Berceritalah seorang sahabat Rasulullah SAW yang bernama Salamah ibn Sakhr al-Bayadi r.a.
Cerita ini presumably took place one Ramadan evening in Madinah.
Kata Salamah;
"Aku ni secara jujurnya kalau nak banding dengan lelaki2 lain adalah seorang yang lemah dengan orang perempuan.....(ie senang naik syeh...if you know what I mean.)
Aku paling takut bila tibanya Ramadan kerana aku bimbang kalau2 aku terlajak dengan isteriku sampai melangkau ke pagi (ie lepas Subuh le)."
(....you all boleh stop baca artikel ni at this point kalau rasa tak sesuai dengan umur you all.)
Sambung Salamah lagi;
"Jadi aku telah psycho diri aku supaya membayangkan bini aku macam mak aku, supaya aku rasa tak berselera dengan dia...
Ini aku berjaya lakukan sampailah hampir2 hujung Ramadan.
Tetapi entah macamana pada suatu hari sedang isteri aku tu sedang melayan aku, tiba2-tiba terselak sedikit dari pakaiannya.
Apa lagi...aku pun LOMPAT lah ke atasnya...."
(aku tak tau dalam Bahasa Arabnya macamana...tapi dalam English ditulis...I JUMPED UPON HER......lebih kurang sama dengan terjemahan aku).
Hanguss......
"Bila matahari dah tinggi, aku pun pi jumpa kawan-kawan aku dan mengkhabarkan mereka akan kejadian itu"
....(sharing is caring maa....)
Aku pun kata kat depa, "Jom kita pi jumpa Rasul saw. Tengok apa dia nak kata."
Depa menjawab, " Sori lah brade....minta maaf, kalau hal terlajak ni, hang pi lah sorang-sorang."
So, aku pun pi jumpa Rasul SAW dan menceritakan dilema aku.
Rasul SAW bertanya, " Wahai Salamah....Betoi ka kamu buat macam tu?"
Aku menjawab, " Benar Ya Rasululllah.......DUA kali....."
Ishh..ishhh...isshhh......sekali terlajak tu kira ok lah. Ni sampai DUA KALI!!
"Aku pun menyerahkan kepada Rasul SAW untuk mengenakan apa2 sahaja hukuman yang patut."
Lalu kata Rasul SAW, "Merdekakan lah seorang hamba."
Aku menjawab," Ya Rasulullah....aku ada hanya sebatang tengkok ni saja...(maksudnya tak ada hambalah)."
Maka kata Rasul SAW lagi, "Jika begitu, berpuasalah dua bulan berturut-turut."
Aku berkata, "Tak kan kot.....nak posa Ramadan ni pun dah payah sangat dah. Tak mampu aku nak tambah dua bulan lagi."
Lalu Rasul SAW berkata lagi, " Kalau macam tu...berilah makan 60 orang miskin setiap orang secupak kurma."
Aku menjawab, "Makan aku sendiri pun tak lepas...macamana nak bagi makan 60 orang?"
Kata Rasul SAW lagi, " Kalau begitu.....kamu pergilah kepada amil dari Bani Zurayq. Dia akan berikan apa yang kamu perlukan. Lepas tu berilah makan kepada 60 orang miskin dan selebihnya kamu bawa balik kepada kaummu."
"Lalu aku pun pergi membuat seperti yang diperintah oleh Rasul SAW dan kemudiannya aku balik kepada kaumku dengan baki kurma2 itu..."
Aduhai, udahlah terlajak....dapat kurma free pulak tu.
Aku katakan pada kaumku, "Wahai kaumku, sesungguhnya aku dapati pada kamu semua kemiskinan dan perkataan yang tidak elok didengar, sedangkan aku dapati daripada Rasulullah SAW tidak lain hanyalah kemurahan hati dan perkataan2 yang mulia. Dia telah memerintahkan aku memberikan ini sebagai zakat kepada kamu semua."
- Diceritakan semula dari hadis Sahih riwayat al-Bukhari, Muslim dan Abu Daawud.
Pengajarannya di sini;
1. Walaupun dah tua.....eloklah beringat....kot2 mai angin tengkujuh.
2. Kalau memang ada penyakit angin tengkujuh, janganlah dok tunjuk hero, sangka boleh tahan2.....nanti jadi macam Salamah ni.
3. Lihatlah tinggi keperibadian Rasulullah SAW.....sabar melayan karenah sahabat.
Wallahu'alam. |
No comments:
Post a Comment