin No. 1 tu.

So, they left it at that. Pasal semua jin memang takut kat Nabi Sulaiman a.s.
Maka berterusanlah jin-jin itu bekerja siang-malam menyiapkan Masjid tersebut.

Apa yang sebenarnya berlaku ialah, Allah telah mengambil nyawa Nabi Sulaiman a.s. ketika baginda berdiri di singgahsananya itu.
Tetapi oleh kerana baginda bersandar pada tongkatnya, kelihatan seolah-olah baginda masih bertafakkur dan memerhatikan perangai jin2 tersebut.

Sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Saba ayat 14, dengan takdir Allah, anai-anai telah memakan tongkat Nabi Sulaiman itu.
Sedikit demi sedikit.

Maklumlah, dah lama tak berganjak dari tempatnya.
Sehinggalah, akhirnya, due to the significant damage done by the termites, tongkat tu pun patah dan rebahlah jasad Nabi Sulaiman a.s.

Terkejut jin2 tu!

"Laaa....dah mati rupanya. Ishhh....Awatlah kita ni bodo sangat? Orang mati pun kita takut. "

Tapi apakan daya, masjid yang dibina itu pun dah siap.
Dibina oleh jin yang takut pada perasaan depa sendiri.

Para ulamak tafsir telah membawakan pengajaran besar dari cerita ini, iaitu jin tidak dapat melihat perkara2 ghaib.
Kerana orang mati depan mata pun tak tau.

Sedangkan hari ni dunia dah terbalik.
Manusia pula takut kat jin dan takut pada orang yang dah mati.
Sampai nampak hantu sana sini.


In any case, diriwayatkan, apabila jin-jin tu mendapati Nabi Sulaiman a.s. sudah wafat, depa membuat satu eksperimen.
Depa ambik anai-anai tu dan letakkan pada sisa tongkat Nabi Sulaiman.
Kemudian depa perhatikan sebanyak mana anai-anai tu makan tongkat dalam masa sehari.

So, from the experiment, they concluded that it would take a year for the termites to reach the breaking point of the staff.
Kalah CSI Miami !!

Depa lagi lah termalu, pasal bekerja sampai setahun free-free kerana takutkan bos.

Jadi, satu pengajaran lagi di sini, jangan kerja kerana takutkan bos.
Kerja dengan ikhlas kerana takutkan Allah.
Dengan itu kerja kita lebih efisyen dan lebih berkualiti.....pahala ibadah pun dapat InsyaAllah.

Wallahu'alam.

1 comment:

Lady Elle said...

Assalamualaikum en Suku, mmg best & sempoi. Thumb up to en Suku ;).