< Gambar hiasan sahaja |
Asssalamualaikum, Dah bertahun2 aku cerita pasai sahabat2, ulamak2 dan lain-lain karakter hebat dalam sejarah Islam. Hari ni kita tukar selera. Mai dengar pula kisah Abdullah bin Ubai bin Salul. Satu samseng Kampung Dusun..... Ketua puak munafik Madinah. Memang hangpa dah biasa dengar nama dia ni pun. Elok diperkenalkan dulu, siapa Abdullah bin Ubai bin Salul ni? Dia ni pembesar suku kaum Khazraj, salah satu kabilah Arab tempatan Madinah. He was a man of position. Yang satu lagi ialah kaum Aus. Just before the arrival of Rasul SAW, Abdullah bin Ubai was on the verge of being appointed as the leader of Madinah. Banyaklah dia punya jasa dan khidmat kepada kaumnya. .....dan kerana itu dia akan menjadi Menteri Besar Madinahlah. Tapi, hajatnya itu tidak kesampaian. Bila Rasulullah SAW sampai, penduduk Arab Madinah yang majoritinya dah masuk Islam, sebulat suara menjadikan baginda sebagai pemimpin mereka. Maka terpinggirlah Abdullah bin Ubai. Lama dia tunggu jawatan tu, dah puas melobi... Banyak duit dah keluar, banyak jalan kampung dah di tar, banyak gelanggang badminton telah dibina, banyak kain batik, kain pelikat dah didermakan ke surau2 dan masjid2, banyak dah imam-imam di sponsor pegi haji ke Mekah.... ...ha ha ......dah lencong ke Congo pulak.... Tiba2 mai orang lain potong trip dia. Mana tak hangat! Ini tidak adil!! Jadi, sejak hari tu dia menyimpan dendam kepada Nabi SAW dan orang2 Islam. Dia pura2 masuk Islam to blend in with the crowd, tapi selalu cari peluang untuk cucuk jarum. Dari luar dia nampak baguih.....tapi hati busuk piang! Baguih macamana? Aku macam dengar hangpa tanya.... Punyalah baguih dia punya wayang ni sehinggakan dia ada slot tazkirah Jumaat di Masjid Nabawi!! Tu dia! Memang power sungguh. Jadi, bila tiba hari Jumaat, sebelum Nabi SAW memberi khutbah, Abdullah bin Ubai akan kasi tazkirah dulu. Actually, sapa pun tak suruh dia, tak dak tauliah pun....cuma dia jemput diri dia sendiri. Dan dalam tazkirah dia, tak ada lain yang dia cakap melainkan dia memuji-muji Nabi SAW melambung2. "Wahai orang2 Islam....dengarlah kataku. Sesungguhnya Muhammad tu pemimpin yang agong. Allah telah memuliakan kita dengan mengutuskan RasulNya kepada kita. Allah akan menguatkan kita melalui ketokohan baginda. Aku menyeru kamu semua untuk menyokong Rasulullah SAW. Sokonglah dia....bantulah dia...!!" Tu dia, punyala tinggi puji2annya pada Rasulullah SAW. Menteri2 kat Congo pun tak sampai tahap tu puji-pujian depa. Walhal, tanam tebu di tepi bibiag saja. Mola2 tu syok lah para sahabat dengan tazkirah Abdullah bin Ubai ni, kerana memang semua sayangkan Nabi SAW, dan mereka menyaksikan sendiri ketokohan baginda. .....tapi makin lama dengar tazkirah Abdullah bin Ubai ni, makin meluat pulak depa. Tak kan tak dak benda lain nak cakap? Minggu-minggu macam tu. Macam jekkkk saja ni... Sebabnya, pada waktu lain, depa dok dengar Abdullah bin Ubai ni, kat belakang orang2 Islam, dia dok peleceh Nabi SAW dan sahabat2. Dalam masjid lain, luar masjid lain. Kesangsian depa makin menebal bila pada Perang Uhud, yang mana tentera Islam kalah di tangan tentera Musyrikin, Abdullah bin Ubai dan geng dia, awai-awai lagi cabut lari dari medan perang. Abdullah bin Ubai kasi alasan yang Nabi SAW tidak mendengar pendapat dia untuk berperang di dalam Kota Madinah. Instead Nabi SAW ambil pendapat sahabat2 utk keluar dan mara ke Medan Uhud. Sebenarnya itu alasan pelepaih diri puak munafik ni saja....yang sebetulnya depa takut nak berperang. Sejak dari hari tu, para sahabat dah tak kasi muka pada Abdullah bin Ubai ni. Depa tau dia ni musang berbulu ayam. So, one Jumaat, ketika Nabi SAW bersiap2 untuk memberikan khutbah, Abdullah bin Ubai pun ambil peluang untuk memberikan "tazkirah"nya. Tak dak lain....nak puji2 lagilah. Dia pun perkemas jubah, perbetul serban, nak bangun utk ke mimbar. Belum sempat dia sempurna bangun....baru separuh berdiri..... Sahabat2 di kiri dan kanan dia, tarik jubah dia..! Sapppp! Kasar agaknya depa sentap jubah Abdullah bin Ubai, sampai terduduk kawan tu. Bedebuk....jatuh atas punggungnya sendiri. ADOIHH!!! "Duduk musuh Allah!! Hang dah tak layak memberi nasihat kepada kami!" kata para sahabat. Malulah Abdullah bin Ubai. Drop his water face! Di hadapan khalayak ramai pulak tu. Bingkas dia bangun. Toleh belakang, mana escape route ni? ....lalu dia langkah langkah semua jemaah. He stomped his way out. Sambil dia berkata, "Apalah kamu semua ni? Sajaaa hangpa bagi aku malu. Macamlah aku ni jahat sangat...sedangkan aku hanya nak nyatakan sokongan pada Rasulullah!" .... dan terus keluar dari masjid. Marah sangatlah tu. Sampai di pintu masjid, dia bertembung dengan beberapa sahabat yang baru sampai. "Nak ke mana kamu Abdullah? Solat belum selesai!" kata salah seorang dari depa. Jawab Abdullah bin Ubai, "Kawan2 kamu dah malukan aku. Aku nak kasi pujian2 pada Rasulullah tapi depa halang aku! " "Issshhhh kamu ni Dolah.....Ni mesti depa marah hang pasai hang tak pi Perang Uhud hari tu." kata depa. "Eh eh eh....ke situ pulak hangpa. Hangpa ni pun sama, nak peleceh aku!" lagi hot Abdullah. "Sudahlah Dolah....kami rasa elok hang pi jumpa Rasulullah SAW! Minta Rasulullah pohon kepada Allah SWT supaya ampunkan hang." Jawab Abdullah bin Ubai, "Minta ampun?!!.....Hangpa suruh Rasulullah minta Allah ampunkan aku?! Weiii.....malam sikit. Hangpa habaq mai....apa salah aku? Apa salah aku?! Tarak pasai aku nak minta ampun!" Maka dengan itu, Abdullah bin Ubai meninggalkan Masjid Nabawi. Tak tau dia solat ka dak.... Bersambung... Next episode : Bagai melepas anjing tersepit. Abdullah bin Ubai - Part 2 |
blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
13 January 2016
Tazkirah Jumaat seorang Munafik
Labels:
Sirah dan Hadis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment