The year was sometimes around 950BC. Pagi tu Nabi Sulaiman buat roll-call untuk pegawai2 kerajaannya. Semua ada seperti biasa, menteri2 dari kalangan manusia ada, dari jenis jin pun ada, rimau ada, serigala ada.... (Kita pun ada juga sorang jin dalam kabinet dulu....Senator Jins Shamsuddin) Check punya check, ada satu dah MIA. Seekor burung hud-hud. Besa tengok burung ni? Kalau kat Kedah sana, burung hud-hud ni yang bunyi....HUUDD....HUDDD tu.... Cumanya aku tak pasti rupanya macam mana, pasai dok dengar jauh saja dalam hutan. Tapi dalam English dia dipanggil hoopoe. Rupa dia macam ni.... |
Macam burung merbah jambul gitu. So, this little birdie was missing from the line-up. Mana dia pi? Ceritanya ialah, sudah menjadi kebiasaan Nabi Sulaiman as menghantar burung hud-hud ini untuk recce mission. Maklumlah baginda faham bahasa binatang. So, the hoopoe was posted somewhere. And today he was late. "Cepat cari dia." Perintah Nabi Sulaiman a.s., "Kalau tak ada alasan menasabah, siaplah dia nanti. Beta akan sembelih dia." Punyala marah Nabi Sulaiman. Just pasal burung tu dah tak ikut SoP. Punch card lambat sikit saja dah nak kena sembelih. Aku gerenti kalau opis kita ada prosedur cam tu, tak ada yang meliwat punya....sori...mai lewat punya. Tapi pasai apa pulak burung hud-hud yang diberi tugas macam ni? Awat tak kasi pada jin sedangkan jin sesuai kerja mengendap2 ni sebab tak nampak dek manusia? Disebut dalam beberapa riwayat yang burung ni speciality dia ialah mengesan air di dalam tanah. Bila Nabi Sulaiman a.s. nak cari air, burung hud-hud ni akan terbang dan scan kawasan2 dari atas udara. Bila dia spot saja ada air, dia akan kasi signal dan jin lah yang akan gali. Hangpa tak percaya cerita ni....? Nampak macam far-fetched saja. Tak masuk akai. Dengarlah dulu cerita Nabi Sulaiman ni sampai habis. Ada lagi banyak aspek yang nampak tak lojik. Tapi begitulah, banyak benda yang tak masuk akai kita. Bukan pasal tak lojik, tapi Allah bataskan pemikiran kita. Allah juga telah menyebut dalam al-Quran bahwa dalam sejarah ketamadunan manusia kerajaan Nabi Sulaimanlah yang paling hebat sehingga hari kiamat. Dia memiliki "teknologi" tercanggih sampai boleh kontrol angin dan berkomunikasi dengan "alien life form (ie jin)" dan binatang. Kita setakat hari ni baru bertukar2 signal dengan dolphin dan chimpanzee, dan baru dok pasang camera nak capture ghostly spirits. Sedangkan pada zaman Nabi Sulaiman ini adalah perkara harian. Kalau 50 tahun dulu orang cakap kita boleh tukar channel TV pakai lambai tangan saja..... tak dak orang percaya kot. Keduanya, aku juga kata tadi, burung hud-hud dipilih sebab jin tak boleh tengok perkara yang terselindung, umpamanya detect air bawah tanah. Pelik tu. Sedangkan kepercayaan kita (at least orang Melayulah), jin ni dapat tengok benda2 tersembunyi. Tapi itulah realitinya, jin tak boleh menengok "the unseen", Tapi macamana jin boleh check rumah di Tanjung Malim sedangkan pesakit ada di Bangi? Ada cerita mengenai bab ni nanti. So jangan dok percaya hal guna jin untuk menengok2 itu dan ini Back to the story, apa dah jadi dengan burung hud-hud tu sampai tak balik2? Kita sambung ke Part 2 pulak...... ------------------------------------------------------------------------- ps. Sambung sikit pasal guna binatang cari air ni. Kawan2 pernah tengok cerita Beautiful People? Aku tengok tahun awal 80an dulu. Dalam documentary tu ada clip pasal how orang asli Afrika sana, bila depa nak cari air, depa cari baboon dulu. Depa akan tangkap baboon tu, ikat dan kasi makan garam sehari dua. Sampailah hamba Allah tu haus macam nak gila. Then depa lepaskan baboon tu, dan akan ikut. Becoz the first thing yang baboon tu akan cari ialah air. Boleh tengok Youtube ni : |
blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
07 December 2012
Kisah Nabi Sulaiman a.s dan Ratu Balqis.- Part 1 - Missing Hood
Labels:
Kisah Para Nabi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment