Diceritakan dalam sebuah hadith daripada Abu Said al Khudri r.a., sekumpulan sahabat Rasulullah SAW sedang dalam suatu perjalanan. Musafirlah tu.....
Depa tiba di suatu perkampungan badwi yang mana penduduknya adalah bukan orang2 Islam.
Depa minta izin utk masuk ke kampung utk berehat, dan replenish supplies.
Tapi penduduk kampung tak izinkan.
So, depa pun pacak khemah di luar kampung...no hal.
Tak kan nak tunjuk hero kot.
Sedang depa dok lepak2 tu, tiba2 mai sorang budak pompuan ke khemah depa.
"Pak cik..pak cik...."sapa budak tu.
"Awatnya?" depa tanya.
Nampak kalut sangat, macam ada emergency.
"Saya mai ni nak habaq ketua kampung sihat sejahtera..."jawab budak tu.
Laaa....punyala nampak kalut, hanya nak mai habaq yang ketua kampung depa sihat wal'afiat?!
Baik tak payah mai....
Tapi sebenaqnya, itulah cara percakapan sesetengah masyarakat Arab. Depa cakap terbalik.
Kalau habaq kata sihat, maknanya sakitlah.
Kalau kata senang....maknanya susahlah.
Tapi tak lah pelik sangat....
Kadang2 orang Melayu pun cakap macam tu.
Cer tengok orang tua2 cakap kat budak2 yang ketegaq.
Bila budak tu jatuh setelah panjat pokok jambu misalnya, depa kata...
"Haaa , panjatlah lah lagi. Mak syok tengok hang panjat pokok tu. Kalau jatuh, patah kaki ka, lagi mak syokkk....panjaat...panjaaaatttt...!!"
Macam tu lah...part yg last tu dia stress kasi panjang sikit.
Sebenaqnya mak tu nak kata, jangan dok pi panjat lagi dah.
Anyway....back to the story.
Sahabat2 Nabi SAW ni bukannya orang tak mengaji.
Depa paham sangat apa yang budak pompuan tu sebut.
Maksud budak tu, ketua kampung sakitlah, walaupun dia kata sihat sejahtera.
"Dia sakit apa?" depa tanya.
"Dia kena sengat!!" Budak tu tak sebut kena sengat apa, lebah ka, kala jengking ka.
dan disambungnya, " Ada tak antara tuan2 yang boleh berubat?"
Sahabat2 tengok kiri kanan, tak ada antara depa yang ada gaya tabib.
Tak pernah yang dikenali sebagai pengamal perubatan.
Tapi dalam dok tak sure tu, ada sorang sahabat volunteer.
"Mai aku pi tengok dia sat." katanya.
Sahabat2 yang lain tengok2 sama depa..."Isshhhh, dia ni reti ka mengubat orang? Tak pernah tau pun..."
Memang sahabat yang volunteer tu, dia tak ada experience dalam hal2 mengubat ni.
Tapi depa tak la buat riuh. Biaq pi lah kat dia.
Lagipun tak ada yg lain yang tahu mengubat pun.
So, sahabat yang sorang ni pun pi lah.
Bila dia sampai pada ketua kampung yang sedang mengerang kesakitan tu, dia kata,
"Aku akan cuba tengok lagu mana, tapi sebelum tu nak habaq kat hang.
Oleh kerana kamu tak izinkan aku dan kawan2 aku masuk ke kampung ni, servis aku ni bukannya free.
Hang kena bayaq. Kalau tak bayaq, aku tak nak ubati kamu!"
Kena bayaq pulak!
Dah la tak pernah mengubat orang.
Nak bayaran pulak!
Sepatutnya kalau dah tak biasa buat kerja, first job kasi FoC lah.
Sebagai promotion!
Tapi, ketua kampung tu tak tau pun hal yang sahabat ni tak pernah mengubat orang.
So dia tanya, "Berapa nak kena bayaq?"
Sahabat tu jawab, "Murah sajaa...kambing 30 ekor."
Mak aiii....macam pro ni. Upah mengubat sampai 30 ekor kambing.
Ketua kampung pun kata, "Oklah...30 ekor pun no hal. Asalkan hilang sakit aku ni.'
Maka sahabat tadi pun bacalah padanya ayat Quran.
Dengan izin Allah, lega terus!
Dahsyat!!
Ketua kampung pun ucap terima kasih.
Sahabat tadi balik ke khemah sahabat2 yang lain dengan membawa upah 30 ekor kambing tadi.
Para sahabat pun terkejut lah!
"Woit!!Hang ni memang pandai berubat kot....saja tak pernah habaq kat kami.
Ataupun dah memang pernah praktis sebelum ni?"
Depa tanya dia. Nak tau kepandaian dia ni mai mana.
"Ataupun hang ada bukak klinik tang mana2?".
Yg ni aku tambah.....he he.
Depa tanya lagi, "Hang buat apa kat orang tua tu?"
Lalu dijawab oleh sahabat tadi, "Aku mana lah besa mengubat2 orang ni...ni first time.
Aku pi baca kat dia Ummul Kitab saja."
Maksudnya dia baca surah al Fatihah...
"Alhamdulillah dengan izin Allah, dia sembuh." kata sahabat tu.
"Oooooo.....lagu tu." depa dah jelas, "Dah tu... kambing2 yang hang heret ni mai mana?"
"Ni upah yang aku dapat hasil jampi aku tadi. Orang tua tu kasi." jawab sahabat tu.
"Baguih no...La ni hang nak buat apa dengan kambing2 ni?" depa tanya lagi.
"Kita divide sama2 kita lah!" jawab sahabat tu.
"Ehhh.....mana boleh...! Hang ingat boleh ka makan hasil jampi hang tu?" depa dah cuak.
Sebabnya sebelum ni tak ada pun lagi orang yang pernah dapat hasil dari jampi2 atau upah untuk membaca al Quran.
Jadi depa tak sure boleh ke tak.
Begitulah para sahabat. Amat berhati2 dalam tindak tanduk.
Kalau tak pasti....depa tak buat.
Kita ni, asal nampak kambing saja....dah meleleh ayaq lioq.
Sesetengah tu, telan dulu, tanya kemudian.
Kalau berbaris nak ambil kambing golek tu....tiba2 bila sampai, tengok2 tinggal tulang saja.
Masam muka 4 hari..!!
Ishhhh.....dahysat! Dahsyat.......!
Balik pada cerita sahabat2 tadi.
Jadi, depa tak sentuhlah kambing2 tu.
Depa nak tanya Nabi SAW dulu, nak buat lagu mana.
So, depa teruskan perjalanan.
Dan heret kambing 30 ekor tu.
Sampai saja di Madinah, depa pun terus berjumpa Nabi SAW dan ceritakan kisah jampi dan kambing tu.
Maka kata Rasul SAW, "Mana kamu tahu yang al Fatihah tu adalah ruqyah? Bagus tindakan kamu tu. Sesungguhnya upah yang terbaik adalah apabila membacakan ayat2 dari Kitab Allah."
Dan Nabi SAW kata lagi..."Bahagikanlah kambing2 tu antara kamu dan kasi aku sebahagian darinya."
Tu dia!
Bukan saja Nabi SAW approved, baginda puji lagi perbuatan sahabat tu, dan minta share sekali kambing tu.
Wallahu'alam.
Cerita ni dipetik dari hadith Bukhari dan Muslim.
Dan disebut dalam Tafsir Ibnu Kathir.
|
No comments:
Post a Comment