05 April 2016

Ummu Jamil - Ghaib Depan Ka'abah



Selalu kita dengar cerita dari orang2 yang pi haji atau umrah, yang depa atau jemaah rombongan depa, tak nampak Ka'abah bila depa masuk ke Masjidil Haram.

Lalu macam2 lah yang diperkatakan tentang apa sebabnya orang tu tak nampak Ka'abah......
Dia ni di Malaysia geng hora sakan lah, regular clubbing lah, kuat makan rasuah lah, rajin mengendap bini jiranlah dan lain2.

Ada pulak cerita lain sikit, iaitu orang tu, geng rombongan tak nampak dia!!
Puas kawan2 dok cari keliling Masjidil Haram. Dari Zuhur sampai Maghrib.

Tepi Kaabah tak dak, kat Hijir Ismail tak dak, kat tempat sa'i tak dak, kat lampu hijau tak dak, kat tempat air-cond tak dak, kat escalator tak dak, kat water cooler tak dak....sampai habis tiang dan pintu masjid depa pi cari, tak jumpa2 jugak.
Sedangkan dia dok nampak kawan2 lain dok cari dia.
Ada yang lalu sebelah dia pun, tak nampak jugak!!

Lalu keluarlah cerita dia ni bela hantu raya lah, berkawan dengan bomoh Siam lah, dating bini oranglah dan lain-lain.

Macam-macam....
Tak taulah apa sebenar punca dan sebab musababnya.

Tu sedikit intro.

Ni, aku nak cerita kejadian ghaib depan Ka'abah yang benar2 terjadi semasa zaman Rasulullah SAW.
Sapa yang ghaib tu?
Jom kita dengar....

 Ceritanya adalah mengenai wanita yang disebutkan dalam tajuk kita - Ummu Jamil.

Ummu Jamil ni kalau dalam BM maknanya, Ibu yang Cantik Serba Serbi.
Amboiiiii.....cantiknya nama.

Hangpa pun kalau panggil wife hangpa Ummu Jamil, sure dia blushing punya...hehe.

Tapi siapa dia Ummu Jamil yang nama dia cantik sangat ni?
Dia adalah Ummu Jamil Urwah binti Harb, isteri kepada Abu Lahab, bapa saudara Rasul SAW, seteru kuat baginda!
Bukan saja Abu Lahab memusuhi Rasul SAW, Ummu Jamil pun sama naik dengan laki dia!!

Adoiii.....rupanya kelaku Ummu Jamil tak secantik nama dia.
Bahkan sangat buruk sekali, sehinggakan Allah SWT menurunkan surah Al-Masad untuk menceritakan balasan buruk yang telah disiapkan pada laki bini ni di akhirat nanti.

Surah al-Masad?
Tak besa dengaq pun nama surah tu....

Surah Tabbat Yada lah....
Kalau sebut yang tu, sure hangpa semua tahu kan?
Sebab orang2 kampung sebut lagu tu.

Ada juga disebut surah al Lahab.
Ni ayat permulaannya.

Tabbat Yadaa Abii Lahabin-Watab.
- Surah 111.

Surah ni antara yang awal2 kita baca masa belajaq Muqaddam kecik2 dulu, sbb muqaddam mula dari belakang Quran.
Berdetak2 sebutan qalqalah ustaz perbetoi kalau baca surah ni.
WatabBEK!
KasabBEK!
LahabBEK!
HatobBEK!
MasadDEK!

Lagi tak betoi, lagi tulah rotan tu nampak macam nak landing ataih paha!
PIAAAPPP!!!

So, apa sangkut surah ni dengan kejadian ghaib tu?

Kalau kita boleh sorot sikit sebelum penurunan surah tu.
Dirakamkan dalam sirah Rasul SAW, sewaktu awal2 mendakwahkan ugama tauhid ni, Ummu Jamil ni macam laki dia, sangat meluat dengan Rasul SAW.
Sedangkan depa dulunya sangat sayang kepada baginda.....
Maklumlah Muhammad bin Abdullah tu, anak penakan depa yang paling dihormati penduduk Mekah.

Tapi sejak Rasul SAW menyebarkan ugama yang tak sinonim dengan kepercayaan tok nenek moyang depa, depa teruih hilang sayang tu, diganti dengan kebencian yang terlajak lampau.

Ummu Jamil ni punyalah meluat kat Nabi, dia selalu membuat cerita yg buruk2 pasal anak penakan dia tu.
Ada saja yang tak kena.

Tak cukup takat tu, bila free time, dia keluaq pi sekitar Mekah, dia pi cari ranting2 berduri, dia bawak balik dan tabur depan rumah Nabi SAW dan mana2 jalan yang dia tau baginda selalu lalui.
Bukan Ummu Jamil tak tau rutin Nabi SAW.....rumah dia berjiran dengan rumah baginda!!
Saja nak menyusahkan orang. Selalu Nabi SAW terpijak, dan memang berdarah punya tapak kaki.
Memang perangai tak secantik nama.

Mungkin ranting2 macam bawah ni kot?





Dah lama dok buat kelaku begitu, maka Allah SWT memberi "penghormatan" dengan menurunkan sebuah surah khas utk pasangan suami isteri ni.
Itulah surah al Masad yang kita sebut tadi.
Makna surah tu ialah:

[1] Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!
[2] Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.
[3] Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.
[4] Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -
[5] Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.

Tak lama selepas turun saja ayat ni....sampailah pada pengetahuan Ummu Jamil.
Dia baca-baca saja, terus dia melompat!
Ayat 4 tu sebut pasai dia!!

Dan dia akan binasa bersama laki dia Abu Lahab!!

Dia terus naik angin, dia ambik batu, lalu terus pi cari Nabi SAW.
Dia nak punggai kepala Nabi!

Dia tau yang Nabi SAW akan berada di Ka'abah, maka ke situlah dia tuju.
Memang betui.
Masa tu Nabi SAW sedang lepak2 di tepi Ka'abah dengan sahabat baginda Abu Bakar as Siddiq r.a.

Isshhh.....kalau ada peluang pi Mekah lagi, aku pun nak lepak2 dengan hangpa tepi Ka'abah. InshaAllah.

Anyway, let's sambung cerita.
Dari kejauhan Abu Bakar dah nampak Ummu Jamil mai.
Memang nampak pompuan tu angin semacam.....macam nak terkam orang.

Abu Bakar tau, Ummu Jamil mai nak terkam Rasulullah, so dia warn Nabi.
"Lekaih menyorok, Ummu Jamil mai tu. Nampak syeh tak berapa baguih tu!"

Tapi Rasul SAW rilek saja....kata baginda, "Tak apa. Dia tak kan nampak aku."

Lalu baginda pun membaca berapa ayat Quran utk melindungi diri.

Bila Ummu Jamil mai depan depa, dia terus bertanya..."Oi Abu Bakar. Mana kawan hang? Celaka dia. Aku dengar dia ada karang syair, dia pelece aku! Hina aku! Tak guna!! Mana dia?"

Ait?!!
Abu Bakar dok nampak Rasulullah dok sebelah dia.
Macamana Ummu Jamil tak boleh nampak?!

Sememangnya Allah SWT telah melenyapkan Rasul SAW dari pandangan Ummu Jamil.
Dok depan dia pun, dia tak nampak.

Abu Bakar balas balik, "Hang salah. Muhammad tidak menghina kamu."
Memang dah perangai Ummu Jamil lagu tu.
Surah tu turun nak kasi advance info apa yang akan menanti dia.

Ummu Jamil tak kata apa2 lagi. Anak penakan dia pun tak nampak ada di Kaabah hari tu.
So, she turned around, "Aku ni anak bangsawan, aku tak macam apa yang Muhammad kata."
Tak mau mengalah jugak.

Dia pun beredar.
Tak jadilah nak punggai Nabi.

Begitulah cerita pendek mengenai seorang yang nama cantik tapi perangai tak secantik nama.
Kita ni, biaqlah perangai secantik nama kita.

Even kalau nama tak cantik pun, akhlak cantik.

Wallahu'alam. Moga ada manfa'at.

No comments: