05 December 2013

Fatimah binti Abdul Malik r.h. - Cincin First Lady

Terlanjur cerita First Lady ni, elok juga aku ceritakan beberapa catatan mengenai Fatimah binti Abdul Malik ni.

Bukan apa... mungkin boleh jadi iktibar untuk first ladies yg dok baca cerita ni, FL yg ada di rumah kita, dan semua yg dimartabat sebagai first ladies di luar sana.

Fatimah ni asal usul dia keturunan kerabat2... atok dia Marwan bin Al Al Hakam adalah Khalifah Bani Umayyah yang ke-3.
Ayah dia Abdul Malik bin Marwan pun khalifah jugak selepas atok dia meninggal.

Lepas tu abang2 dia Al Walid dan Sulaiman bin Abdul Malik pula jadi Khalifah....so dia lahir dan dibesarkan di dalam suasana istana.
Mewah...harta bertimbun, dikelilingi pelayan2 dan semua yang nak dia dapat.

 Ayah dia banyak bagi kat dia hadiah2 dalam bentuk barang2 perhiasan, jewellery, gelang, cincin, subang dan sebagainya.

Dia kemudiannya kawin demgan the most eligible bachelor at the time...Umar bin Abdul Aziz, sepupu dia, anak Gabenor Mesir. Masa tu Umar pun hidup dia mewah macam kita cerita dulu.

Jadi secara logiknya, apabila Umar jadi Khalifah dan dia jadi First Lady maka akan bertambah2 mewahlah dia. Bolehlah ikut husband merata2 dan shopping masa husband mengadakan pertemuan empat mata dan menjalinkan hubungan dua hala dengan pemimpin2 dunia.

Itu secara logiklah...
Tapi apa yg terjadi adalah yang tak logik.

Pada tahun 717M, sebaik saja dilantik menjadi Khalifah, Umar berkata kepada Fatimah,
"La ni kamu dah jadi isteri Khalifah, kamu akan diberikan satu pejabat di kementerian aku dan di sana kamu bolehlah buat apa2 projek yg kamu suka. Kosnya semua kerajaan akan tanggung."

Ehh...mana ada macam tu.
Itu yg berlaku di Republik Kongo.

Sebenarnya Umar kata, "Aku akan memulangkan harta2 rakyat kepada yang berhak. La ni kamu pilih antara dua. Nak bersama aku atau harta benda kamu? Tidak boleh keduanya wujud dalam rumah kita."

Kata Fatimah..."You are unfair! I have been waiting all my life for this moment..."
Ha..ha...lawak lagi.
Itu pun tak betul....yang tu berlaku di Sierra Leonne.

Sebenarnya Fatimah kata, "Kalau begitu, aku pilih kamu, Ya Amirul Mukminin."

Maka kesemua barang2 perhiasan dia ditanggalkan dan semuanya dimasukkan ke dalam Baitul Mal.
Tinggi pekerti Fatimah seperti suaminya juga.
Together in thicks and thins.

Umar bin Abdul Aziz juga telah menjual semua propertynya yang kutipan sewa saja dah mencecah 50,000 dinar sebulan.
Semua hasil jualan dimasukkan dalam Baitul Mal.

Dia hanya mengambil gaji 2 dirham sehari. Sedangkan ketika itu empayar Islam sudah sampai ke Sri Lanka di timur dan sempadan Perancis di barat.
Tariq ibn Ziyad dan Musa bin Nusayr telah pulang ke Damsyik pada tahun 713M dengan harta2 rampasan perang yang berjumlah ratusan ribu dinar dari Andalusia.

Kita punya gaji sehari berapa agaknya?
Nak masuk 2 ringgit dalam tabung Jumaat pun pikir 5 kali.

Seterusnya Umar bin Abdul Aziz berkata kepadanya, " Sekarang aku dah memikul tanggungjawab yang berat. Tumpuan pemikiran aku hanyalah pada menunaikan amanah ini, jadi aku tak punya masa untuk kamu. Aku harap kamu faham."

"Aku faham dan redha."

Maka cerita Fatimah lagi, "Sepanjang Umar menjadi Khalifah sehinggalah dia menemui Allah, dia tidak pernah mandi wajib."

Maksudnya mereka tidak pernah melakukan hubungan suami isteri sepanjang Umar menjadi Khalifah. Walhal masa tu mereka masih muda, Fatimah semasa itu berusia di awal 30an dan Umar lewat 30an...
Begitulah mulianya Fatimah.

Setelah Umar bin Abdul Aziz r.a. wafat, Yazid bin Abdul Malik, iaitu adik Fatimah diangkat menjadi Khalifah.

Yazid berkata kepada Fatimah, "Kak...kalau kak nak balik barang2 kakak yang Umar masukkan dalam Baitul Mal tu, silalah ambil."

Kata Fatimah, "Aku taat pada suami aku semasa dia masih hidup. Tidaklah layak aku mengingkarinya setelah dia tiada."

Maksudnya...dia tak ambillah kembali harta dia tu.

AllahuAkbar!

Semoga mendapat sedikit pengajaran.
Wallahu'alam.

No comments: