Kalau hang terus baca bab ni, mungkin pening tak tau hujung pangkai. So, bacalah dulu Part 1 dan Part 2, baru ada kesinambungan. Seterusnya... Isi kandungan surat Nabi Sulaiman as. ringkas sahaja. "Bahawa janganlah kamu meninggi diri, dan datanglah kepadaku dengan menyerah diri." (An-Naml ayat 31) Tak adalah seperti surat2 rasmi kat Malaysia ni yang selalunya ada ayat2 camni, "Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas..........". "Izinkan kami memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa bla bla bla....." "Besarlah harapan kami sekiranya Yang Berbahagia Tan Sri dapat melapangkan sedikit masa ding dong ding dong..." dsbnya.... Surat Nabi Sulaiman sebaris saja. Direct to the point. Macam ultimatum gitu. "Kurang ajar! Sulaiman tu ingat beta siapa?" Adakah itu yang keluar dari mulut Ratu Balqis memandangkan surat tu macam kasi katadua kepadanya? Tidak sama sekali. Ratu Balqis was a highly-cultured and dignified leader. Dia memandang serius isi kandungan surat tu dan terus memanggil menteri dan orang2 besar Saba'. Kata Balqis ."Yang Berhormat semua, tolonglah kasi sikit pandangan kamu semua mengenai surat Sulaiman ni. Kamu pun semua tahu, beta tak pernah buat apa2 keputusan sorang diri, melainkan mendapatkan nasihat tuan2 semua." Haa... nampak tu? Camna cara pemerintahan Balqis? Dia akan consult jemaah menteri dia dalam membuat setiap keputusan. Walaupun masa tu dia masih belum menerima Islam. Kita macamana hari ni? Yang banyak kita dengar hari ni ialah, "Kita serahkan keputusan semua pada Presiden Parti...." Apa raa....... At least kasi lah pendapat sikit! Mungkin juga pasal semua pendapat depa asyik kena torpedo saja, tu yang tak berani bukak mulut... nanti tak masuk kategori winnable candidate. Anyway, setelah itu para menteri Balqis pulak berkata, "Kalau ikut pandangan kami, negara kita ni kuat, tentera kita hebat2 belaka, so untuk berperang, tak ada masalah bagi kita. That's our view, but we leave it to you to make the final decision." Haa.... tu dia, diplomasi depa dengan pemerintah. Ketua minta pandangan, depa bagi, tapi executive power still pemimpin negara. Tak adalah pi cucuk2 kat belakang pulak. So kata Balqis, "Thank you for your views, tapi beta rasa kalau kita lawan, kalau menang tak apalah, tapi kalau kalah kita jadi hamba." "Tak kan hangpa semua mau jadi hamba kot? Apa kata kita buat win-win situation? Kita establish diplomatic relation?" bertalu-talu soalan Balqis kepada menteri-menterinya. "Ok gak," kata jemaah menteri.....kalau tak, ada kemungkinan jadi hamba. So, dengan itu Ratu Balqis pun mengirimkan satu rombongan delegasi menemui Nabi Sulaiman a.s. dengan membawakan pelbagai macam hadiah, emas perak dsbnya, projek2, dan business opportunities agaknya. Ada banyak versi Israiliyyat dalam peristiwa rombongan Ratu Balqis ni. Tapi dalam alQuran secara ringkasnya bila depa sampai mengadap Nabi Sulaiman as, dia tak pandang pun hadiah2 Balqis tu. Pasai dia punya kerajaan lagi besar dan kaya-raya. Semua tu dia dah ada dan tersangatlah banyak. Kalau nak kasi contoh rasanya macam Malaysia pi hantar delegasi nak buat MoU ekspot Proton ke Jepun kot, atau.... hantar Datuk K Rajagobal jadi football director ke Liverpool agaknya... (come to think of it, maybe Liverpool need someone like Rajagobal right now). So, Nabi Sulaiman did not have a need for those things, lalu dia berkata, "Hangpa ingat beta kemaruk sangat dengan harta benda, emas perak, dan kemewahan ini? Beta ada lagi banyak, Allah telah mengurniakan negeri beta dengan bermacam2 rezeki. Sudah! Hangpa semua boleh chalo......tunggulah nanti tentera beta akan sampai ke sana!" Tunggu apa lagi?! Cabutlah delegasi Ratu Balqis tu. Perang dah nak mai ni. Depa pun sampaikan kepada Balqis apa yang telah terjadi dan kehebatan Nabi Sulaiman as. Sedarlah Balqis dia harus mengadap Sulaiman segera. Kalau tidak, negerinya akan ditawan. Maka diapun segera mengumpulkan para menteri dan rakyatnya untuk mengadakan kunjungan hormat kepada Nabi Sulaiman as. Then they set forth to Palestine. But of course, Nabi Sulaiman as, macam biasalah, apa2 yang terjadi dia akan dengar dengan segera. Walaupun masa tu tak ada FB, Twitter, satellite espionage dll. Dia ada angin. Dia ada jin. Dia ada burung2 dan haiwan2. Dia dah dapat advanced news. Even before CNN newsbreak. He knew the coming of the Queen. Terasa macam nak selit Bohemian Rhapsody kat sini....tak sesuai pulak. Jadi while waiting, Nabi Sulaiman pikiag apakah yang patut dia buat supaya Balqis akan impressed bila dia sampai nanti. Bila hati Balqis sudah di"lembut"kan, senanglah dia menerima Islam. Pikior punya pikior, dia dapat satu idea. Lalu dia berkata, "Tak lama lagi rombongan Balqis akan sampai. Beta nak buat sesuatu yang akan membuatkan dia shocked and awed dengan kehebatan negeri kita ni.' Orang Kedah kata peghak kot.... tengok benda yang tak pernah tengok. Sambung Nabi Sulaiman lagi, "Jadi beta bercadang nak pindahkan singgahsana dia di Saba' sana ke sini. Tapi beta nak dibuat sekarang, supaya bila dia sampai nanti, sure dia terkejut punya." Tu dia....pelik sungguh permohonan Nabi Sulaiman itu. kalau dalam hikayat Melayu adalah jugak cerita Puteri Gunung Ledang yang nak kan sedulang hati nyamuk dan sedulang hati kuman sebelum menerima pinangan Sultan Mansur Shah tu. Tapi, kita pun tahu, Nabi Sulaiman sudah tentunya tak ada masalah nak buat kerja ni. So kata Nabi Sulaiman lagi,"Sapa2 yang nak volunteer pindahkan singgahsana Balqis tu bawak mai sini?" Maka mengangkat tanganlah seorang...seekor...(ishh tak tau apa penjodoh bilangan untuk jin ni....) Maka mengangkat tanganlah satu jin....namanya Ifrit. Biasa dengar kan nama Jin Ifrit? Inilah asal namanya. Kata Ifrit, "Itu tak jadi masalah tuanku. Before selesai urusan kerja tuanku hari ni, patik akan bawa istana tu ke mari." Hebat tu. Bukannya dekat....2500km. Dan bukan saja jaraknya jauh, tapi singgahsana tu diletakkan di dalam tujuh lapis bilik, yang mana kesemua pintunya dikunci dan dikawal rapi oleh pengawal2 dari bangsa jin dan manusia. How to get it out, if getting through is oredi impossible? Tapi mungkin bagi jin, itu perkara enteng..... Namun begitu, sebelum Jin Ifrit ni dapat bask in glory of his winnable candidate proposition, maka mengangkat tangan pula seorang dari kalangan manusia. Manusia yang bernama 'Asif bin Barkiya ini berkata, "Tuanku, I can do better than that. "Better?" terbeliak bijik mata winnable candidate tadi. Kata Asif, "Tak payah tunggu sampai hujung hari. Saya akan bawa singgahsana tu sekarang juga." BLINK! Dah ada pun singgahsana Balqis tu di dalam istana Nabi Sulaiman as !! Direct from Yemen. Sekelip mata saja. WOW!! Bila masa 'Asif tu keluar dari istana, terbang pi Yaman, melalui tujuh lapis bilik berkunci, melepasi para pengawal, dan angkat singgahsana yang berat tu, bawak balik ke istana Nabi Sulaiman a.s., in a blink of an eye, tak terpikior oleh kepala otak kita. Punyalah hebat......ternganga jin Ifrit. Hebat rupanya manusia sampai kalah jin. ------------------------------------------------- Ishh...panjang sangat dah untuk kali ni. Aku peghabih next installment. Wallahu'alam |
blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
17 December 2012
Kisah Nabi Sulaiman a.s. dan Ratu Balqis - Part 3 - Ifrit
Labels:
Kisah Para Nabi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment