20 December 2012

Kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis _ Part 4 - Tersingkap Betis


Inilah bab terakhir kisah Sulaiman dan Balqis...

Sebelum tu nak tambah sikit kepada Part 3 cerita ini, bahawa dalam Tafsir al- Azhar karya Almarhum Dr Hamka, beliau mengatakan nama 'Asif bin Barkhiya disebut di dalam Tafsir Ibnu Abbas dan Ibn Ishaq, two of the earliest mufassirin.

Cumanya Dr Hamka lebih cenderung kepada tafsiran Imam Fakhruddin Ar-Razi bahawa yang mengangkat singgahsana Balqis dari Yaman ke Palestin itu adalah Nabi Sulaiman a.s. sendiri...

Gitulah...So let's finish-off this story.

Kalau yang baru mai sini, eloklah tengok cerita sebelum sini.. Part 1, 2 dan 3.
----------------------------------------------------------------------------

Setelah singgahsana diletak di dalam istana Nabi Sulaiman as, baginda menyuruh supaya dimodify sikit singgahsana tu, just slightly....to make Balqis thinks.

Maka selang tidak lama kemudian tibalah Ratu Balqis dengan rombongannya yang terdiri dari ratusan ribuan tentera dan pengiring.

Mereka disambut masuk mengadap Nabi Sulaiman as.

Of course the first thing she saw was the throne which looked so very familiar.

"Macam singgahsana aku....tapi camna boleh sampai ke sini?"

Tetapi bila dia belek-belek dengan teliti, nampak akan dia beberapa perbezaan.
Of course lah, sebab Nabi Sulaiman dah modify sikit nak test dia.

"Macam lain.....tapi macam sama....ori ke, copy ke?" pikior Balqis.

Kehairanan membuak2 di fikirannya.
Mana taknya...Singgahsananya besar, diperbuat dari emas, dikunci dan dikawal rapi oleh para pengawal.
Bagaimana ia boleh sampai di sini sebelum dia tiba?
Siapakah yang berupaya berbuat demikian kalau tidak seorang yang sangat hebat?

Atau, adakah itu copy saja?
Tapi, bagaimana boleh ditiru sehingga hampir2 sama sedangkan tidak siapapun boleh mendekati singgahsananya?
Hanya manusia yang punya ilmu yang luas yang dapat mengetahui perkara sebegini detail.

Terasa keinsafan di lubuk hatinya.
Bagaimana mungkin dia boleh merasakan bahawa kerajaannya sudah hebat sedangkan di sini ada lagi seorang raja yang jauh lebih hebat.

Bila nampak Balqis sudah terpegun begitu, Nabi Sulaiman went to the next level.
Dibawanya Balqis ke sebuah mahligai yang cukup indah.

Terserlahlah sebuah ruangan yang seakan-akan ada kolam yang sangat jernih airnya dan beralun-alun.

Balqis dipersilakan melangkah ke dalam kolam tersebut.
Dia mengangkat kainnya kerana takut kebasahan.
.......sehingga tersingkap betisnya (Allah cakap dalam Quran ni, bukan aku exaggerate).

Terlupa dia decorum dan protokol seorang puteri raja kerana terpesona dengan keindahan kolam itu.

Bila kakinya mencecah air.... "Eh! Kaca rupanya..."

Begitulah kehebatan istana Nabi Sulaiman a.s., kaca nampak seakan air.
Optical illusion gitu.

Ada teknologi pembinaan macam tu hari ni?
Photoshop dan camera trick bolehlah...

BTW.. gambar budak kecik kat atas hanyalah lukisan, bukannya foto.

Sehingga terkeluarlah dari bibir Balqis. " Ya Allah, aku telah membohongi diri aku selama ini. Aku, bersama Sulaiman, menyerahkan diri pada Mu Allah, Tuhan seluruh semesta alam."

Begitulah bersihnya hati seorang yang telah mendapat hidayah Allah swt.
Walaupun Balqis terpesona dengan kehebatan Nabi Sulaiman, dia sedar siapakah yang mengurniakan semua kehebatan itu.
Dia menyerah diri kepada Allah, bukan kepada Nabi Sulaiman a.s.

Bagaimana pulak kita hari ini?
Bukan saja hari ini, seorang wanita boleh terpikat kepada lelaki hanya kerana dia mempunyai harta yang banyak, rumah yang besar, kereta yang mewah, tetapi kadang2 manusia tu yang kaya itu terpikat dengan hartanya sendiri.

Maka jadilah ia orang yang tidak bersyukur, lupa untuk menunaikan perintah Allah, bahkan menggunakannya utk menggoda artis2 dan budak2 sekolah menengah dll.

Ni aku peringat kat diri akulah jangan sampai jadi macam tu... kalau hangpa terasa, baguih jugak kan?
Demikianlah tamatnya kisah Sulaiman dan Balqis sebagaimana yang tersebut di dalam al Quran.

Sebagaimana yang aku sebut sebelum ini, ada para ulamak yang menyambung cerita ini dengan andaian bahawa Nabi Sulaiman a,s, berkahwin dengan Balqis and lived happily ever after.

Tetapi tidak terdapat dalam riwayat-riwayat yang sahih.

Wallahu'alam.

No comments: