13 December 2012

Kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis_Part 2 - Naba' from Saba'



Mai kita peghabih peranan hud-hud ni dalam Kisah Nabi Sulaiman ni.

Kalau belum baca bahagian awal, hang pi la ke Part 1 dulu.

Dalam terjemahan Pejabat Perdana Menteri...that's right, PM's office kita ada buat terjemahan Quran, burung hud-hud ini diterjemahkan sebagai burung belatuk.

( Boleh klik link ni. Terjemahan Quran PMO )

Aku tak pasti samada sama ke tak spesi belatuk dan hud-hud ni, walaupun Ustaz Google dan Ustaz Wikipedia kata belatuk tu woodpecker dan hud-hud tu hoopoe.

Tak kisah lah, yang jelasnya dalam bahasa Arabnya ialah hud-hud.
Dan tak sedap pulak kalau M Nasir nyanyi lagu , Tanya Sama itu Belatuk.



So, seketika kemudian, sampailah burung hud-hud tersebut.

"Explain yourself." kata Nabi Sulaiman a.s.

"Tuanku, janganla marah," jawab hud-hud, "Penat ni. Sat lagi patik cerita."

Dah lepas penat, berceritalah hud-hud, "Sesungguhnya patik bukan sengaja nak lambat. Kali ini patik terbang ke tempat yang sangat jauh."

"Jauh? Kemana tu?" tanya Nabi Sulaiman a.s.

"Jauh sungguh. Kata orang negeri tu namanya Saba'. Ia sebuah negeri yang amat hebat. Kaya raya. Ia mempunyai bangunan-bangunan yang besar lagi indah, ladang-ladang tanaman yang luas, tentera yang ramai dan diperintah oleh seorang ratu pula." cerita hud-hud.

"Go on..." kata Nabi Sulaiman a.s.

"Tetapi mereka mengingkari Allah dan menyembah matahari."

"Hmm interesting....kat mana negeri Saba' ni?" tanya Nabi Sulaiman a.s.

"Di sebelah matahari terbit, lebih kurang 4 hari kalau patik terbang atau dalam ukuran metrik, 2500km plus plus." kata hud-hud.

"Betoi ka cerita kamu ni? Atau kelentong saja supaya beta tak menghukum kamu?" Nabi Sulaiman sceptical.

"Betul tuanku. Tak ada gunanya patik tipu. Nanti Tuanku akan tahu juga." jawab hud-hud.

"Kalau betullah sebagaimana yang kamu cerita, pergilah ke sana semula dan bawa surat dari beta. Kalau kamu berbohong, siaplah kamu nanti." perintah Nabi Sulaiman a.s.

"Tuanku, kasi can lah sikit. Patik baru saja balik...tak lepas penat lagi."

"Kamu nak kena sembelih?"

"Tak...tak....mana suratnya tuanku? Patik pegi sekarang juga."

Lalu berangkatlah hud-hud semula ke negeri Saba' membawa surat dari Nabi Sulaiman a.s. kepada the Queen of Sheba atau yang kita selalu kenal sebagai Ratu Balqis.

Negeri Saba' ini terletak di Yaman,
Tidak jauh dari San'a sekarang.
Manakala kerajaan Nabi Sulaiman terletak di Palestin.

From one side of Semenanjung Arab to the other side, from Mediteranean to Arabian Sea.
Memang penat sungguh le burung hud-hud tu.

Ratu Balqis pulak satu karakter yang unik.
Dia ni darah kacukan.

Tapi bukan kacukan Melayu-German atau Thai-French atau Indian-Swedish ke....

Dia kacukan manusia dan jin!

Ayah dia manusia dan emaknya jin.
So mungkin cantik dan misterius agaknya.

Dia ketawa macamana tak tau le......

Sebaik saja sampai di istana Ratu Balqis, burung hud-hud tu tak singgah, dia cuma terbang dan jatuhkan surat tu.
Then dia pun cari port untuk memerhatikan apa reaksi Ratu Balqis.....sebab itu perintah Nabi Sulaiman.

Penat kawan tu...tak de can langsung nak lepak2.
It's always work..work..work.

Ratu Balqis pulak membuka surat yang baru sampai tu dan membacanya.

Kata surat itu...

INILAH (SURAT) DARI SULAIMAN
BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM
(Surah An-Naml : Ayat 30)

Itulah the only place yang mana perkataan Bismillah berada di tengah-tengah surah.

Dan ulamak menafsirkan bahawa, kaedah menulis surat yang betul ialah;

1. Bila tulis surat, taruk nama kita dulu kat atas.
2. Mulakan dengan Bismillah sebelum cerita isi kandungan surat.

Wallahu'alam.

Next : Part 3 - Ratu Balqis bersidang dan menghantar delegasi kepada Nabi Sulaiman.




No comments: