05 January 2013

Walau Di Sebuah Pulau

Suatu hari sedang Nabi Sulaiman as berada di istananya dan dikelilingi oleh rakyatnya, datanglah seorang lelaki yang tidak siapa pun kenal.

Tapi, lelaki itu berbual-bual dengan Nabi Sulaiman a.s. seakan-akan mereka adalah kenalan baik.

Sedang mereka bersembang2 tu, tiba-tiba lelaki itu terpandang salah seorang rakyat Nabi Sulaiman yang kebetulan berada di istana hari tu.

Lalu pelawat tu tenung rakyat marhaen ni.
Stare saja. Lama juga.
Tenungan dia mendalam gitu, sehinggalah orang itu terasa gerun.
Mengalirkan airmatanya menggigil ketakutan.

Apabila lelaki itu beredar dari istana, rakyat marhaen itu pelan2 bangun menemui Nabi Sulaiman a.s.

Dia ajukan soalan, '"Ya Nabi Allah, siapakah lelaki yang berbual2 dengan Tuanku tadi?"

"Awat hang tanya?" tanya Nabi Sulaiman kembali.

"Tak tau pasai apa, tapi dia dok tenung saja saya tadi. Dan cara dia stare tu, nampak macam dia kenai saya sangat. Tapi masalahnya saya tak kenai dia pun."

"Dah tu... what's the problem?" tanya Nabi Sulaiman.

"Problemnya, tak tau pasai apa, saya tiba2 naik gerun yang amat sangat. Tak pernah saya rasa macam tu.....eeee!! Sapa dia tu?"

"Ooo... Kalau hang nak tau, itulah dia Malaikal Maut, dia sedang on the way nak cabut nyawa orang. Kadang-kadang dia drop-by ziarahi aku". jawab Nabi Sulaiman as, selamba je.

"Adui mak, kalau macam tu lah kebiasaan dia, boleh tak Tuanku pindahkan saya jauh dari sini? Tak ingin saya duduk dekat-dekat dengan dia next time dia singgah." Mohon rakyat marhaen tu.

"If that is your wish...."

Lalu dengan berkat kekuasaan yang Allah kurniakan kepadanya, Nabi Sulaiman as terus memindahkannya ke suatu pulau yang jauh.

Wooshhhh.... terus transfer.
Di dalam syarahnya, Imam As-Suyuti menyebut, dia dipindahkan ke India.

End of the story bab mamat tu.

Selang beberapa lama kemudian, Malaikat Maut macam biasa, singgah kembali ke istana Nabi Sulaiman as.
Lalu Nabi Sulaiman pun mengambil kesempatan itu untuk menanyakan kisah rakyatnya yang ditenung oleh Malaikat Maut itu tempohari.

"'Izrail...Saja nak tanya, masa hang mai last time, ada sorang rakyat aku mai mengadu. Dia kata hang stare dia lebih2, sampai dia naik gerun. Awat hang buat macam tu?"

"Ya ka? Sapa nama dia?" tanya Malaikat Maut.

"Fulan bin fulan." kata Nabi Sulaiman a.s.

"Ooo... dia tu ka. Long story, tapi aku cerita jugaklah." Kata Malaikat Maut.

Dia terus sambung, "Masa aku mai hari itu, macam biasalah, aku dah ada list beberapa manusia di bumi ini yang akan aku cabut nyawa depa.
Dan sifulan tu pun ada dalam list aku."

Memang panjang cerita rupanya.

Malaikat Maut terus explain, "Tapi yang aku heran, dia akan mati esok di pulau yang jauh sana, walhal pada hari tu dia masih ada di istana hang. Tu yang aku tengooook dia tu, nak make sure betul ka dialah orangnya yang dalam list aku tu. Bukannya saja-saja nak takutkan dia."

"Dah tu, apa jadi?" tanya Nabi Sulaiman a.s.

Maka kata 'Izrail, " Dan memang betul dialah yang dalam list aku tu. Tapi, aku tak lah cabut nyawa dia hari tu walaupun dah dekat sangat, sebab tak sampai masa lagi.

Tapi nak cerita mai, dengan keizinan Allah, bila aku sampai ke pulau tersebut keesokan harinya, tup-tup, dia ada di sana pulak.
Apa lagi, aku cabutlah nyawa dia."

Begitulah. Semoga mendapat sedikit iktibar.

"Maka apabila datang tempoh (ajal) nya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan."
Al-'Araf ayat 34.

Wallahu'alam.

------------------------------------------------------------------
Cerita ini disebut oleh al-Imam Jalaluddin as-Suyuti di dalam kitabnya Sharh al-Sudur bi Sharh al-Mawta wal-Qubur. Sekarang dah ada terjemahan Melayunya, Ziarah ke Alam Barzakh.


Sebagai penutup cerita, ingat tak beberapa tahun dulu, suatu kemalangan di KB Mall, sebuah shopping complex di Kota Bharu, di mana dua orang pelatih jururawat mati dihempap kereta semasa mereka berdua sedang menaiki escalator?

Pemandu kereta tu pulak cedera sahaja.



Kedua-dua mereka masih muda, baru berusia 18 and 19 tahun.
Masih sihat wal'afiat dan kalau mengikut adat, mempunyai masa depan yang cemerlang.

Macamana nak boleh pikior mati atas escalator dihempap kereta yang sedang dipandu.... dalam shopping mall pulak tu?

Sedangkan pemandu kereta pulak panjang umurnya.
Memang tak lojik kalau saja-saja nak reka cerita.

Tapi begitulah, apabila saat kematian telah ditentukan, dan CoD (cause of death) telah ditetapkan, maka tetap akan terjadi sebagaimana yang telah Allah takdirkan untuk kita.

Wallahu'alam.

No comments: