04 January 2016

Ku Tambat Diriku Di Tiang Raudhah


Assalamualaikum,

Terlebih dulu, sebelum hangpa expect yang bukan2....
ini bukan cerita romantik ala Sanggar Cinta Raudhah,
walaupun tajuk dia nampak meleleh.....

Ini cerita berkisar tentang sikap amanah terhadap tugas seorang sahabat Rasulullah SAW.
Sorilah kalau potong stim....he he.

So, let's begin our story at the end of Perang Ahzab (Perang Bersekutu) pada hujung tahun ke 5 Hijrah.
Atau nama lainnya Perang Khandaq, kerana orang2 Islam Madinah mengorek parit sebagai benteng pertahanan.

Dinamakan Perang Ahzab (Sekutu) pula ialah pasai puak Musyrikin mengadakan gabungan ketenteraan dengan beberapa kabilah Arab dan juga Yahudi Bani Quraizah.

Bila perang habih macam tu saja tanpa serious engagement pasai tentera musuh fed-up tak dapat melepasi parit2 yang dibina dan malamnya pula Allah kirimkan angin utk terbangkan khemah2 depa....
semua pakat bungkuih persiapan perang, dan balik kampung masing2.

 Yang mai dari Mekah balik ke Mekah, orang Madinah pula balik rumah.
Termasuklah Nabi SAW.

Nabi balik ke rumah Ummu Salamah r.anha, salah seorang isteri baginda.
Baginda pun bersiap2 utk mandi kerana dah berhari2 di medan perang, badan penuh debu.
Perang Ahzab ni berlangsung selama 25 hari.
Kalau saja2 pi duduk di luar Madinah 2 hari pun dah berdebu!

Belum sempat baginda membersihkan badan, mai pulak sorang tetamu.
Dia lagi dasyat...debu penuh sampai ke kepala.
Rupanya dia ni pun sebahagian dari anggota tentera Islam.
Nampak sangat dia ni berada di barisan hadapan.

Tetamu tu tanya Nabi SAW.
"Ya Muhammad....kenapa kamu dah siap nak mandi? Perang belum abis lagi ni!"

Ait? Dia pulak yang kata perang belum habis.
Walaupun memang dah sah tentera Musyrikin dah pakat balik dah.

Nabi SAW tengok pada orang yang berdebu tu....
rupa2nya dia tu malaikat Jibril, bukannya orang pun.
Sayap dia pun belum tutup....


 "Kenapa kamu kata begitu wahai Jibril?" tanya Nabi SAW.

"Aku dan para malaikat lain belum simpan senjata lagi. Bani Quraizah masih belum diambil tindakan. Kalau kamu nak, kami boleh pi settle depa ni."

Tu dia! Masa perang 25 hari tu, memang malaikat2 dah ready nak hentam musyrikin Mekah.
Tapi belum sampai masa, depa dah chao.
La ni tinggai puak Yahudi khianat yang belum diuruskan.

Bani Quraizah ni adalah salah satu kelompok Yahudi Madinah yang telah berjanji utk bekerjasama dengan orang Islam.
Yang lain ialah Bani Nadir dan Bani Qainuqa'.

Tapi dalam Perang Ahzab ni depa belot dan membantu tentera musuh.
Jadi depa ni sudah jadi pengkhianat....
it was an act of treason.

Bila dengar saja laporan dari Jibril, Nabi SAW pun terus mengerahkan tentera Islam ke perkampungan Bani Quraizah, a few miles south of Madinah.

Kampung depa dikepung selama beberapa hari.
Akhirnya tak tahan kena kepung, depa serender.

Bila dengar Bani Quraizah dah serender, Nabi SAW pun menghantar sorang sahabat bernama Abu Lubabah Abdil Munzir r.a. to negotiate terms dengan depa ni.

Bincang punya bincang sama depa, orang2 Yahudi mengambil keputusan utk dihakimkan oleh seorang lagi sahabat bernama Sa'ad bin Muadz r.a.

Sa'ad ni sebelum kedatangan Islam ke Madinah adalah pembesar kaum 'Aus. Dan depa dulunya ada hubungan rapat dengan semua puak Yahudi Madinah. Jadi Bani Quraizah ni ingatkan yang Sa'ad ni akan buat keputusan yang memihak pada depa.

"So, ok dak Abu Lubabah? Kami nak Sa'ad jadi hakim ni....ok kan?" depa tanya Abu Lubabah.

Abu Lubabah kenai sangat dengan Sa'ad bin Muadz ni, dia seorang yang teguh imannya dan berprinsipal.
Lalu Abu Lubabah pun angkat jari dia ke tengkok dan swipe cam tu....

Gambar hiasan^

Abu Lubabah tak jawab sepatahpun, tapi isyarat tu jelas maknanya....
"Awat la hangpa buat keputusan lagu tu?
Bye bye lah...kena pancung hangpa semua nanti!!"

Aiseyy.....pucat lesi Yahudi. Silap perhitungan depa.
Dah kes naya ni.
Maka meraung merepeklah depa.
Tak sanggup menerima pengadilan macam tu.

Tapi Abu Lubabah lagi pucat!!
Masa tu baru dia teringat, dia dah terlepaih cakap!
"Apasal pulak aku cakap macam tu? Nabi SAW hantar aku utk tinjau depa ni, bukan nak jadi penasihat depa!!"

Dia tersedar yang dia dah tak amanah pada tugas.
Dia sort of bocoq soklan.

Menyedari kesilapan dia, dia terus lari.
Bukan lari pi menyorok, tapi lari balik ke Madinah.
Sampai2 saja di Madinah, dia terus masuk ke Masjid Nabawi.

Dia nampak satu batang pokok kurma yang menjadi tiang masjid masa tu.
Terus dia tambat diri dia di situ. Sebagai denda pada diri dia sendiri.

Tu la tajuk cerita kita hari ni...Tambat di Tiang Raudhah

La ni tempat pokok kurma tu ialah tiang yang dinamakan Tiang Abu Lubabah atau Tiang Taubat.
Dalam gambaq bawah ni, tiang kanan. Yang depan.

So, nekstaim hangpa pi buat haji ka, atau umrah ka, pi lah cari tiang tu.
Jangan pi peluk, lap serban ambik berkat pulak.....khurafat tuh!!
Kenanglah peristiwa seorang sahabat yang menyesali perbuatan dia tidak amanah dalam tugas.

So, kita pun (rakyat Republik Congo ni), cuba tengok2 diri kita ni.
Ada tak kita tak amanah dalam tugas tang mana-mana?

Ciluk2 dalam kerja,
guna kedudukan untuk kepentingan peribadi,
guna kereta opis untuk pi shopping grocery kat Giant,
bocorkan laporan tender,
snap gambaq soalan SPM dan masukkan dalam WhatsApp dan lain-lain...

Mau ka kita pi tambat diri kita kat tiang SPRM ka, tiang Masjid Negara ka, atau handle pintu PAC ka??
Ada terasa macam tu?

Kalau ada, memang hangpa Abu Lubabah zaman modenlah....
Tapi kemungkinan besag orang kata hangpa mereng....he he.
Sebab la ni, orang tak buat cam tu dah.

Yang ada banyak ialah geng yang kata....
"Saya tak nak letak jawatan kerana berasa bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul.
Tak adil rasanya jika pengganti saya menanggung semua masalah ni nanti....."

Cheeehhhhh...bunyi macam baguih,
Tapi hampeh!!

Back to the story.
Maka terikatlah Abu Lubabah di Raudhah untuk tontonan para sahabat.
Bini dan anak pompuan dia saja yang mai bukak, time waktu solat.
Lepas solat, dia minta ditambat semula.

Bila ada sahabat offer nak lepaskan dia, dia menolak.
Dia kata, "Biarlah Allah yang menghakimi aku!"

Nabi SAW bersabda, "Kalaulah Abu Lubabah minta aku lepaskan ikatan dia sebelum dia berkata demikian nescaya aku akan melepaskan dia. Sekarang, hanya Allah sahajalah yang akan memberi pelepasan."

Selama 6 hari dia di situ, sehingga lembik tak bermaya.
Sebelum subuh keesokan harinya, turunlah ayat 102 surah at Taubah yang berbunyi...

"Dan (sebahagian) yang lain mengakui dosa-dosa mereka. Mereka telah mencampur adukkan amal yang baik dengan amal yang buruk. Mudah-mudahan Allah akan menerima taubat mereka; seseungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Bila depa dengar ayat tu diturunkan, para sahabat rushed nak pi bukak ikatan Abu Lubabah.
Dia tak mau, melainkan Rasul SAW sendiri yang melepaskannya.
Maka baginda pun membuka ikatan Abu Lubabah r.a.

Tu lah sedikit cerita mengenai orang yang memberati amanah pada tugasnya.
Ada boleh ambil contoh sikit kot?


No comments: