Ini sambungan dari cerita Abdullah bin Ubai - Ketua Munafik Part 1 Tajuk cerita ni aku ambil dari salah satu kata2 Abdullah bin Ubai. Bunyi seakan2 peribahasa Melayu yang bermakna membalas budi baik orang dengan berbuat jahat pula. Jom kita dengar. Kita mula bab ni dengan peristiwa perang terhadap Bani Mustaliq pada tahun ke-6 Hijrah. Perang tu pendek saja, dan tak banyak casualties. Perang tu dipimpin sendiri oleh Rasulullah SAW itu, disertai oleh sahabat2 dari puak Ansar, Muhajirin dan tidak ketinggalan puak munafik yang diketuai Abdullah bin Ubai. Perang pun abis, tentera Islam pun berangkat balik ke Madinah. Bila tiba di satu wadi (oasis), Nabi SAW mengarahkan mereka berehat. Lalu sahabat2 pun dirikan khemah untuk bermalam. Ada sahabat2 yang ditugaskan untuk mengambil air dari wadi. Ditaqdirkan semasa queue nak ambil air tu, terjadi sedikit salah faham antara seorang sahabat dari kaum Muhajirin dengan sorang dari kaum Ansar. Ada yang potong trip kot.... Memang sikit sangat isunya, tapi oleh kerana ada anasir jahat batu api, maka ia menjadi besar. Pada mulanya mungkin hanya cuit bahu, “Bro, boleh beratur? Saya dah lama tunggu ni.” Begitulah agaknya. Tapi oleh kerana tak settle, apa yang hanya kecil tu escalated. Sorang sigong dengan siku dia, kemudian yang lain pula tonyoh muka! Lepas tu pakat tolak menolak... Maka jadi koi kasaq. Rebah pi sorang daripada mereka, lalu dia menjerit, "Oii kaum Ansar....aku kena pukui!!" Dibalas oleh yang sorang lagi yang dari Muhajirin...."Oii kawan2....aku kena sepak!!" Maka riuh rendahlah jadinya. Sahabat2 lain yang baru nak berehat, pakat terkam mai ke wadi. "Apa jadi? Apa jadi?!!" Semua kalut nak tahu. "Woi! Member kita kena pukoi!" kata satu kumpulan. "Mana pula? Hangpa yang mola dulu!" jawab yang lain. "Hang cakap baik sikit.....!!" dah mula naik angin. Dalam riuh2 tu, Abdullah bin Ubai pun join depa dan mengambil peluang tanam duri. Dia kata,...."Ha! Korang semua tengoklah orang2 Mekah (Muhajirin ni), dah tak sedar bahawa depa ni kaum pendatang!" Tu dia, dah main isu perkauman. Jadi, kita pun ingat2 samalah....kalau rasa nak angkat keris, ingatlah dulu ketua munafik zaman Rasulullah SAW pun main isu yang sama. Disambungnya lagi , "Depa dah lupa siapa yang dok tolong depa selama ni. Sapa lagi? Kitalah. Bila dah senang sikit, mulalah tunjuk besag kepala. Ni lah dikata orang, bagai menggemokkan anjing. Mula2 kecil, comel saja, tapi bila dah makan banyak dan dah besar, akan menjadi garang dan menggigit orang yang bagi dia makan!!" Panjang syarahnya. Begitu perumpamaan yang diberikan Abdullah bin Ubai mengenai Nabi SAW dan para sahabat yang berhijrah dari Mekah. Dia memang tunggu time macam ni nak memperlecehkan puak Muhajirin. Tak habis takat tu, dia tambah, “Tak paaa…..Bila kita sampai di Madinah nanti. Tahulah depa semua, langit tu tinggi ka rendah. Sesungguhnya yang kuat akan mengalahkan yang lemah!” Dengan itu dia bermaksud untuk menghalau kaum Muhajirin dari Madinah. Kuat sungguh api perkauman dibakar oleh Abdullah bin Ubai. Selepas mendengar cakap2 dia, depa pun bersurai dan balik ke khemah masing2. Tapi Abdullah bin Ubai tak abis lagi. Dikumpulkan pula geng2 hardcore antara depa dan dia sambung hasutannya. He jas dongibbab. Dia meneruskan kempen jahatnya, “Aku pun heran kat hangpa semua ni. Hangpa biarkan pendatang2 ni mai tempat kita, bantu depa , kongsi kekayaan kita dengan depa. Lepas tu bukan nak berterima kasih, naik kepala pulak!! Kalau lagu tu lah, baik kita tarik balik bantuan kita, nanti depa terpaksa pindah ke tempat lain.” Memang patut dapat gelaran ketua munafik! Tapi bunyi ayat tu, kadang2 macam bunyi yang dilaung2kan di Republik Botswana juga.....he he… Anyway…. Dalam dia dok bersyarah tu, terdapat sorang anak muda bernama Zaid bin Arqam r.a. yang terdengar kata2 Abdullah bin Ubai tu. Dia segera melaporkan perkara tu kepada Rasulullah SAW. Maka melompatlah para sahabat mendengar cacian dan tohmahan ketua munafik tu. Umar al Khattab berkata, “Ya Rasulullah. Ini tidak boleh diterima. Arahkan Abbad bin Bishr untuk memenggal kepala munafik tu!!” Tetapi Rasulullah SAW membalas, “ Jangan begitu wahai Umar. Apa kata orang2 Madinah nanti?….Aku tak mau orang kata yang Muhammad telah membunuh sahabatnya.” Begitu sekali pandangan jauh Nabi SAW….bukannya dia tak tau yang Abdullah bin Ubai tu kepala munafik, tapi baginda nak jaga perasaan para sahabat yang lain. Abdullah bin Ubai pulak bila dengar yang dia punya komplot telah sampai ke pengetahuan Nabi SAW, dia pun mai hemoi2…muka tak malu berjumpa baginda. Macam2 lah yang dia putar alam dengan Nabi SAW. “Apalah nak percaya sangat dengan Zaid tu Ya Rasulullah? Budak kecik…macam tu lah. Orang kata lain…dia dengar lain. Biaq pi lah kat dia…” Macam lah Nabi tak tau karakter dia yang sebenar. Untuk mengelakkan peristiwa tu jadi bahan bualan, baginda pun mengarahkan sahabat2 semua untuk berkemas dan meneruskan perjalanan pulang ke Madinah. The episode was kept between themselves. But somehow the news reached Abdullah bin Ubai’s son, whose name was also Abdullah. Abdullah bin Abdullah bin Ubai, anak munafik tu pula.....lain sungguh dari ayah dia. Macam langit dengan bumi. Dia ni sahabat Nabi SAW. On one hand dia sangat sayang ayah dia….tapi dia lagi sayang Nabi SAW. Bila dia dengar yang ayah dia dah buat kelaku kat wadi tu, dia dah upset. “Awat la ayah aku ni buat perangai tak senonoh tu…” So, awal2 lagi dia tunggu rombongan Nabi SAW sampai ke pintu kota Madinah. Dan bila depa sampai, ayah dia yang berada di depan. Ayah dia sampai ke pintu kota, dan nak masuk. Ditahan dengan pedang oleh anaknya! “Eh Dolah…awat ni? Hang jangan dok buat melawak!” “Ini bukan melawak ayah. Saya serius ni. Ayah tak boleh masuk.” “Awatnya?! Apa salah aku?” tanya ayah dia. “Saya dah dapat berita yang ayah buat kelaku masa dalam perjalanan tadi. Dan menyusahkan Rasulullah SAW dan sahabat2 yang lain.” Jawab anaknya. “Ehhhh….mana ada?! Cerita orang saja tu…..! Mana ada aku buat macam tu!!” “Saya tetap tak kasi ayah masuk! Selagi Rasulullah sendiri tak beri izin ayah masuk…ayah boleh duduk di luar!!” Tu dia…prinsip seorang anak! Walaupun ayah sendiri, kebenaran tetap diutamakan. Tak ade lah nak defend2 ayah dia apabila kebenaran dan jelas ternyata, dan maruah Islam dicabar. So, there was nothing Abdullah bin Ubai could do….until Rasulullah SAW reached the gate of Madinah. Rasulullah as usual, always at the back of the convoy. Dan apabila baginda sampai dan dengar semua kekecohan tu, macam di wadi tadi, baginda membenarkan Abdullah bin Ubai masuk ke kota Madinah. “Okay….ayah boleh masuk sekarang.” Kata Dolah Jr. Taat sungguh dia pada Rasulullah. Dia sayang ayah dia,……tapi dia tahu siapa yang patut diutamakan. However, his father’s increasing reputation as a munafiq – and despised by the Muslims - was upsetting him. He knew one day, one of them will have his father’s head. So on one occasion….Abdullah bin Abdullah bin Ubai mai jumpa Nabi SAW. Kata Abdullah Jr..”Ya Rasulullah. Kamu tahu tak ada orang dalam kaum ku yang lebih menyayangi ayahnya lebih dari aku. Aku sangat sayang pada ayah aku. Nak pandang muka dia pun aku segan. Tapi......Apa yang aku dengar ramai penduduk Madinah benci pada ayah aku. Aku bimbang keselamatan ayah aku.” Itu yang diluahkan oleh Abdullah bin Abdullah bin Ubai pada Nabi SAW. Agak2 apa permintaannya pada Nabi lepas tu? Cuba teka. Adakah dia minta perlindungan dari Rasulullah SAW kepada ayahnya? Atau…. Adakah dia minta Rasulullah arahkan para sahabat supaya tidak mengganggu ayah dia? Atau…. Adakah dia minta izin untuk depa sekeluarga dibenarkan berpindah dari Madinah? Salah belaka semua tu… Dia minta izin dari Rasulullah SAW untuk membunuh ayah dia sendiri!! Laa…awat pelik sangat permintaan dia?! Abdullah jelaskan, ” Aku bimbang kalau2 ada dari kalangan para sahabat yang akan membunuh ayahku. Aku pula nanti akan benci tengok muka orang yang bunuh ayah aku….dan aku akan hilang pertimbangan lalu bunuh dia pula kerana membalas kematian ayahku!” Tu dia! Macam tu sekali. Tak terpikior gitu. Cukup takat tu dulu. Wallahu’alam. Cerita ni boleh dibaca dalam tafsir ayat-ayat Surah al Munaafiqun. |
blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
18 January 2016
Abdullah bin Ubai bin Salul - Seperti Melepaskan Anjing Tersepit
Labels:
Sirah dan Hadis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment