وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ Maksudnya, "Tidak Aku (ALlah) ciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu." Surah Az-Zaariyat ayat 56 Kali ni aku nak cerita pasai jin sikit. Berdasarkan sikit panduan dari Quran dan Hadith. So, dalam ayat di atas selain manusa, jin juga adalah makhluk yang Allah jadikan untuk beribadat kepadaNya. Jadi maksudnya, ada perkara yang halal, ada perkara yang haram bagi jin. Ada hukum wajib, sunat, haram, makruh dan harus pada jin. Maknanya uga, ada pahala dan dosa untuk depa, ada syurga dan neraka untuk depa juga. Ada jin baik ada jin jahat, ada yang Islam, ada yang kapiaq. Banyak cerita dalam Quran dan hadis pasai jin2 ni. Mai kita tengok sebahagian daripadanya. --------------------------------------------------------------------------------------- Dalam sebuah hadith riwayat al-Bukhari, pada suatu hari seorang lelaki lalu di hadapan Umar al Khattab r.a., semasa dia menjadi Khalifah. Nama lelaki tu Sawad bin Qarib. Walaupun Sawad ni hensem orangnya, Umar rasa tak berapa syok tengok dia ni. Lalu Umar pun panggil dia. Umar kata, "Awat hang ni nampak semacam saja? Muka sepesen saja... Aku rasa hang ni tok bomoh kot?" Cari makna sepesen tu dalam Glosari Bahasa Kedah. Lagu tu punya telahan Umar pada Sawad. Zaman tu tok bomoh tok dukun ni memang ayat pelece punya. Sebab bila Islam dah bertapak, profesion ni dah dihapuskan. Hanya orang2 kapiaq saja yang masih buat kerja ramalan dan tilikan ni. Lalu Sawad menjawab, " Pasai apa tuan kata macam tu? Aku ni orang beriman lah!! Mana buat kerja2 macam tu." Sawad rasa Umar dah peleceh dia. Tapi Umar ni sebagaimana yang kita tau, dikurniakan oleh Allah SWT kelebihan firasat. Dia boleh "baca" hal2 yang orang lain tak tau. Lalu dia kata lagi, "Betoi ka hang tak buat kerja tu....? Aku rasa macam hang pernah buat.....betoi dak?" |
blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
03 June 2016
Jin Suka Temberang
10 May 2016
Abu Sa'id Al Khudri r.a. - Upah Kambing untuk Jampi
05 April 2016
Ummu Jamil - Ghaib Depan Ka'abah
28 March 2016
Khawwat ibn Jubair r.a. - Auta Tali Unta
18 January 2016
Abdullah bin Ubai bin Salul - Seperti Melepaskan Anjing Tersepit
Ini sambungan dari cerita Abdullah bin Ubai - Ketua Munafik Part 1 Tajuk cerita ni aku ambil dari salah satu kata2 Abdullah bin Ubai. Bunyi seakan2 peribahasa Melayu yang bermakna membalas budi baik orang dengan berbuat jahat pula. Jom kita dengar. Kita mula bab ni dengan peristiwa perang terhadap Bani Mustaliq pada tahun ke-6 Hijrah. Perang tu pendek saja, dan tak banyak casualties. Perang tu dipimpin sendiri oleh Rasulullah SAW itu, disertai oleh sahabat2 dari puak Ansar, Muhajirin dan tidak ketinggalan puak munafik yang diketuai Abdullah bin Ubai. Perang pun abis, tentera Islam pun berangkat balik ke Madinah. Bila tiba di satu wadi (oasis), Nabi SAW mengarahkan mereka berehat. Lalu sahabat2 pun dirikan khemah untuk bermalam. Ada sahabat2 yang ditugaskan untuk mengambil air dari wadi. Ditaqdirkan semasa queue nak ambil air tu, terjadi sedikit salah faham antara seorang sahabat dari kaum Muhajirin dengan sorang dari kaum Ansar. Ada yang potong trip kot.... Memang sikit sangat isunya, tapi oleh kerana ada anasir jahat batu api, maka ia menjadi besar. Pada mulanya mungkin hanya cuit bahu, “Bro, boleh beratur? Saya dah lama tunggu ni.” Begitulah agaknya. Tapi oleh kerana tak settle, apa yang hanya kecil tu escalated. Sorang sigong dengan siku dia, kemudian yang lain pula tonyoh muka! Lepas tu pakat tolak menolak... Maka jadi koi kasaq. Rebah pi sorang daripada mereka, lalu dia menjerit, "Oii kaum Ansar....aku kena pukui!!" Dibalas oleh yang sorang lagi yang dari Muhajirin...."Oii kawan2....aku kena sepak!!" |
13 January 2016
Tazkirah Jumaat seorang Munafik
04 January 2016
Ku Tambat Diriku Di Tiang Raudhah
Subscribe to:
Posts (Atom)