03 December 2013

Umar bin Abdul Aziz r.a. - First Lady Tak Pakai Tudung


Suatu hari di Damsyik.

Seorang wanita datang ke kediaman khalifah untuk meminta bantuan.
Dia terserempak dengan Fatimah binti Abdul Malik, isteri Khalifah.

Dia tengok Fatimah tidak bertudung...sedangkan di situ ada seorang pekerja lelaki sedang repair dinding rumah Khalifah.

"Datin Seri! Awat tak tutup aurat? Tak takut dosa ka?", direct saja dia sound first lady.
Sedangkan dia tadi mai nak minta bantuan.

"Awatnya? Bukannya ada lelaki bukan mahram kat dalam rumah ni." jawab Datin Seri Fatimah.

"Tu!" tunjuk wanita tu pada pekerja yg sedang dok repair dinding rumah depa.

"Laaa....tu laki aku." jawab Fatimah.

"Ehhh....ye ke? Sorrilah....maafkan saya, Ya Amirul Mukminin, sungguh.... saya tak kenal tadi." gabra wanita tu.
Dah kantoi sangat.

 Memang dia tak sangka, lelaki yang pakai seghebeh tu adalah Umar bin Abdul Aziz, yang sekarang dah jadi Khalifah umat Islam setelah kematian sepupunya, Sulaiman bin Abdul Malik.

Memang, Umar dah totally berubah sejak menjadi Khalifah.

Kalau nak kasi contoh dengan kitalah,
bayangkanlah kita ni seorang kaya yang dah insaf.
Kalau dulunya kita dressing paling tak canggih pun Versace, Armani, Gucci.
...tapi la ni cari baju seluag kat Bundle saja.

Kalau dulu kasut designed by Jimmy Choo or at least Prada,
La ni kasut Bata pun jadilah....
Tapi most of the time selipar Jepun dah memadai.

Tu kira contoh yang cayag sikit sebab Khalifah dulu2, dressers yang mai ke istana, bukan depa pi shopping.
Sure lagi jauh bezanya.

Tapi cukup nak tunjuk perubahan Umar bin Abdul Aziz sekarang.
Sampaikan rakyat sendiri tak boleh beza Khalifah dengan buruh kasar.

Sememangnya sudah tepat dengan mimpi moyang dia Umar al Khattab r.a. puluhan tahun dahulu yang ada keturunan dia yang berparut di muka akan memimpin umat Islam.
Tapi adakah dia yang dimaksudkan sebagai memerintah bumi dengan keadilan?

Mai kita tengok sikit bagaimana sifatnya sebagai Khalifah.

Pada hari kematian Sulaiman, Umar Abdul Aziz immediately ditabalkan menjadi Khalifah.
Malam tu jugak, semasa orang bersiap2 menguruskan jenazah, Umar dah masuk opis.

Bukan dia pi opis nak masukkan hiasan dalaman baru, tukar curtain, permaidani, kusyen, lampu, dan lain-lain.
Tapi dia buka rekod-rekod pengambilan harta rakyat yang diambil secara tidak adil dan dibuat senarai pemulangan.
Tanah ka, duit ka, hamba sahaya ka....semuanya dia nak pulangkan balik.

Dia bersihkan Baitul Mal yang diisi dengan harta2 milik rakyat yang tidak diambil secara sah.
Penat lah semalaman dia buat audit.

Pagi esoknya, dia pi pengebumian Sulaiman.
Setelah tamat, dia pun nak balik ke rumahnya.

Sudah siap kenderaan di raja, dengan kuda2 berhias batu permata.

"Apa ni?" tanya Umar.

"Inilah kenderaan Amirul Mukminin mulai hari ini. Silakan naik." kata bentara.

"Tak payah. Cukuplah keldai yang aku selalu guna ni, Lelong buang kenderaan tu, dan masukkan hasilnya dalam Baitul Mal." kata Umar.
Tak nak dia naik Rolls Royce tu...Proton dah cukup.

Terkesima bentara....tapi dia ikut saja perintah Khalifah.

Umar menaiki keldainya dan menuju ke masjid besar Damsyik.
Dia perasan askar bersenjata mengikutinya.

"Ni apa pulak ni?" tanya Umar lagi.

"Ni escort Ya Amirul Mukminin". kata bentara.

"Buat apa escort2 pulak? Suruh depa balik. Buat kerja yang lebih bermenafaat. Tapi kalau depa mau, boleh ikut aku ke masjid," kata Umar.
Lalu baliklah escort2 tu, ada yang mengikut Umar ke masjid.

Sesampai depa di masjid, Umar naik ke mimbar dan berkhutbah.

"Wahai semua penduduk Damsyik. Sesungguhnya aku dilantik tanpa keinginanku dan juga tanpa persetujuan kamu semua. Jadi, kamu boleh lantik siapa yang kamu suka"

Jawab penduduk, "Tidak ada yang lebih layak dari engkau. Kami membai'at dengan kamu."

Apa reaksi Umar?
Bukan terloncat gembira, dilambung2 oleh penyokongnya.
Umar terus pucat lesi.
Kerana dia tak mau jawatan tu.
Tanggungjawabnya cukup berat. Tapi oleh kerana dipersetujui, diapun tak kata apa2 lah.

"Kalau begitu, ta'atilah aku selagi aku ta'at pada Allah dan RasulNya. Dan sekiranya aku cuai, tidak perlu lagi kamu taat kepada aku."

Maka dengan rasminya dia dilantik menjadi Khalifah.
So, dia pun balik ke rumah, dan cadang nak masuk tidur sekejap,

"Ayah nak pi mana tu?" tanya anak dia, Abdul Malik bin Umar.

"Aku nak rehat sekejap. Aku tak tidur lagi sejak semalam kerana menyemak harta2 rakyat yang diambil secara tidak adil. Nanti lepas Zuhur panggil depa semua, aku akan pulangkan harta mereka."

Jawab anak dia, "Adakah ayah pasti ayah akan hidup lagi sampai Zuhur?"
Tu dia baguih punya anak!
Memang Abdul Malik adalah satu2nya anak Umar yang paling hampir akhlaknya dengan Umar.

Umar bingkas bangun dan memeluk anaknya, "Alhamdulillah. Bertuahnya aku dikurniakan anak seperti kamu."

Lalu dia kensel power nap dia, dan terus semula ke masjid.
Dia minta dikumpulkan penduduk2 Damsyik setakat mana yang boleh dan dia buat announcement.

"Wahai umat Islam. Sekiranya ada di antara kamu telah dizalimi, dirampas hartanya tanpa hak silakan datang menuntut hak kamu."

Maka ramai lah orang yang mai, ada yang tuntuk tanah, ada yang tuntut duit, ada yang tuntut ternakan dan lain-lain.
Kalau ada yang tuntut wang ehsan pun akan dibagi gamaknya.

Dah habis bedak2 (kena semak Glosari Bahasa Kedah) , dia announce lagi, "Sapa2 yang terasa tak puas hati, nak mengadu dan complaint, dipersilakan kerana aku percaya tidak ada orang yang sempurna. Sapa2 yang complaint akan diberi hadiah."

Apa punya corak pemerintahan ni?
Selalumya kerajaan bukannya suka dengar orang komplen banyak2.
Tapi bagi Umar,  lagi kuat komplen lagi bagus, dan sapa yang mai komplen mengenai mismanagent kerajaan akan dapat hadiah 100-300 dirham.
Boleh buat la ni?

Kalau nak cerita tindakan2 drastik Umar bin Abdul Aziz setelah menjadi Khalifah sampai lusa pun tak habis.
Aku akan cerita sikit2 dan recap on the next instalment kot kalau dan.

Tapi aku tutup part ni dengan satu anekdot.

Suatu malam Umar Abdul berjalan2 di kota Damsyik.
Macam moyang dia juga, dia menyiasat welfare rakyatnya.

Dalam gelap2 tu, dia tak nampak ada sorang sedang baring kat tepi jalan.
Lalu dia tersepak kaki kawan tu.

"Hoih ! Apa ni? Tak nampak ka ada orang sini? Hang ni keldai ka?"
Kalau kat Malaysia mungkin orang tu kata.."Hang lembu ka?"

Jawab Umar Abdul Aziz, "Tak...aku Umar Abdul Aziz."
Dan dia terus beredar dari situ dengan pembantu2nya.

Orang tadi yang kata Umar keldai tu, urut dada....kerana tak dibelasah pengawal Umar Abdul Aziz.
"Khalifah rupanya yang aku bambu tadi...."

Bila agak jauh sikit, pembantu Khalifah tanya dia, "Ya Amirul Mukmini, kenapa engkau tak arahkan aku tangkap orang tadii?"

"Kenapa nak tangkap pulak?" tanya Umar.

"Bukankan dia menghina engkau? Dia kata engkau KELDAI tadi."

Maka jawab Umar, "Engkau silap faham. Dia tanya tadi aku ni keldai ke? Aku jawablah aku bukan keldai. Aku ni Umar. Tu saja. Awat nak pi tangkap dia pulak?"

Macam tu punya peribadi....ada ka kita boleh buat macam tu?

Bersambung nanti..... Insya Allah

No comments: