وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ Maksudnya, "Tidak Aku (ALlah) ciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu." Surah Az-Zaariyat ayat 56 Kali ni aku nak cerita pasai jin sikit. Berdasarkan sikit panduan dari Quran dan Hadith. So, dalam ayat di atas selain manusa, jin juga adalah makhluk yang Allah jadikan untuk beribadat kepadaNya. Jadi maksudnya, ada perkara yang halal, ada perkara yang haram bagi jin. Ada hukum wajib, sunat, haram, makruh dan harus pada jin. Maknanya uga, ada pahala dan dosa untuk depa, ada syurga dan neraka untuk depa juga. Ada jin baik ada jin jahat, ada yang Islam, ada yang kapiaq. Banyak cerita dalam Quran dan hadis pasai jin2 ni. Mai kita tengok sebahagian daripadanya. --------------------------------------------------------------------------------------- Dalam sebuah hadith riwayat al-Bukhari, pada suatu hari seorang lelaki lalu di hadapan Umar al Khattab r.a., semasa dia menjadi Khalifah. Nama lelaki tu Sawad bin Qarib. Walaupun Sawad ni hensem orangnya, Umar rasa tak berapa syok tengok dia ni. Lalu Umar pun panggil dia. Umar kata, "Awat hang ni nampak semacam saja? Muka sepesen saja... Aku rasa hang ni tok bomoh kot?" Cari makna sepesen tu dalam Glosari Bahasa Kedah. Lagu tu punya telahan Umar pada Sawad. Zaman tu tok bomoh tok dukun ni memang ayat pelece punya. Sebab bila Islam dah bertapak, profesion ni dah dihapuskan. Hanya orang2 kapiaq saja yang masih buat kerja ramalan dan tilikan ni. Lalu Sawad menjawab, " Pasai apa tuan kata macam tu? Aku ni orang beriman lah!! Mana buat kerja2 macam tu." Sawad rasa Umar dah peleceh dia. Tapi Umar ni sebagaimana yang kita tau, dikurniakan oleh Allah SWT kelebihan firasat. Dia boleh "baca" hal2 yang orang lain tak tau. Lalu dia kata lagi, "Betoi ka hang tak buat kerja tu....? Aku rasa macam hang pernah buat.....betoi dak?" Bila dah Umar sebut lagu tu, Sawad pun terpaksa mengaku. "Dulu adalah Ya Amirul Mukminin. Masa saya geng hora dulu. Memang saya ni pandai tengok2 orang punya masalah. La ni saya dah give up dah kerja2 tu." Betul pun pembacaan Umar, lalu dia pun tanya lagi, "No worries, aku tak akan hukum hang. Aku saja nak tanya, masa hang masih lagi praktis dulu, ada tak jin hang habaq apa2 yang pelik2 kat hang?" Tu dia aih!! Terus dia kata Sawad ni bomoh jin! Memang begitulah kebanyakan orang yang nama tok bomoh ni. Bomoh yang stail baca2, tilik2, tengok air, tengok tapak tangan, yang kata depa boleh tau sapa yang pekena kita, yang kata depa boleh bawak keluaq batu karang tanpa pembedahan dan sebagainya. Bomoh jin lah tu. Bukan aku yang kata...tapi alim ulamak lah. Kalau bomoh patah, urut tangan tergeliat tu, tak lah dia pakai jin. Kalau pakai jin, tak lah kita rasa sakit meraung menyumpah masa bomoh tu adjust urat dan tulang yang terkehel tu. Back to Sawad.... Bila Umar tanya macam tu, dia pun jawab, "Memang ada Ya Amirul Mukminin. Aku ada dengar satu cerita pelik dari jin betina aku." Ni satu hal lagi. Jin betina pulak yang dia bela! Jin pun ada jantan betina. Tu yang kita baca do'a masuk tandas supaya dilindungi dari jin jantan dan jin betina. Depa pun berkahwin dan beranak pinak. Bahkan bilangan depa jauh lebih ramai dari manusia sebab sekali depa beranak bukan seorang baby, tapi beratus2. Dan jin ni secara amnya umur depa panjang. Ada yang hidup beribu2 tahun! Mana tak ramai!? So jin betina Sawad ni cerita apa kat dia? Kata Sawad, satu hari tu, masa dia dan jin dia berjalan2 di pasar Mekah (shopping pun bawa jin..), jin tu cerita yang kehidupan alam jin dah jadi kelam kabut. Hidup depa dah tak aman macam dulu2. Untuk mencari apakah punca huru-hara ni, kaum jin ni menghantar utusan2 ke segenap pelusuk tanah Arab untuk bertanya khabar dari orang2 yang berdagang dan musafir, kalau-kalau depa ada dengar apa2 berita. "Apakah yang terjadi kepada kaum jin ni dan apakah puncanya....?" Aku dengaq hangpa tanya. Ni la yang nak habaq ni. Suatu ketika dulu, jin-jin adalah makhluk yang bebas untuk bergerak ke mana2 saja, hatta sampai ke langit pun depa boleh pi. Ada free pass. Langit ni sebagaimana kita tahu ada banyak lapis. Yang paling hampir dengan kita dipanggil langit dunia. Nama saja hampir, tapi bukannya dekat pun..... Langit dunia ni ialah lapisan pertama selepas kesemua galaxy yang boleh dicapai oleh pengetahuan manusia. Menurut Ustaz Google setakat yang dah dijumpai hari ni, galaxy yang paling jauh berada 13.3billion light years away. Oleh kerana 1 light year = 9,460,000,000,000km Maka 13.3 billion = 13,300,000,000 x 9,460,000,000km = ..... hangpa kira sendirilah jauh mana!! Kalau bubuh dalam calculator, boleh meletup calculator tu! Jadi langit dunia ni selepas tu lah kot? Apa2 hal pun, sangatlah teramat jauh langit dunia ni. Tu baru langit dunia, lapisan yang terbawah. Lapisan yang teratas lagilah jauh. Maka dikhabarkan dalam hadith Bukhari juga, apabila Allah menetapkan sesuatu perkara, Malaikat Pemikul Arasy di langit yang paling atas akan bertasbih. Tasbihnya akan didengari oleh malaikat2 di lapisan bawah, maka depa pun turut bertasbih. Maka begitulah silih berganti sampailah ke lapisan langit dunia, malaikat di situ pun akan bertasbih juga. Bila ditanya kepada malaikat di langit dunia ni, apa benda yang telah ditulis sampai depa bertasbih, depa kata tak taulah pulak, lalu depa tanya malaikat yang di lapisan atas depa, dan depa pun tanya ke atas lagi...dan akhirnya dapatlah perkhabaran tentang apa benda yang telah ditetapkan ke atas seseorang manusia tu. Si polan tu naik pangkat ka? Si polan tu accident ka? Si polan tu menikah lain ka? Menang loteri ka? Dan segala macam benda lagilah. Apa sangkut pautnya kesemua ni dengan perihal Jin ni? Ni lah punca cerita kelam kabut jin betina belaan Sawad hari tu dan kaum dia. Macam yang aku cakap tadi, jin2 ni dulunya ada free pass ke langit dunia. Sepanjang masa depa boleh lepak2 dan mendengar perbualan malaikat termasuk apa yang telah Allah tetapkan kepada manusia. Maka depa dapatlah info mengenai hal2 kehidupan si polan bin si polan ni. Lalu jin2 ni pun bawa balik maklumat ni, depa pass kepada orang2 yang bela depa....tukang tilik, tok bomoh lah. Itu pasailah zaman2 dulu, tok nujum tukang tilik mendapat tempat di kalangan pembesar2, kerana keupayaan depa utk mengkhabarkan "masa depan". Nak menang pilihanraya.....tanya tok nujum (kita panggil pawang atau bomohlah) Nak pertahan kerusi...tanya tok nujum. Nak jual beli saham....tanya tok nujum Nak tanya barang hilang....tanya tok nujum Nak letak betting team mana menang...tanya tok nujum. Nombor mana naik hari ni? Kuda mana menang hari ni? Dan kebanyakan "ramalan" depa tepat....sebabnya jin depa dah dapat insider news. Glemer lah tok nujum, tukang ramal, tukang tilik, tukang tenung ni. Itu zaman dulu2lah..... Sehinggalah pada suatu hari, bila jin2 ni naik ke langit macam biasa, nak lepak di langit dunia.... Tiba-tiba depa dapati langit dunia dikawal oleh malaikat2. Kemarin tak dak pun.. Mula2 depa buat tak peduli saja. Depa lepak macam biasa. Tapi bila depa cuba pasang telinga, malaikat2 tadi direjam depa dengan bola2 api. Scholars kata meteor!! DUSYHUM!! DUSYUMM!!! Adoiiii....... Sapa yang kena....alamat kioklah. Terbakor!! Tak kira yang kahaq ka , yang gangster ka, semua bertempiaran. Habislah jin2 kena shoot hari tu. Mana yang tak dan lari, tak dapatlah balik ke kampung masing2. Ramailah yang terkorban. Itulah yang diceritakan oleh jin betina Sawad tu. Sejak hari yang penuh dukacita tu, jin2 semua berazam untuk mencari apa sebabnya depa dilarang dari keluar sempadan langit. So, depa hantar utusan pi ke serata ceruk tempat. Sehinggalah sekumpulan jin terserempak dengan Rasul SAW sedang solat bersama para sahabat. Dan depa dengar baginda membaca ayat2 al Quran. Oooo......sedapnya.... Tak pernah depa dengar sebelum ni. Inilah rupanya yang menyebabkan depa tak lagi dibenarkan naik ke langit mendengar berita. Allah telah mengutuskan seorang Rasul untuk membimbing umat manusia dan jin. Maka sejak hari tu, ramai jin yang mendapat hidayah. Jin2 yang ketegaq masih lagi naik ke langit utk mencuri berita, tapi depa hanya dapat curi2 dengar saja. Kena sembunyi2. Tak boleh open sangat, nanti kena tembak oleh malaikat. Oleh kerana curi2 dengar saja, maka berita langit yang depa dapat dah tak 100%. Depa dengaq tak complete sbb dok takut kena shoot. Mana yang depa dapat, depa bawa balik kepada tok bomoh, tukang tilik depa. Mana cerita yang tak kemas, jin2 ni tambah dan exagerate dengan cerita depa sendiri. Jadi akhirnya apa yang tok bomoh sampaikan pada orang2 yang pi minta nasihat dari depa adalah campuran cerita betul dan cerita palsu. Semua akibat jin yang menipu. So, tu pasai aku nak pesan, jangan dok minta tok bomoh2 ni tengok2an urusan kita. Kena tipu dengan jin saja..... Itulah sedikit perangai jin. Wallahu'alam. |
blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
03 June 2016
Jin Suka Temberang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment